Ahad, 27 Januari 2013

Listen Edition Untuk Save My Bird

Beberapa minggu lepas, kecoh dengan fenomena "Listen, Listen, Listen" yang dicetuskan oleh Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.  Dengan itu, banyak syarikat membuat iklan dengan menggunakan ayat "Listen, Listen, Listen" ini seperti Nando's, Big Bad Wolf dan mudah.my. Malah fenomena "Listen, Listen, Listen" ini bukan hanya di gunakan sebagai iklan, malah ada yang menggunakannya sebagai tajuk permainan iaitu Save My Bird: Listen Edition. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

SlicePad Adalah Tablet Buatan Malaysia?

Mungkin ada sebahagian anda tidak mengenali jenama tablet SlicePad dan mungkin ada yang mendengarnya ketika mencari-cari tablet idaman hati. SlicePad mula di perkenalkan sebagai tablet Android dan mula memasuki pasaran Malaysia sejak tujuh bulan lepas. Adakah anda mengetahui bahawa sebenarnya SlicePad adalah buatan Malaysia yang berpangkalan di utara Malaysia? Sila tekan 'Baca lagi untuk selanjutnya!

Jumaat, 25 Januari 2013

Galaxy S4 Tidak Di Umumkan Di MWC Tetapi Galaxy Note 8 Diperkenalkan

Ramai yang tertunggu-tunggu Samsung mengeluarkan model terbaru siri Galaxy S iaitu Galaxy S4. Ramai menjangkakan pelbagai spesifikasi untuk Galaxy S4 bagi menarik lagi ramai peminat Samsung. Walaubagaimanapun, Galaxy S4 di umumkan tidak akan di pamerkan pada Mobile World Congress (MWC) 2013 tetapi Galaxy Note 8 yang akan di perkenalkan pula. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Cara Hantar Nombor Kenalan Guna Sony PC Companion

Untuk pengguna model telefon Sony Ericcsson, anda tidak perlu risau jika ingin menghantar nombor-nombor kenalan anda ke dalam telefon pintar yang baru. Sony mempunyai software iaitu Sony PC Companion (dulu nama Sony Ericcsson PC Suite) yang membolehkan anda menghantar nombor kenalan dengan mudah. Cara yang paling mudah ialah dengan menyimpan nombor kenalan anda ke dalam akaun Google anda kerana ianya dapat di gunakan untuk apa-apa jenis telefon dengan hanya Synchronize dengan akaun Google. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


Khamis, 24 Januari 2013

[VIDEO] Cara Menghasilkan Shortcut Respring iOS6

Mungkin ada pengguna Apple yang mengetahui mengenai Respring atau pun boleh di kata Refresh kembali peranti Apple anda. Perbezaan antara Respring dan Reboot boleh di kata Respring seperti Log Off komputer dan Reboot seperti Restart Komputer. Respring hanya mematikan penggunaan OS anda manakala Reboot akan mematikan keseluruhan peranti Apple anda. Ini amat berguna setelah anda install aplikasi baru mahu pun update sesuatu aplikasi, anda perlu respring untuk memastikan aplikasi tersebut dapat di gunakan sepenuhnya. Bagaimana hendak menghasilkan Respring TANPA JAILBREAK? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya! 

Rabu, 23 Januari 2013

[VIDEO] Newsstand Boleh Di Letakkan Pelbagai Aplikasi Lain iOS6

Jika anda adalah pengguna iphone, ipad dan ipod touch, anda akan perasan terdapat nya aplikasi Newsstand. Newsstand adalah aplikasi yang di perkenalkan oleh Apple membolehkan pengguna Apple meletakkan majalah yang dilanggan di atas rak maya seperti di kedai buku. Walaubagaimanapun, Newsstand ini hanya boleh di letakkan majalah yang di langgan dan majalah langganan tersebut kebanyakan perlu di bayar. Lagi menyedihkan, walaupun tiada majalah yang di letakkan, Newsstand tersebut tidak boleh di nyahpasang (uninstall) bagi mengurangkan icon di paparan skrin. Tetapi ada cara untuk meletakkan aplikasi lain termasuk permainan ke dalam Newsstand tersebut TANPA JAILBREAK. Sila tekan 'Baca lagi' untuk seterusnya!


Habib Al-Attas Cipta Aplikasi Crazy Ball!, SurfingFast dan WhoCreated?

