Rabu, 29 Januari 2014

Cara Memeriksa Telefon Pintar Baru

Saya percaya kebanyakkan daripada kita yang membeli telefon, jarang untuk membuat pemeriksaan rapi. Kalau ada kita hanya sekadar memeriksa kamera, melihat antaramuka, memeriksa sama ada calar atau tidak. Sebenarnya, anda boleh melakukan pelbagai pemeriksaan yang lebih menyeluruh bagi memastikan peranti yang anda beli tiada masalah, lebih – lebih lagi jika peranti yang anda beli adalah berstatus “telah digunakan”. Pada peranti anda telah pun tersedia bagaimana hendak memeriksa pelbagai fungsi yang terdapat pada peranti tersebut. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjut!

Screenshot_2014-01-29-15-00-42

Apa Itu Kalis Air dan Kalis Debu Pada Telefon Pintar

Sejak akhir-akhir ini banyak pengeluar hadir dengan beberapa peranti tahan lasak seperti kalis daripada air dan kalis debu. Setiap peranti sebegini turut diberi nilai IP untuk mengetahui setakat manakakah peranti tersebut tahan dari segala aspek. Kita sering dengar IP54, IP57, IP58, tetapi apakah maksud disebalik angka tersebut? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


[VIDEO] Pandang Pertama Xperia SP

Sony telah menambah model kelas pertengahannya iaitu Xperia SP bersama dengan model kelas permulaan Xperia L. Masih mempunyai butang kuasa ikonik seperti Xperia Z tetapi ianya bukan kalis air dan kalis debu. Menariknya, pada bahagian bawahnya terdapat lampu LED untuk notifikasi yang boleh berubah mengikut warna di skrin Xperia SP. Tidak seperti peranti android yang lain hanya menyalakan lampu LED notikasi hanya ketika Message atau Pangilan masuk sahaja. Xperia SP ini juga di sertakan dengan teknologi NFC bagi memudahkan berkongsi maklumat di skrin kepada peranti yang lain dan di jamin oleh Sony akan menerima Android 4.4. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia dalam sekitar RM1200 RM1099. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya! 



[VIDEO] Pandang Pertama Xperia L

Sony menambah lagi model kelas permulaan iaitu Xperia L. Xperia L ini reka bentuk kerangka belakangnya melengkung seperti Xperia E tetapi lebih nipis ketebalannya. Masih mempunyai butang kuasa ikonik seperti Xperia Z tetapi ianya bukan kalis air dan kalis debu. Menariknya walaupun berada dalam kelas permulaan tetapi Xperia L di sertakan dengan NFC bagi memudahkan berkongsi paparan skrin. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia dalam sekitar RM749. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Selasa, 28 Januari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia C

Sony telah memperkenalkan model kelas pertengahan iaitu Xperia C dan mempunyai bentuk seperti Xperia ZR tetapi ianya bukan kalis air dan kalis debu. Xperia C mempunyai dua slot untuk kad Sim seperti Xperia E Dual dan Xperia M. Xperia C ini agak menarik kerana mempunyai skrin sebesar 5 inci tetapi harganya masih bawah seribu tidak seperti peranti Android yang lain. Pada Xperia C ini juga disertakan adalah sokongan “Potrait Retouch”, membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar diri sendiri menggunakan arahan suara. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM999 RM899. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia E

Sony telah memperkenalkan model terbaru kelas permulaannya iaitu Xperia E. Xperia E ini juga mempunyai variasi untuk dual Sim seperti Xperia M tetapi Xperia M spefisikasinya lebih tnggi sedikit dan mahal sedikit. Xperia E merupakan telefon pintar Android mampu milik kerana harganya yang agak murah berbanding telefon pintar Android yang lain. Walaupun ianya tebal dari reka bentuknya tetapi kerangka belakangnya melekung sedikit agar selesa untuk memegangnya. Warnanya mengikut variasinya iaitu Xperia E berwarna Hitam, Merah dan Putih manakala Xperia E Dual berwarna Hitam dan Emas. Harga di pasaran Malaysia di tawarkan RM499 RM459 manakala untuk Xperia Dual RM559 RM499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia ZL

Sony juga telah mengeluarkan model selepas telefon pintar Xperia Z dan Xperia ZL. Xperia ZL ini juga mempunyai skrin bersaiz 5 inci seperti Xperia Z tetapi saiz Bezelnya lebih kecil sedikit. Walaubagaimanapun Xperia ZL lebih tebal dan kerangka belakangnya adalah plastik bukannya kaca seperti Xperia Z. Spesifikasi Xperia ZL lebih kurang seperti Xperia Z tetapi Xperia ZL bukan kalis air dan kalis debu. Tetapi menariknya Xperia ZL ini di lengkapi dengan IR(Infra-Red) Remote bagi mengantikan Remote televisyen. Sedikit pelik kerana kamera hadapannya berada di bahagian bawah kiri bunkannya di bahagian atas seperti kebiasaan telefon pintar lain. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM1899 RM1299. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Jumaat, 24 Januari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 1320

