Memaparkan catatan dengan label gamepop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gamepop. Papar semua catatan

Ahad, 2 Februari 2014

Cara Menggunakan BlueStack

Mungkin masih ramai tidak mengetahui mengenai BlueStack yang kini semakin popular. BlueStack adalah satu aplikasi yang menjalankan sistem operasi Android pada Windows dan kini juga pada Mac. Tidak semua pengguna gemar bermain permainan pada telefon pintar mereka kerena ada yang mengangap bermain permainan pada komputer lebih seronok dan puas. Ada juga yang memiliki telefon pintar kelas permulaan yang mempunyai spesifikasi rendah dan tidak mampu untuk bermain permainan yang tinggi grafiknya.  Malah ada juga yang mengangap telefon pintar hanya untuk kegunaan peribadi seperti buat panggilan, Messaging, melayari internet, mendengar lagu dan menonton video sahaja. Kini dengan BlueStack anda boleh menggunakan sistem Android pada komputer malah boleh menggunakannya menggunakan papan kekunci dengan tetikus tanpa skrin sesentuh. BlueStack juga ada memperkenalkan GamePop bagi membolehkan anda menggunakan sistem operasi Android pada televisyen pintar pula. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!