Khamis, 25 April 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Surface RT

Microsoft sudah pun mengeluarkan tabletnya sendiri iaitu Surface. Surface telah menarik minat ramai orang kerana ketebalannya agak nipis berbanding tablet biasa dan mempunyai papan kekunci fizikal yang nipis. Malah Surface juga di jana dengan sistem operasi Windows RT bebrbanding tablet lain kebanyakannya di jana dengan Android. Setelah sekian lama, akhirnya Surface RT memasuki pasaran Malaysia dengan harga permulaan RM1099 RM1549 yang di paparkan pada halaman rasminya. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 24 April 2013

[VIDEO] Nokia Asha 210 Dengan QWERTY

Nokia baru sahaja memperkenalkan model terbaru iaitu Asha 210. Nokia Asha ini juga tidak kurang popularnya berbanding Nokia Lumia yang mempunyai spesifikasi yang agak tinggi. Untuk Nokia Asha, Nokia lebih memfokuskan pada telefon bajet rendah mampu milik. Nokia Asha 210 ini di lengkapi dengan papan kekunci fizikal QWERTY yang menyokong laman sosial terutama Whatapps. Asha 210 ini dikatakan akan mula dijual bermula penghujung suku kedua 2013 ini, dan harga pasaran RM249.  Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Ahad, 21 April 2013

Pandang Pertama Google Glass

Sebelum ini sudah ada nyahkotak Google Glass yang mana merupakan Xplorer Edition (XE). Zaman sekarang bukan sahaja telefon pintar mampu melakukan pelbagai perkara, sekarang kaca mata juga boleh melakukan banyak perkara seperti merakam dan mengambil gambar. Malah terdapat sokongan suara Google Voice dilengkapkan pada Glass bagi memudahkan mencari maklumat daripada internet. Glass juga di katakan mampu di sambungkan dengan peranti Android (4.0.3 keatas) untuk membalas dan menerima panggilan dan message. Tetapi bagaimana pula dengan spesifikasi Glass yang menarik minat ramai orang?  Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Sabtu, 20 April 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Google Glass Serta Nyah Kotak

Sebelum ini terdapat khabar berita mengatakan Google ingin membuat kamera di gabungkan dengan kaca mata iaitu Google Glass. Objektifnya adalah memudahkan orang ramai merakam dan mengambil gambar apa yang kita lihat kerana kaca mata mudah di pakai dan di bawa ke mana-mana berbanding kamera atau smartphone. Kini Google sudah pun menjual Google Glasss ini di US tetapi hanya untuk pihak Developer dengan kuantiti yang agak terhad. Dengan edisi Xplorer Edition (XE) ianya di jual dengan harga $1500 (RM4500) dengan spesifikasi Glass agak menarik yang menyokong sambungan peranti Android. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Khamis, 18 April 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 620

Sebelum ini sudah ada ulasan mengenai Nokia Lumia 920 dan Lumia 820, kini mengenai Lumia 620. Lumia 620 merupakan kelas bawahan yang mempunyai spesifikasi yang agak rendah dan tiada fungsi pengecas tanpa wayar. Walaubagaimana pun Lumia 620 mempunyai penutup belakang yang warna berkilau (glossy) dan baterinya boleh di tanggalkan berserta menyokong memori kad micro-sd. Harga pasaran di Malaysia dalam sekitar RM799 dan sudah berada di pasaran Malaysia. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!




Jumaat, 12 April 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 820

Nokia telah pun mengeluarkan beberapa model terbaru Lumia iaitu Lumia 920 dan kini Lumia 820. Jika Lumia 920 adalah peranti utama bagi model Lumia yang berada di kelas atasan, Lumia 820 pula berada di kelas pertengahan yang mempunyai spesifikasi sedikit rendah daripada Lumia 920. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan dalam sekitar RM920. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 920

Nokia sekarang telah mendapat semula sambutan setelah menawarkan peranti menggunakan Windows Phone 8. Dengan peranti utamanya iaitu Lumia 920 dengan spesifikasi tinggi berserta kamera Carl Zeiss, lagi menarik kembali peminat-peminat nokia. Lumia 920 akan berada di pasaran Malaysia dengan harga pasaran Rm1699 RM1549 RM1090. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Khamis, 11 April 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Asus FonePad

