Khamis, 25 Julai 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Nexus 7 2013

Peranti Nexus merupakan peranti khas daripada Google bagi menyediakan peranti yang berkemampuan dan menggunakan sistem operasi Android terbaru. Sebelum ini, Nexus 7 merupakan tablet buatan Asus adalah tablet berkemampuan yang memiliki spesifikasi yang agak tinggi. Kini, Google telah mengumumkan Nexus 7 2013 yang juga buatan Asus yang memiliki skrin yang sama saiz iaitu 7 inci tetapi mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi sedikit disertakan bersama Android yang terbaru iaitu Android 4.3 Jelly Bean. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy S4 Zoom

Sebelum ini terdapat banyak variasi model Galaxy S4 iaitu Galaxy S4 Active dan Galaxy S4 Mini. Kini Samsung memperkenalkan variasi terbarunya iaitu Galaxy S4 Zoom yang memfokuskan pada kameranya. Galaxy S4 Zoom ini sama seperti Galaxy Camera yang telah di keluarkan oleh Samsung dahulu tetapi Galaxy S4 Zoom ini mempunyai fungsi telefon untuk menjawab panggilan dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS). Galaxy S4 Zoom mempunyai lensa kamera dengan 16 MP, disertai sokongan zoom optikal sehingga 10 kali dan flash Xenon bukannya LED seperti telefon pintar biasa. Galaxy S4 Zoom di jual dengan harga pasaran RM 1699. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 24 Julai 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy S4 Mini

Bagi peminat Samsung Galaxy, Galaxy S4 merupakan model kegilaan yang mempunyai pelbagai fungsi-fungsi yang menarik. Tetapi apakan daya, harga Galaxy S4 di pasaran Malaysia adalah RM1850 yang tidak mampu di miliki oleh kebanyakkan rakyat tempatan. Bagi memenuhi pemintaan pengguna, Samsung telah mengeluarkan model yang lebih kecil dan murah iaitu Galaxy S4 Mini. Harga pasaran tempatan bagi Galaxy S4 adalah RM1499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Jumaat, 12 Julai 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Acer Iconia W3

Acer kini telah memperkenalkan model tablet terbaru mereka iaitu Acer Iconia W3 yang menggunakan sistem operasi Windows 8. Menariknya, Acer Iconia W3 ini di sertakan bersama dengan Flip Cover dan papan kekunci fizikal keluaran Acer sendiri apabila membeli tablet ini. Anda tidak perlu mencari di kedai bagi mencari Flip Cover dan papan kekunci fizikal yang betul-betul muat dengan tablet ini. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] LG Pocket Photo Printer Mudah Alih

Pada zaman kini, semakin ramai yang menggunkan telefon pintar bagi kegunaan seharian. Malah dengan kecanggihan telefon pintar, gambar boleh di ambil tanpa perlu menggunakan kamera digital. Jika dahulu ingin membuat mencetak gambar, perlu pergi ke kedai gambar atau masukkan ke dalam komputer dan kemudian cetak menggunakan Printer. Kini tidak perlu lagi mencari Printer yang besar dan berat bagi mencetak gambar yang di ambil kerana LG sudah mengeluarkan Printer mudah alihnya iaitu LG Pocket Photo yang sangat kecil untuk di bawa ke mana-mana. LG Pocket Photo ini menyokong NFC (bagi Android dan Windows Phone) dan Bluetooth (semua peranti termasuk iOS) bagi memudahkan pengguna telefon pintar menggunakannya tanpa wayar. Untuk pasaran tempatan, ianya di jual pada harga RM399. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Pandang Pertama Nokia Lumia 1020 Dengan Kamera 41 MP

Orang ramai menaruh kepercayaan pada Nokia kerana ketahanan dan kelasakan pada kebanyakan perantinya. Nokia juga membuktikan bahawa mereka juga hebat dalam penkameraan setelah berjaya mengeluarkan model Nokia PureView808 dengan 41 MP pada tahun 2012. Setelah penjanamaan semula dengan menggunakan sistem operasi Windows Phone 8, Nokia telah menggunakan teknologi PureView pada sebahagian model Lumia tetapi tidak sehebat PureView 808 sebelumnya. Kini Nokia telah mengeluarkan model Lumia terbarunya iaitu Lumia 1020 dengan 41 MP yang setanding malah mungkin lebih hebat daripada PureView 808. Lumia 1020 di lengkapi dengan teknologi penstabilan imej optikal (Optical Image Stabilasation), Flash LED dengan Xenon dan mempunyai 6 kanta lens Carl Zeiss bagi menghasilkan gambar yang lebih jelas dan terperinci. Lumia 1020 juga menyokong pengecaj tanpa wayar pada belakang seperti Lumia 720 dan Lumia 925. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan pada RM2499 RM2199. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Selasa, 9 Julai 2013

[VIDEO] Pandang Pertama HTC Desire 600

HTC sebelum ini sudah mengeluarkan model kelas atasan iaitu HTC One. HTC One di lengkapi dengan pelbagai fungsi baru seperti BlinkFeed dan SoundBoom tetapi harganya yang agak mahal membuat ramai orang berfikir banyak kali untuk membelinya. Kini HTC telah mengeluarkan model terbaru iaitu HTC Desire 600 yang mempunyai fungsi baru seperti HTC One tetapi dengan harga yang lebih murah. HTC Desire 600 dijual dengan harga pasaran tempatan RM1199. Sila tekan baca lagi untuk selanjutnya!

Khamis, 4 Julai 2013

[VIDEO] BlackBerry Q5 Memasuki Pasaran Tempatan

Setelah memasarkan dua model terbaru BlackBerry Z10 dan BlackBerry Q10, kini BlackBerry Q5 pula memasuki pasaran Malaysia. Dengan harga pasaran RM1299, model BlackBerry Q5 ini lebih murah berbanding dua model sebelumnya. Dengan bentuk seakan-akan keluarga Curve dahulu, BlackBerry Q5 ini di lengkapi dengan sistem operasi yang terbaru iaitu BlackBerry10. Ini pasti akan menarik minat peminat BlackBerry yang tidak mampu untuk membeli dua model sebelumnya. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] BlackBerry Q10 Dengan Papan Kekunci Fizikal

Awal tahun ini, RIM atau BlackBerry telah mengumumkan model terbaru  iaitu BlackBerry Z10 dan sistem operasi terbaru iaitu BlackBerry10. Dengan kehadiran BalckBerry Z10, kini ramai peminat BlackBerry kembali setelah BlackBerry tenggelam akibat persaingan sengit antara Android dan Apple. Kini BlackBerry menambah keluarga BlackBerry10 dengan model BlackBerry Q10. BlackBerry Q10 ini akan di jual dalam harga RM2388 di pasaran tempatan. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



[VIDEO] Nokia 207 Dan Nokia 208

Setelah Nokia mengukuhkan kedudukan dengan model keluarga Lumia, kini Nokia kembali dengan telefon budget yang mampu di miliki semua orang. Walaupun zaman sekarang ramai yang menggemari menggunakan skrin sesentuh sepenuhnya, tetapi masih ada lagi yang lebih menggemari menggunakan papan kekunci fizikal terutamanya orang yang sudah berumur. Nokia telah mengumukan dua model terbarunya iaitu Nokia 207 dan 208, yang mana kedua-dua model ini mempunyai spesifikasi yang serupa tetapi pada Nokia 208 terdapat kamera 1.3 MP, tiada kamera pada Nokia 207. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!