Selasa, 4 Jun 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia M

Jika sebelum ini, Sony menambah model bagi peranti yang kalis air dan debu iaitu Xperia ZR. Kini Sony memperkenalkan model baru bagi kelas permulaan dan Xperia M ini mempunyai variasi dual sim seperti Xperia E. Bagi model Xperia M ini, walaupun ianya peranti kelas permulaan tetapi ianya di lengkapi dengan kamera 5 MP Exmor RS yang mampu mengambil gambar yang terang walaupun kurang cahaya dan mempunyai butang kuasa ikonik seperti Xperia Z. Sony juga lebih memfokuskan pada teknologi NFC yang mampu menyambung kepada aksesorinya seperti Wireless Speaker, Wireless Headset, Bluetooth Headset dengan hanya sekali sentuh. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM659. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Skrin bersaiz 4 inci FWVGA dengan paparan 854×480 pixel


2. Cip pemprosesan 1 GHz Qualcomm dual-core


3. Kamera belakang 5 MP dengan Exmor RS


4. Saiz 124 x 62 x 9.3 mm


5. Berat hanya 124 g


6. Memori dalam sebesar 4 GB dan RAM sebesar 1 GB dan menyokong memori micro-SD


7. Mempunyai teknologi NFC




8. Mempunyai variasi satu sim dan dual sim




9. Mempunyai 3 pilhan warna untuk variasi dual sim iaitu ungu, putih dan hitam


10. Mempunyai 4 pilhan warna untuk variasi satu sim iaitu lime, ungu, putih dan hitam


Ketebalan
  

9.3 mm
Berat

124g
Skrin

4 inci
Pemprosesan

1 GHz , Dual-Core Qualcom
Memori RAM

1 GB RAM
Kamera Belakang

5 MP
Sistem Operasi

Android 4.1 Jelly Bean

Untuk gambaran keseluruhan mengenai Sony Xperia M, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada : amanz.my & sonymobile.com

Tiada ulasan: