Memaparkan catatan dengan label moto g. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label moto g. Papar semua catatan

Khamis, 23 Januari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Motorola Moto G

Setelah Google mengambil alih Motorola, Motorola telah mengeluarkan perantinya iaitu Moto G pada tahun lepas. Kini pengedar sah Motorola di Malaysia iaitu Brightstar Malaysia telah membawa masuk Moto G dalam pasaran tempatan. Dengan mempunyai spepsifikasi kelas pertengahan tetapi di tawarkan pada harga murah dan mampu milik. Moto G ini dilengkapi dengan Android 4.3 dan akan mendapat kemaskini Android 4.4 kelak malah didalamnya seperti Pure Android hanya mempunyai dua apikasi tambahan daripada Motorola tidak seperti pengeluar lain yang meletakkan banyak aplikasi tambahan yang tidak boleh di padamkan (Bloatware). Kerangka belakangnya boleh ditanggalkan dan boleh ditukar warna serta mempunyai pilihan pelindung skrin tetapi bateri tidak boleh di tanggalkan. Untuk pasaran tempatan, Moto G mempunyai 2 slot untuk kad Sim kerana kebanyakkan pengguna tempatan mempunyai dua atau lebih kad Sim. Harga yang di tawarkan untuk pasaran tempatann ialah RM689 (8GB) dan RM798 (16GB) tanpa sokongan kad Micro-SD. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!