Sony telah memperkenalkan model kelas pertengahan iaitu Xperia C dan mempunyai bentuk seperti Xperia ZR tetapi ianya bukan kalis air dan kalis debu. Xperia C mempunyai dua slot untuk kad Sim seperti Xperia E Dual dan Xperia M. Xperia C ini agak menarik kerana mempunyai skrin sebesar 5 inci tetapi harganya masih bawah seribu tidak seperti peranti Android yang lain. Pada Xperia C ini juga disertakan adalah sokongan “Potrait Retouch”, membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar diri sendiri menggunakan arahan suara. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM999 RM899. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Memaparkan catatan dengan label dual sim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dual sim. Papar semua catatan
Selasa, 28 Januari 2014
[VIDEO] Pandang Pertama Xperia E
Sony telah memperkenalkan model terbaru kelas permulaannya iaitu Xperia E. Xperia E ini juga mempunyai variasi untuk dual Sim seperti Xperia M tetapi Xperia M spefisikasinya lebih tnggi sedikit dan mahal sedikit. Xperia E merupakan telefon pintar Android mampu milik kerana harganya yang agak murah berbanding telefon pintar Android yang lain. Walaupun ianya tebal dari reka bentuknya tetapi kerangka belakangnya melekung sedikit agar selesa untuk memegangnya. Warnanya mengikut variasinya iaitu Xperia E berwarna Hitam, Merah dan Putih manakala Xperia E Dual berwarna Hitam dan Emas. Harga di pasaran Malaysia di tawarkan RM499 RM459 manakala untuk Xperia Dual RM559 RM499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Khamis, 23 Januari 2014
[VIDEO] Pandang Pertama Motorola Moto G
Setelah Google mengambil alih Motorola, Motorola telah mengeluarkan perantinya iaitu Moto G pada tahun lepas. Kini pengedar sah Motorola di Malaysia iaitu Brightstar Malaysia telah membawa masuk Moto G dalam pasaran tempatan. Dengan mempunyai spepsifikasi kelas pertengahan tetapi di tawarkan pada harga murah dan mampu milik. Moto G ini dilengkapi dengan Android 4.3 dan akan mendapat kemaskini Android 4.4 kelak malah didalamnya seperti Pure Android hanya mempunyai dua apikasi tambahan daripada Motorola tidak seperti pengeluar lain yang meletakkan banyak aplikasi tambahan yang tidak boleh di padamkan (Bloatware). Kerangka belakangnya boleh ditanggalkan dan boleh ditukar warna serta mempunyai pilihan pelindung skrin tetapi bateri tidak boleh di tanggalkan. Untuk pasaran tempatan, Moto G mempunyai 2 slot untuk kad Sim kerana kebanyakkan pengguna tempatan mempunyai dua atau lebih kad Sim. Harga yang di tawarkan untuk pasaran tempatann ialah RM689 (8GB) dan RM798 (16GB) tanpa sokongan kad Micro-SD. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Selasa, 4 Jun 2013
[VIDEO] Pandang Pertama Xperia M
Jika sebelum ini, Sony menambah model bagi peranti yang kalis air dan debu iaitu Xperia ZR. Kini Sony memperkenalkan model baru bagi kelas permulaan dan Xperia M ini mempunyai variasi dual sim seperti Xperia E. Bagi model Xperia M ini, walaupun ianya peranti kelas permulaan tetapi ianya di lengkapi dengan kamera 5 MP Exmor RS yang mampu mengambil gambar yang terang walaupun kurang cahaya dan mempunyai butang kuasa ikonik seperti Xperia Z. Sony juga lebih memfokuskan pada teknologi NFC yang mampu menyambung kepada aksesorinya seperti Wireless Speaker, Wireless Headset, Bluetooth Headset dengan hanya sekali sentuh. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM659. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Langgan:
Catatan (Atom)