Sabtu, 22 Mac 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Google Android Wear

Sejak kebelakangan ini, ramai pengeluar menghasilkan peranti boleh pakai (Wearable) seperti Gear Fit, Gear 2, Galaxy GearSmartWatch 2 dan Pebble. Sebelum ini terdapat dua cara menghasilkan peranti boleh pakai iaitu sama ada membina sistem operasi tersendiri mahupun menggubah sistem operasi Android. Contoh peranti boleh pakai yang menggunakan sistem operasi sendiri adalan Gear 2 (Tizen) daripada Samsung, SmartWatch 2 daripada Sony dan Pebble SmartWatch daripada Pebble. Di samping itu terdapat juga peranti boleh pakai yang menggunakan sistem operasi Android yang di ubah suai seperti Galaxy Gear daripada Samsung. Kini Google telah mengumumkan sistem operasi terbaru mereka yang di beri nama Android Wear bagi menyeragamkan peranti boleh pakai. Malahan Android Wear juga mampu di optimasi kan dengan skrin bulat tidak hanya skrin petak segi empat. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Cara Memasang Permainan Angry Birds : Epic

Sebelum ini tedapat artikel mengenai Cara Memasang Aplikasi Paper Daripada Facebook kerana hanya terhad kepada pengguna di USA sahaja. Terdapat beberapa langkah menukar negara untuk Store di iOS yang perlu di lakukan jika anda di luar daripada negara yang di tetapkan tetapi ingin menggunakannya. Oleh itu, Rovio telah mengumumkan permainan terbaru mereka iaitu Angry Birds : Epic tetapi hanya terhad kepada pengguna di Australia, Kanada dan New Zealand serta hanya di iOS (Android masih tiada lagi). Maka jika anda bukan berada di negara terbabit tetapi ingin bermain permainan tersebut, caranya sama sahaja dengan mengikuti langkah-langkah yang sama. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Jumaat, 14 Mac 2014

Perbandingan iOS 7.1 Dengan iOS 7

Sebelum ini telah di tulis artikel mengenai Perbandingan iOS 7 Dengan iOS 6 apabila Apple mengumumkan perubahan besar pada sistem operasi untuk peranti iOS. Kini Apple telah mengemaskini iOSnya dengan memperbaiki segala masalah yang timbul serta mengatasi pepijat yang timbul dan melancarkan iOS 7.1. Malah dalam iOS 7.1 juga di sertakan dengan fungsi baru antaranya CarPlay, Siri, iTune Radio, Auto HDR dan Auto Flash pada kamera. Beberapa perubahan antaramuka pada Calender, Phone Animation, Power Toggle, Keyboard dan juga tulisan (Font) yang kini boleh di tebalkan (Bold). Perubahan warna pada ikon Message, FaceTime dan Phone juga kelihatan dengan berwarna lebih gelap. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Isnin, 10 Mac 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Samsung Gear Fit

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, Samsung telah mengumumkan peranti utamanya iaitu Galaxy S5 dengan peranti boleh pakai iaitu Gear 2 dan Gear Fit. Gear Fit merupakan peranti boleh pakai untuk kegunaan kesihatan bagi memudahkan menggunakan aplikasi S Health. Gear Fit juga mempunyai pengesan degupan jantung dan kalis air serta kalis debu (IP67) seperti Galaxy S5 dan Gear 2. Walaupun tiada kamera tersedia tetapi Gear Fit masih boleh menerima notifikasi seperti panggilan atau pesanan ringkas. Menariknya Gear Fit mempunyai skrin yang melengkung bagi mengikut bentuk pergelangan tangan. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



[VIDEO] Pandang Pertama Samsung Gear 2

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, Samsung telah mengumumkan peranti utamanya iaitu Galaxy S5 dengan peranti boleh pakai iaitu Gear 2 dan Gear Fit. Gear 2 ini merupakan generasi seterusnya Galaxy Gear. Gear 2 tidak menggunakan nama Galaxy kerana keluarga Galaxy adalah menggunakan sistem operasi Android manakala Gear 2 ini menggunakan Tizen. Seperti Galaxy Gear, Gear 2 juga di lengkapi dengan kamera 2.0 MP tetapi pada kerangakanya supaya memudahkan untuk menukar talinya. Juga seperti Sony SmartWatch 2, Gear 2 merupakan peranti boleh pakai yang kalis air dan kalis debu (IP67).  Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Samsung Galaxy S5

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, Samsung telah mengumumkan peranti utamanya iaitu Galaxy S5 dengan peranti boleh pakai iaitu Gear 2 dan Gear Fit. Galaxy S5 merupakan generasi seterusnya dari Galaxy S4. Walaupun reka bentuk hadapan hampir serupa Galaxy S4 tetapi Galaxy S5 di lengkapi dengan fungsi baru seperti pemerhati dengupan jantung (Heart Beat Monitor), pengesan cap jari (Finger Scanner), kalis air serta kalis debu dan banyak lagi. Agak mengecewakan kerana reka bentuk kerangka belakang tidak seperti Galaxy Note 3 dengan kemasan seperti kulit tetapi menggunakan reka bentuk berbintik seperti Asus Nexus 7 2012. Walau bagaimanapun kemasan pada kerangka belakangnya lebih sedap memegang berbanding dengan kemasan seperti kulit itu yang mungkin menyebabkan Samsung tidak mengunakan kemasan seperti itu di Galaxy S5. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!