Isnin, 20 Mei 2013

Cara Mengenal Antara Original Set vs AP Set vs Underwater Set Untuk Telefon Pintar

Pelbagai jenis telefon pintar tidak kira jenis model, jenama dan kualiti. Dengan kebanjiran pelbagai jenis telefon pintar di pasaran, ramai orang mengambil kesempatan untuk menjual telefon pintar AP set dengan menjual harga murah berbanding dengan harga original set daripada pengedar sah. Penjual sering bercakap pasal AP set dan Original set, tetapi bagaimana dengan Underwater set? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Ahad, 19 Mei 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 925

Jenama Lumia daripada Nokia makin gah apabila menggunakan sistem operasi Windows Phone. Bagi mengukuhkan lagi jenama Lumia, Nokia kini menumpukan kepada pembangunan kameranya dengan mengambil dan rakaman gambar yang lebih tajam berbanding Lumia yang lain. Nokia juga telah menambah baik software bagi kameranya dengan memperkenalkan Smart Cam yang mana banyak fungsi camera di sertakan seperti Best Shot, Action Shot, Motion Focus, Change Face dan Remove Moving Object.  Kini Nokia juga telah menggunakan reka bentuk premium dengan menggunakan kerangka aluminium. Lumia 925 ini akan di jual dengan harga pasaran RM1799 RM1599. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Isnin, 13 Mei 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia ZR Kalis Air dan Debu

Dengan kejayaan Sony mengeluarkan peranti yang kalis air dan debu bermula dengan Xperia Active, Xperia Acro S, Xperia Go, Xperia V, Xperia Z dan kini Xperia ZR. Dengan kalis air (IP58) maka anda tidak perlu lagi risau jika telefon pintar anda terkena air seperti ketika hujan lebat, malah anda juga boleh merakam dan mengambil gambar di dalam air. Tambahan pula, dengan kalis debu (IP55) anda boleh menggunakan telefon pintar buatan Sony ini di mana-mana sahaja tidak kira tempat berdebu atau berpasir seperti di pantai. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM1299. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 720

Pada Mobile World Congress (MWC2013) lepas, Nokia telah memperkenalkan model terbaru mereka iaitu Lumia 520 dan Lumia 720. Lumia 720 adalah model kelas pertengahan yang spesifikasinya sedikit kurang daripada Lumia 820. Di katakan Lumia 720 akan berada di pasaran Malaysia pada hujung bulan April ini dengan harga pasaran Rm999 RM899. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Ahad, 12 Mei 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 520

Pada Mobile World Congress (MWC2013) lepas, Nokia telah memperkenalkan model terbaru mereka iaitu Lumia 520 dan Lumia 720. Lumia 520 adalah model kelas bawahan yang spesifikasinya sedikit kurang daripada Lumia 620. Di katakan Lumia 520 akan berada di pasaran Malaysia pada hujung bulan April ini dengan haraga pasaran RM599 RM529 RM499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Sabtu, 11 Mei 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Sony Ericsson Xperia Ray

Pada tahun 2011, Sony Ericsson telah mengeluarkan banyak model telefon pintar yang agak menarik dari segi reka bentuknya. Antaranya ialah Xperia Ray yang ketebalan hanya 9.4 mm dan besi aluminium rangka tepinya bagi keselesaan memegangnya tidak seperti memegang plastik. Saiz skrinnya nya 3.3-inci, ianya sesuai bagi tangan yang kecil mahupun tangan yang besar untuk memegang dan menggunakannya. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Pandang Pertama Acatel One Touch Glory 2S

Alcatel One Touch adalah merupakan produk di bawah syarikat TCL Communication yang ibu pejabatnya di Guangdong, China. Walaupun telah mengeluarkan banyak model telefon pintar Alcatel One Touch, tetapi jenama Alcatel tidak mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia. Tetapi sejak kebelakangan ini, nama Alcatel mula disebut-sebut apabila Digi menawarkan Alcatel One Touch Glory 2S dalam pakej komunikasi belia. Menariknya, Glory 2S merupakan telefon pintar kelas bawahan yang harganya lebih kurang seperti Galaxy Y tetapi Glory 2S mempunyai spesifikasi yang tinggi sedikit berbanding Galaxy Y. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!