Rabu, 23 Januari 2013

Habib Al-Attas Cipta Aplikasi Crazy Ball!, SurfingFast dan WhoCreated?

Siapa yang tidak mengenali syarikat Apple yang telah menjual Mac, Iphone, Ipad dan Ipod. Peranti-peranti tersebut menggunakan Operating System (OS) iaitu iOS (untuk Mac OS X) dan mempunyai App Store yang sama seperti Google Play. App Store dikatakan memiliki lebih daripada 700, 000 aplikasi di seluruh dunia dan antaranya adalah percuma. Tetapi adakah anda menyangkakan terdapat anak tempat berusia 17tahun mampu menghasilkan aplikasi sendiri untuk syarikat besar yang terkemuka itu? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Syed Muhammad SyedAbdullah atau yang mesra di panggil Habib Al-Attas telah menghasilkan aplikasi yang di beri nama Crazy Ball!, SurfingFast dan WhoCreated? untuk pengguna-pengguna Apple. Apple di Amerika Syarikat tiga hari lalu untuk dipastikan mengenai aplikasi terbabitsesudah permainan ciptaannya menarik perhatian pengguna iPhone di 30 negara.


Selain pengguna di Amerika Syarikat, pengguna iPhone negara lain yang tertarik dengan permainanciptaannya termasuk dari United Kingdom, Perancis, China, Russia, Itali, Jepun, India, Jerman, Greecedan Thailand. Lebih mengejutkan, permainan Crazy Ball! telah mendapat tempat keempat untuk kategori berbayar mengalahkan permainan-permainan berbayar yang lain.



Habib Al-Attas juga mendapat liputan daripada media tempatan antaranya harian metroamanzTVnoobleonardo.blogspot.com dan TV9 (sudah di muat naik ke dalam Youtube). Adalah antara aplikasi yang di hasilkan oleh Habib Al-Attas:

1. Carzy Ball! (harga- $0.99) (kategori- Games)
    - Menu Crazy Ball! agak ringkas dan mudah hanya terdapat butang Start, On Music, Start Music dan About Me. Permainan ini menekankan prisip fizik dan berfikiran logik yang mana kita perlu membantu bola untuk masuk ke dalam bakul. Terdapat banyak batu warna-warni yang menghalang laluan bola tersebut dan batu tersebut akan bertambah apabila level permainan semakin tinggi. 


2. SurfingFast (harga- percuma) (kategori- Social Network)
    - Aplikasi ini adalah di mana anda boleh melayari internet dan boleh menyemak email, baca berita online, tengok Youtube, tengok Facebook dan Twitter dalam satu aplikasi sahaja. Aplikasi ini juga tidak membuang masa anda untuk menukar antara aplikasi yang lain. Sebagai contoh jika anda membuka Facebook dan anda perlu menutup Facebook untuk memnbuka aplikasi Twitter pula. Tetapi SurdingFast ini telah tersedia aplikasi Facebook dan Twitter dalam satu aplikasi yang sama.


3. WhoCreated? (harga- percuma) (kategori- Books)
   - Aplikasi ini di mana anda boleh menambah pengetahuan mengenai siapa yang mencipta 'sesuatu' yang amat berguna kepada semua manusia. Dengan menggunakan aplikasi ini, anda juga boleh mencari maklumat melalui Yahoo! dan Google yang sudah di masukkan di dalam satu aplikasi. Terdapat fungsi Facebook yang mana anda boleh berkongsi atau 'share' dengan rakan-rakan Facebook anda.


1 ulasan:

  1. Salam.
    Berapa bayaran dikenakan untuk letakkan app di apple atau android ?

    BalasPadam