Memaparkan catatan dengan label xperia z1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label xperia z1. Papar semua catatan

Selasa, 25 Februari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Sony Xperia Z2

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, Sony telah mengumumkan dua model utamanya iaitu Xperia Z2 dan Xperia Z2 Tablet. Xperia Z2 ini adalah penambah baikan daripada sebelumnya iaitu  Xperia Z1. Dengan spesifikasi yang lebih tinggi malah kini kameranya juga di tambah baik dengan sensor yang lebih besar bagi merakam video 4K serta rakaman gerakan perlahan (Slow Motion). Pada paparannya kini dengan 5.2 inci serta di lengkapi dengan paparan IPS serta Live Colour LED bagi paparan yang lebih jelas dan nyata walaupun di lihat pada sudut tepi. Seperti Xperia Z1, ianya masih lagi kalis air dan kalis debu (IP55/58) serta slot 3.5 mm Audio Jack masih tidak di tutupi dengan pelindung. Sila tekan 'baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 8 Januari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia Z1 Compact

Semasa berlangsungnya Consumer Electronic Show (CES) 2014, Sony telah mengumumkan peranti terbarunya iaitu Xperia Z1 Compact. Kebiasaan pengeluar telefon pintar mengeluarkan peranti bersaiz mini daripada telefon pintar utamanya akan diberikan spesifikasi yang rendah seperti Galaxy S4 Mini. Tetapi Xperia Z1 Compact walaupun ianya adalah peranti bersaiz mini daripada Xperia Z1, masih lagi mempunyai spesifikasi yang sama kecuali saiz skrinnya lebih kecil serta kalis air dan kalis debu. Ini mengembirakan ramai orang kerana kebanyakkan pengguna masih tidak biasa menggunakan skrin 5inci pada Xperia Z1 tetapi dengan skrin 4.3inci pada Xperia Z1 Compact memberi keselesaan memegangnya. Harga pasaran di Malaysia adalah RM1699. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Sabtu, 30 November 2013

[VIDEO] Pandang Pertama HTC One Max

Setelah HTC mengeluarkan HTC One dan HTC One Mini, kini HTC juga telah menambah model keluarga HTC One iaitu HTC One Max. Ketiga-tiga model ini mempunyai reka bentuk yang serupa tetapi saiz skrin dan spesifikasi yang berbeza mengikut kelas masing-masing. HTC One Max adalah merupakan kelas Phablet sama seperti Samsung Galaxy Note 3 dan Sony Xperia Z1 tetapi HTC One Max mempunyai saiz skrin yang paling besar iaitu 5.9 inci. Keunikan HTC One Max ini adalah ianya di lengkapi dengan sensor pengesan cap jari seperti iPhone 5S. Harga untuk pasaran di Malaysia di katakan dalam sekitar RM2499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Isnin, 28 Oktober 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Sony Xperia Z1

Sebelum ini kelihatan Sony lebih tumpukan kepada teknologi kalis air dan kalis habuk, kini Sony mula memfokuskan kembali kepada teknologi kamera. Sony telah pun menlancarkan produk terbarunya iaitu Xperia Z1 iaitu penambah baik daripada Xperia Z. Xperia Z1 ini di lengkapi dengan teknologi kamera daripada model digital kamera Cybershot daripada Sony yang di panggil G-Lens yang mampu mengambil gambar dengan baik walaupun kurang pencahayaan. Harga bagi pasaran Malaysia ditawarkan bermula RM 2399 RM2199. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!