Khamis, 31 Oktober 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Samsung Galaxy Note 10.1 (2014)

Setelah melancarkan Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear, kini Samsung melancarkan tablet terbaru mereka iaitu Galaxy Note 10.1 (2014). Dengan reka bentuk yang lebih nipis dan kekemasan yang serupa seperti Galaxy Note 3 iaitu permukaan platik belakangnya seperti kulit yang berjahit. Malah lebih menggembirakan pengguna, kamera belakang kini dengan 8 MP di lengkapi dengan Flash. Ini kerana kebanyakkan tablet hanya menawarkan kamera belakang sebesar 5 MP tanpa Flash. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan sekitar RM2299. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy Gear

Samsung telah pun melancarkan jam pintarnya iaitu Galaxy Gear setelah Sony melancarkan Smart Watch 2 yang juga jam pintar. Walaubagaimana pun, Galaxy Gear ini mempunyai kelebihan tersendiri iaitu ianya di lengkapi dengan kamera dan Microphone serta Speaker bagi membolehkan membuat pangilan menerusi peranti Galaxy. Agak mengecewakan kerana setakat ini hanya Galaxy Note 3 dan Galaxy Note 10.1 (2014) yang mampu disambung bersama dan tidak semua peranti Android yang mampu menyokong Galaxy Gear ini tidak seperti Smart Watch 2. Tetapi Samsung memberi jaminan bahawa penambahan peranti yang mampu menyokong Galaxy Gear ini akan bertambah dari masa ke semasa setelah kemaskini Android 4.3 kepada Galaxy S4, Galaxy S3 dan Galaxy Note 2. Samsung juga turut mengatakan yang mana Galaxy S4 Mini, S4 Active, Mega 5.8, Mega 6.3 dan juga S4 Zoom turut sama akan menerima kemaskini untuk menyokong Galaxy Gear ini bermula penghujung bulan Oktober. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan RM 999. Sila teka 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Samsung Galaxy Note 3

Samsung telah pun melancarkan model phablet (phone + tablet) terbaru mereka iaitu Galaxy Note 3 baru-baru ini. Galaxy Note 3 ini telah di lancarkan bersama sekali dengan Samsung Galaxy Gear yang merupakan jam pintar yang mampu di pasang bersama Galaxy Note 3. Reka bentuknya lebih mirip dengan Galaxy S2 dan palstik belakangnya mempunyai kekemasan seperti kulit yang telah di jahit. Malah Galaxy Note 3 juga dilengkapi dengan slot micro-USB 3.0 bukan micro-USB 2.0 seperti peranti Android yang lain. Harga pasaran di Malaysia dikatakan sekitar RM 2399. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



[VIDEO] Pandang Pertama Apple iPhone 5S

Apple bukan sahaja melancarkan satu model tetapi dua model serentak iaitu iPhone 5C dan iPhone 5S. Yang menariknya, iPhone 5S ini di datangi dengan butang Home yang baru iaitu TouchID dan mempunyai Dual-Tone Flash. Walau pun reka bentuknya serupa seperti iPhone 5, tetapi spesifikasinya lebih tinggi dengan menggunakan cip pemprosesan Apple A7 berasaskan 64 bit yang dua kali laju bebanding Apple A6. Harga untuk pasaran di Malaysia di katakan sekitar di tawarkan bermula RM 2399 (16GB), RM 2749 (32GB) dan RM 3149 (64GB). Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


[VIDEO] Pandang Pertama Apple iPhone 5C

Apple bukan sahaja melancarkan satu model tetapi dua model serentak iaitu iPhone 5C dan iPhone 5S. Yang menariknya, iPhone 5C kali ini menggunakan kerangka badan plastik dengan warna warni yang menarik. Ini bagi selarikan dengan iOS 7 yang mempunyai Wallpaper yang berwarna-warni dan casing berlubang yang berwarna-warni. Walaubagaimana pun, spesifikasinya masih lebih kurang seperti iPhone 5 generasi sebelumnya. Harga bagi pasaran di pasaran Malaysia di katakan dalam sekitar RM1899 bagi storan 16GB di tawarkan RM1999 (16GB) dan RM2399 (32GB) . Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Isnin, 28 Oktober 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Sony Xperia Z1

Sebelum ini kelihatan Sony lebih tumpukan kepada teknologi kalis air dan kalis habuk, kini Sony mula memfokuskan kembali kepada teknologi kamera. Sony telah pun menlancarkan produk terbarunya iaitu Xperia Z1 iaitu penambah baik daripada Xperia Z. Xperia Z1 ini di lengkapi dengan teknologi kamera daripada model digital kamera Cybershot daripada Sony yang di panggil G-Lens yang mampu mengambil gambar dengan baik walaupun kurang pencahayaan. Harga bagi pasaran Malaysia ditawarkan bermula RM 2399 RM2199. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Sabtu, 26 Oktober 2013

[VIDEO] Ulasan Asus Nexus 7 2013 : Kelebihan, Kekurangan dan Bandingan

Pada Julai 2012, Asus telah pun mengeluarkan tablet Nexus 7 yang mempunyai spesifikasi yang agak tinggi tetapi dengan harga yang murah. Julai 2013, genap setahun Asus mengeluarkan lagi tablet generasi kedua Asus Nexus 7 (2013). Untuk maklumat lanjut mengenai Asus Nexus Nexus 7 2013, bolehlah baca artikel mengenai Pandang Pertama Asus Nexus 7 2013. Artikel ini pula akan membincangkan ulasan mengenai kelebihan dan kekurangan pada Asus Nexus 7 2013 dan perbandingannya dengan Asus Nexus 7 2012. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutmya!

[VIDEO] Ulasan LG Nexus 4 : Kelebihan dan Kekurangan

Artikel sebelum ini menceritakan mengenai pandang pertama LG Nexus 4 dan spesifikasi penuhnya. Kini, ulasan selanjutnya mengenai kelebihan dan kekurangan LG Nexus 4 ini. Sepertinya orang ramai sedia maklum, model Nexus ini mendapat sokongan dan bantuan daripada Google menyebabkan kebanyakkan model Nexus di jual dengan harga lebih murah tetapi mempunyai spesifikasi yang agak tinggi. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Jumaat, 25 Oktober 2013

[VIDEO] Pandang Pertama LG Nexus 4

LG Nexus 4 adalah merupakan model Nexus generasi yang keempat yang mendapat sokongan sepenuhnya dari Google. Segala kemaskini terkini Android, model Nexus ini akan mendapatnya dahulu berbanding telefon pintar Android yang lain. Menarik bagi LG Nexus 4 ini adalah pada bahagian belakangnya diperbuat daripada kaca seperti Sony Xperia Z dan mempunyai sokongan pengecas tanpa wayar dan NFC. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!