Pada tahun 2014 ini, seteleh mengeluarkan Lumia 525 dan kini model phablet Nokia iaitu Lumia 1320. Sebelum ini Lumia 1520 mempunyai skrin 6 inci tetapi di jual dengan harga yang agak mahal kerana spesifikasi yang tinggi. Dengan spesifikasi kelas pertengahan, Lumia 1320 mempunyai skrin 6 inci dan sokongan rangkaian LTE tetapi di jual dengan harga murah dan mampu milik. Kemaskini Lumia Black sudah pun tersedia pasang kerana Lumia 1320 ini mempunyai 1GB RAM pasti mengembirakan ramai pengguna kerana kebanyakkan aplikasi dan permainan memerlukan sekurangnya 1GB RAM. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan dalam sekitar RM1199. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 525

Sebelum ini, Lumia 520 telah pun mendapat sambutan mengalak dari seluruh dunia termasuk di Malaysia sendiri kerana harganya yang begitu murah hanya RM499. Kini Nokia telah pun mengeluarkan model terbarunya bagi menambah baik iaitu Lumia 525. Dari segi spesifikasinya lebih kurang seperti Lumia 520, tetapi kini Lumia 525 mempunyai 1GB RAM yang mana agak baik kerana kebanyakkan aplikasi dan permainan memerlukan peranti 1GB RAM ke atas. Dari segi fizikal juga lebih kurang seperti Lumia 520 tetapi kerangkanya bersilau (Glossy) seperti Lumia 620. Harganya sama seperti Lumia 520, ini akan menarik lebih ramai lagi pengguna untuk memiliki peranti Lumia mampu milik ini. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


Khamis, 23 Januari 2014

[VIDEO] Kemaskini Nokia Lumia Black

Sebelum ini, Nokia telah memberi kemaskini Lumia Amber pada peranti Lumia 2013 yang memberikan banyak penambah baik pada peranti Lumia 2013 terutama Glance Screen yang menunjukkan waktu pada skrin. Kini Nokia sekali lagi menawarkan kemaskini yang dikenali Lumia Black yang kini dalam proses diberikan pada peranti Lumia 2013 secara berperingkat. Antara kemaskini di tawarkan ialah Glance Screen yang di tambah baik, Nokia Camera, StoryTeller dan Nokia Beamer (hanya pada peranti 1GB RAM keatas). Peranti Lumia yang akan menerima Lumia Black adalah Lumia 520, 620, 625, 720, 820, 920, 925 dan 1020 serta peranti Lumia terbaru seperti Lumia 525 dan 1320 akan tersedia dengan Lumia Black. Di Malaysia setakat ini hanya Lumia 620 sahaja yang masih menunggu kemaskiniperanti yang sudah menerima Lumia Black ini adalah Lumia 520, 625, 820, 920, 925 dan 1020. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Motorola Moto G

Setelah Google mengambil alih Motorola, Motorola telah mengeluarkan perantinya iaitu Moto G pada tahun lepas. Kini pengedar sah Motorola di Malaysia iaitu Brightstar Malaysia telah membawa masuk Moto G dalam pasaran tempatan. Dengan mempunyai spepsifikasi kelas pertengahan tetapi di tawarkan pada harga murah dan mampu milik. Moto G ini dilengkapi dengan Android 4.3 dan akan mendapat kemaskini Android 4.4 kelak malah didalamnya seperti Pure Android hanya mempunyai dua apikasi tambahan daripada Motorola tidak seperti pengeluar lain yang meletakkan banyak aplikasi tambahan yang tidak boleh di padamkan (Bloatware). Kerangka belakangnya boleh ditanggalkan dan boleh ditukar warna serta mempunyai pilihan pelindung skrin tetapi bateri tidak boleh di tanggalkan. Untuk pasaran tempatan, Moto G mempunyai 2 slot untuk kad Sim kerana kebanyakkan pengguna tempatan mempunyai dua atau lebih kad Sim. Harga yang di tawarkan untuk pasaran tempatann ialah RM689 (8GB) dan RM798 (16GB) tanpa sokongan kad Micro-SD. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 8 Januari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia Z1 Compact

Semasa berlangsungnya Consumer Electronic Show (CES) 2014, Sony telah mengumumkan peranti terbarunya iaitu Xperia Z1 Compact. Kebiasaan pengeluar telefon pintar mengeluarkan peranti bersaiz mini daripada telefon pintar utamanya akan diberikan spesifikasi yang rendah seperti Galaxy S4 Mini. Tetapi Xperia Z1 Compact walaupun ianya adalah peranti bersaiz mini daripada Xperia Z1, masih lagi mempunyai spesifikasi yang sama kecuali saiz skrinnya lebih kecil serta kalis air dan kalis debu. Ini mengembirakan ramai orang kerana kebanyakkan pengguna masih tidak biasa menggunakan skrin 5inci pada Xperia Z1 tetapi dengan skrin 4.3inci pada Xperia Z1 Compact memberi keselesaan memegangnya. Harga pasaran di Malaysia adalah RM1699. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Cara Jailbreak Untethered iOS7 - evasi0n7

Ramai yang ternanti-nanti Jailbreak iOS7 daripada kumpulan evad3rs iaitu evasi0n7. Ini kerana Jailbreak evasi0n terberhenti pada iOS6.3 kerana ketika itu Apple sudah mengumumkan iOS7 untuk semua peranti Apple. Jadi kumpulan evad3rs mula menumpukan kerja Jailbreak untuk iOS7 berbanding iOS6.4 dahulu. Kini semua peranti Apple yang menggunakan iOS7 boleh di Jailbreak menggunakan evasion7 yang sudah di sediakan dalam laman web mereka iaitu evasi0n.com. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!