Siapa yang tidak mengenali syarikat Apple yang telah menjual Mac, Iphone, Ipad dan Ipod. Peranti-peranti tersebut menggunakan Operating System (OS) iaitu iOS (untuk Mac OS X) dan mempunyai App Store yang sama seperti Google Play. App Store dikatakan memiliki lebih daripada 700, 000 aplikasi di seluruh dunia dan antaranya adalah percuma. Tetapi adakah anda menyangkakan terdapat anak tempat berusia 17tahun mampu menghasilkan aplikasi sendiri untuk syarikat besar yang terkemuka itu? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Selasa, 22 Januari 2013

[BANDINGAN] BlackBerry 10 dengan iphone 5

Nampaknya pelbagai fungsi baru diperkenalkan untuk BlackBerry 10 untuk menaikkan nama BlackBerry kembali selepas persaingan sengit antara Android dan Apple. Dahulu Blackberry terkenal dengan BlackBerry Messenger (BBM) dan papan kekunci QWERTY nya, mempunyai ramai peminat kerana senang untuk berhubung dan melayari laman sosial. Sekarang Blackberry juga memperkenalkan BlackBerry Keyboard bagi mengantikan papan kekunci QWERTY. Bagi menaikkan lagi nama BlackBerry, telah diadakan perbandingan BlackBerry z10 dengan Iphone5. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya.

[VIDEO] Spesifikasi BlackBerry Z10

Reseach In Motion (RIM) telah pun melakukan banyak perubahan untuk model BlackBerry yang terbaru iaitu BlackBerry 10. Pelbagai pratonton telah di perlihatkan sama ada di blog mahupun di Youtube. Banyak fungsi-fungsi baru telah di perkenalkan yang hampir serupa dengan Android dan Apple. Antara prototaip yang dikatakan hampir serupa dengan model terbaru yang bakal di lancarkan pada 30.1.2013 ialah BlackBerry Z10. BlackBerry Z10 ini akan di jual dengan harga pasaran RM2288 RM2188. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


Isnin, 21 Januari 2013

[VIDEO] BlackBerry 10 Mempunyai Fungsi Camera yang Baru Iaitu Time Shift

Apabila hendak membeli telefon pintar yang baru, kamera adalah antara komponen yang terpenting. Mungkin ada pembeli memilih saiz megapixel yang lagi besar.untuk kamera Mungkin ada yang berminat dengan kamera Pure View daripada Nokia. Mungkin ada yang berminat dengan Exmor R daripada Sony. Sekarang BlackBerry 10 akan menawarkan fungsi kamera yang baru iaitu Time Shift. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya.

[VIDEO] BlackBerry 10 Mungkin Mempunyai Efek Gambar Dalam Fungsi Kamera

Sekarang hangat orang menyebutkan pasal BlackBerry 10 selepas kejatuhan akibat persaingan sengit antara Android dan Apple. Research In Motion (RIM) telah mengumumkan BlackBerry 10 dengan harapan menaikkan kembali nama BlackBerry. Satu demi satu fungsi baru diperkenalkan. Antaranya ialah efek gambar boleh di tambahkan pada gambar yang di ambil. Sila teka 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


[VIDEO] BlackBerry 10 Terdapat Sokongan Suara Dan Pelbagai Fungsi Baru

Nampaknya Reseach In Motion (RIM) sudah melakukan banyak perubahan baru dan fungsi baru untuk model terbaru yang akan datang, BlackBerry 10. Di jangkakan BlackBerry 10 akan menggunakan sepenuhnya skrin sesentuh untuk menyaingi telefon pintar Android dan Apple. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Ahad, 20 Januari 2013

Cara Mengenal Kapasiti Bateri Telefon Pintar

Bateri adalah penting bagi setiap telefon pintar. tanpa bateri telefon pintar tidak dapat digunakan. di internet terdapat banyak cara untuk menjimatkan bateri agar tahan lama. tapi adakah anda tahu kapasiti bateri telefon pintar milik anda? Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Sabtu, 19 Januari 2013

Apa Itu NFC?

Gema riuh di arena Internet sepanjang tahun 2012 akan satu teknologi yang dikenali sebagai NFC, ataupun nama penuhnya iaitu Near Field Communication. Adakah kita mengetahui dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan NFC ini, dan adakah kita memahami kitaran mekanisma operasinya? Jika anda kurang memahaminya, ataupun tidak memahaminya langsung, artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui tentang asas-asas teknologi yang dibawakan oleh NFC ini. Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Jumaat, 18 Januari 2013

Apa Itu IMEI?

Jikalau setiap manusia mempunyai kad identiti masing-masing, begitu juga untuk setiap peranti mudah-alih yang dikeluarkan, dimana mempunyai nombor IMEI tersendiri, yang mana boleh digunakan untuk beberapa tujuan. Jadi, apakah itu IMEI? Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Khamis, 17 Januari 2013

[VIDEO] Pemasangan Semula Xperia Z, Cyber-shot RX1 dan Handycam

Mungkin ada sebahagian anda berminat dengan telefon pintar yang terbaru daripada Sony iaitu Xperia Z.  Mungkin anda kagum dengan Xperia Z yang antara telefon pintar yang memiliki spesifikasi yang tinggi. Malah Xperia Z juga kalis air dan debu. Tapi bagaimanakah kompenan-kompenan Xperia Z di pasang untuk memastikan ianya kalis air dan debu. Sila tekan "Baca lagi" untuk selanjutnya!