Kebelakangan ini, ramai orang mula memlilih peranti yang berskrin besar sehingga banyak telefon pintar mempunyai skrin bersaiz besar diperkenalkan. Jika dahulu, skrin besar hanyalah untuk tablet yang mana hanya digunakan untuk melayari intenet, menonton video dan melihat gambar dengan lebih jelas menggunakan skrin bersaiz besar. Kini, Asus memperkenalkan tablet bersaiz 7-inci yang mempunyai ciri penuh sebuah telefon pintar yang menggunakan kualiti binaan premium iaitu aluminium. Harga pasaran Malaysia di tawarkan pada RM849. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Rabu, 10 April 2013

Google Play Store 4.0.25

Google Play Store atau nama lamanya iaitu Google Market adalah satu tempat kesemua aplikasi dan permainan di letakkan supaya pengguna Android dapat memuat turun sesuatu aplikasi atau permainan. Google Play Store di jenamakan semula kerana bagi menyelaraskan penggunaan Google di telefon pintar dengan komputer. Kini Google Play Store telah menaik taraf dengan melakukan perubahan antara mukanya yang kini lebih kemas dan gambar lebih besar. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Isnin, 8 April 2013

[VIDEO] Vertu Ti Peranti Termahal

Sekarang ini ramai syarikat pembuat telefon berlumba-lumba menghasilkan peranti model terbaru dengan spesifikasi yang tinggi dengan harga yang mahal. Bagi mengurangkan kos pembuatan peranti masing-masing, banyak syarikat menggunakan bahan yang murah seperti Galaxy S4 menggunakan plastik. Tetapi tidak bagi syarikat Vertu yang mana mementingkan bahan dan reka bentuk perantinya. Di katakan peranti daripada Vertu adalah yang termahal dengan menggunakan bahan-bahan premium. Harga untuk Titanium Black Leather RM34.5K,  Titanium Pure Black RM41.2K dan Black PVD Titanium Red Gold RM73K. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Ahad, 7 April 2013

[VIDEO] Firefox 20 Di Lancarkan Secara Rasmi

Firefox adalah antara salah satu Browser Internet yang mempunyai ramai peminat seperti Google Chrome. Bagi menyaingi Browser yang lain, Mozilla memperkenalkan Firefox 20 yang mana terdapat beberapa perubahan dan penambahbaikan pada Firefox. Antaranya muat-turun yang diintegrasi lebih baik dan Private Browsing melalui tetingkap lain bagi memudahkan membuat bayaran online secara privasi. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


Sabtu, 6 April 2013

[VIDEO] WeChat Memasuki Pasaran Malaysia

Dengan perkembangan jalur lebar yang pesat di Malaysia, ramai rakyat Malaysia kini mudah berhubung atau berkomunikasi menggunakan internet. Pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter dan aplikasi permesejan internet seperti Whatapp, WeChat bagi memudahkan ramai orang berhubung dan berkomunikasi secara mudah dan pantas. Kini, WeChat cuba memasuki pasarana Malaysia bagi memenuhi pertambahan bilangan pengguna internet di Malaysia. Bagi menarik perhatian rakyat Malaysia, WeChat telah memilih dua orang pelakon terkenal di Malaysia iaitu Shaheizy Sam dan Lisa Surihani. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Jumaat, 5 April 2013

[VIDEO] Facebook Home Untuk Launcher Android

Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Facebook akan membuat perantinya sendiri khas untuk penggunaan Facebook seharian.  Akhirnya, pada hari Jumaat bersamaan 5/4/2013 pihak Facebook telah mengumumkan peranti HTC First dan memperkenalkan antara muka baru untuk Android yang di beri nama Facebook Home. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Pandang Pertama HTC First Peranti Untuk Facebook

Sebelum ini terdapat khabar angin mengatakan Facebook akan melancarkan perantinya sendiri. Terdapat pelbagai andaian dan reka bentuk diperkatakan di alam maya. Akhirnya pada hari Jumaat bersamaan 5/4/2013, Mark Zuckerberg telah mengumumkan secara rasmi bahawa peranti Facebook adalah daripada HTC yang di beri nama HTC First yang menggunakan antara muka Facebook Home. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 3 April 2013

[VIDEO] Kemaskini OTA Portico Untuk Windows Phone

Terdapat kemaskini baharu untuk peranti Windows Phone 8 terutama HTC X8, Nokia Lumia 920, 820 dan 620 iaitu kemaskini Portico. Bagi pengguna peranti Lumia 920, 820 dan 620, kemaskini Windows Phone (Portico) melalui internet atau orang selalu sebut OTA(over the air) adalah berita menggembirakan. Sebelum ini mereka perlu datang ke Nokia Service Center untuk mendapatkan kemaskini Portico yang mana tidak digemari ramai rakyat malaysia. Dengan kemaskini Portico ini, terdapat beberapa perubahan baru untuk pengguna Window Phone. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!