Sabtu, 30 November 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 1520

Nokia kini mengorak langkah dengan memperkenalkan model phablet mereka iaitu Nokia Lumia 1520. Ini adalah model phablet yang pertama menggunakan Windows Phone. Dengan spesifikasi yang agak tingi berbanding model Lumia yang lain, Nokia Lumia 1520 berbaloi untuk di miliki. Nokia Lumia 1520 ini juga yang pertama menggunakan cip pemprosesan empat teras dan 2 GB RAM berbanding model Lumia yang lain. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan pada RM2159. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 625

Sebelum ini Nokia telah pun mengeluarkan telefon pintar kelas permulaan mampu milik iaitu Nokia Lumia 620. Kini Nokia telah menambah baik dengan mengeluarkan model terbarunya iaitu Nokia Lumia 625. Dengan skrin yang lebih besar iaitu 4.7, malah turut di sertai dengan LTE yang kebanyakkan terdapat pada peranti kelas atasan. Kerangka belakangnya juga masih boleh di tanggalkan untuk menambah memori kad micro-SD tetapi baterinya tidak boleh di tanggalkan. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan pada RM939. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama HTC One Max

Setelah HTC mengeluarkan HTC One dan HTC One Mini, kini HTC juga telah menambah model keluarga HTC One iaitu HTC One Max. Ketiga-tiga model ini mempunyai reka bentuk yang serupa tetapi saiz skrin dan spesifikasi yang berbeza mengikut kelas masing-masing. HTC One Max adalah merupakan kelas Phablet sama seperti Samsung Galaxy Note 3 dan Sony Xperia Z1 tetapi HTC One Max mempunyai saiz skrin yang paling besar iaitu 5.9 inci. Keunikan HTC One Max ini adalah ianya di lengkapi dengan sensor pengesan cap jari seperti iPhone 5S. Harga untuk pasaran di Malaysia di katakan dalam sekitar RM2499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama HTC One Mini

Setelah HTC berjaya menarik minat orang ramai menerusi peranti utamanya HTC One, HTC telah mengeluarkan model baru iaitu HTC One Mini. Dengan reka bentuk yang serupa dengan HTC One tetapi dengan saiz skrin yang lebih kecil iaitu 4.3 inci. HTC One Mini ini juga turut di lengkapi dengan kamera 4 UltraPixel, BoomSound, HTC Zoe dan BlinkFeed daripada HTC. Walaubagaimanapun, kekurangannya ialah kameranya tidak dilengkapi dengan sistem Optical Image Stabilization (OIS), tiada sokongan NFC dan memori hanya 1GB RAM. Harga pasaran di Malaysia dalam sekitar RM1699. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama HTC Desire 700

Kebanyakkan model-model terbaru peranti HTC mengikut reka bentuk HTC One yang merupakan model utama HTC. Kini HTC telah melancarkan model terbarunya yang juga mempunyai reka bentuk serupa HTC One iaitu HTC Desire 700. Jika dilihat pada bahagian depannya, memang hampir serupa reka bentuk dengan HTC One cuma saiz skrinnya lebih besar. Kamera belakangnya juga berbeza kerana menggunakan kamera 8MP berbanding HTC One kamera 4MP Ultrapixel. Antara kelebihan HTC Desire 700 ini ialah menyokong dwi-sim, bateri yang mampu di tanggalkan dan menyokong memori kad micro-SD. Harga pasaran masih belum di ketahui tetapi mungkin harganya di antara HTC Desire 600 dengan HTC One Mini. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Jumaat, 29 November 2013

[VIDEO] Pandang Pertama iPad Mini 2

Semasa pelancaran iPad Air, Apple juga telah melancarkan iPad Mini 2. iPad Mini 2 ini di tambah baik daripada generasi sebelumnya yang kini di lengkapi dengan paparan Retina Display dan cip pemprosesan A7  64 bit seperti iPhone 5s dan iPad Air. Reka bentuknya masih seperti generasi sebelumnya iPad Mini tetapi mempunyai warna tambahan yang di panggil Space Grey dan tiada lagi Black & Slate. Harga pasarannya masih belum di ketahui di di tawarkan bermula RM1279 untuk wifi dan RM1699 untuk wifi +celular tetapi harga bagi iPad Mini pula sudah berkurangan RM50 iaitu kini RM949. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 13 November 2013

[VIDEO] Pandang Pertama iPad Air

Kini Apple sudah melancarkan iPad generasi kelimanya yang di beri nama iPad Air. iPad Air ini bukan sahaja di tambah baik dari segi spesifikasinya, malah rupa bentuknya juga tidak seperti iPad generasi sebelumnya tetapi merupai iPad Mini. Dengan saiz skrin yang sama iaitu 9.7 inci tetapi beratnya 28% lebih ringan, kelebaran 24% lebih keci dan ketebalannya 20% lebih nipis berbanding generasi sebelumnya. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan bermula RM1599 untuk wifi dan RM2029 untuk wifi+celular. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!