Utusan Di Perdaya Camera 360 Ultimate?

Kecoh warga Malaysia terutama pembaca-baca surat khabar Utusan Malaysia (Utusan) kerana Utusan menyiarkan gambar 'alien' pada surat khabar 16/1/2013, Rabu (semalam). Gambar tersebut dikatakan di ambil oleh pembaca Utusan dari tingkat lima sebuah bangunan di Ampang. Betulkah ada alien di Malaysia ini? Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 16 Januari 2013

Tanjong Clixster Mobile (Clixster), syarikat telekomunikasi milik Bumiputera

Mungkin anda semua sudah biasa dengar syarikat telekomunikasi atau biasa orang sebut telco (telecomunication company) iaitu Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan YES. Tetapi menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) , Clixster adalah antara pengedar sah untuk menawarkan telefon pintar untuk Pakej Komunikasi Belia. Pernahkah anda mendengar nama Clixster? Tekan "Baca lagi" untuk selanjutnya!

[BANDINGAN] Sony Xperia Ion vs HTC One X vs Samsung Galaxy S3 vs Samsung Galaxy Note

Ini adalah perbandingan antara harga telefon pintar yang ditawarkan oleh U-mobile berserta spesifikasi setiap telefon pintar. Ianya dibuat berdasarkan saiz skrin yang lebih daripada 4.5 inchi. Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Name Model

Sony Xperia Ion

HTC One X
Samsung Galaxy SIII
Samsung Galaxy Note
Price (u-mobile)*
RM1299
RM1799
RM1799
RM1599
Price (Ori-set)**
RM1499
RM2099
RM2199
RM1890
Operating System ***
Android 4.0
Android 4.0
Android 4.0
Android 4.0
Display
4.6”
4.7”
4.8"
5.3"
Dimension
(h x w x d)
133x68x10.8 mm
134.4 x 69.9 x 8.9 mm
136.6 x 70.6 x 8.6 mm
146.9 x 83 x 9.7 mm
Camera
(Back/Front)
12MP / 1.2 MP
8MP / 1.3MP
8MP / 1.9MP
8MP / 2MP
CPU
1.5GHz Dual-Core
1.56GHz Quad-Core
1.4GHz QUAD-CORE
1.56GHz DUAL-CORE
Memory
(ROM/RAM)
13.2GB / 1GB
32GB / 1GB
16GB / 2GB
16GB / 1GB
Battery
1900mAh
1800mAh
2100mAh
2500mAh
Feature
NFC
NFC
NFC
NFC, C-pen


Selasa, 15 Januari 2013

[BANDINGAN] Senarai Harga Telefon Pintar Untuk Pakej Komunikasi Belia

Ini adalah antara senarai harga telefon pintar yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk Pakej Komunikasi Belia. Senarai harga ini berdasarkan harga-harga yang ditawarkan di laman web bagi setiap syarikat yang terlibat.  Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Senarai Pengedar Sah Untuk Pakej Komunikasi Belia

Daripada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mereka mengatakan terdapat hampir 1,000 wakil penjual Pakej Komunikasi Belia di seluruh negara. Setakat ini hanya 8 syarikat besar yang telah menawarkan pakej ini (termasuk Seng Heng dan mungkin akan ditambah). Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!




Spesifikasi Telefon-Telefon Pintar Untuk Pakej Komunikasi Belia

Mungkin ada sebahagian anda sudah mengetahui senarai telefon pintar yang ditawarkan oleh wakil-wakil pengedar khas yang dilantik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Tetapi adakah anda tahu apakah spesifikasi setiap telefon pintar tersebut? Jika hendak mencari setiap satu telefon pintar tersebut akan menyusahkan dan melecehkan anda bukan?  Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Isnin, 14 Januari 2013

Permohonan Untuk Pakej Komunikasi Belia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secara rasminya telah memulakan permohonan untuk Pakej Komunikasi Belia bermula 1/1/2012 sehingga 31/12/2013. Untuk makluman, permohonan ini hanya dibuka untuk 1.5 juta orang belia sahaja. Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


Senarai Telefon Pintar untuk Pakej Komunikasi Belia oleh SKMM


Salah satu perkara yang hangat diperkatakan dan dibincangkan akhir-akhir ini adalah berkenaan dengan Pakej Komunikasi Belia yang memberikan rebat sebanyak RM200 dalam pembelian telefon pintar baru. Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!