Jumaat, 15 Februari 2013

Apa Itu Jailbreak?

Bagi pengguna peranti Apple iaitu iPhone, iPad dan iPod touch, hampir kesemuanya sudah mendengar perkataan Jailbreak. Disebabkan kebanyakkan aplikasi, permainan dan lagu-lagu yang terdapat di Appstore dan Itune berbayar, kebanyakkan pengguna Apple akan Jailbreak peranti Apple masing-masing. Jailbreak juga memberi kebebasan untuk mengubah fungsi dalaman dengan menggunakan tweak daripada Cydia. Jailbreak ini dikatakan sama seperti Root pada Android. Jadi apakah itu Jailbreak? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya! 

                                  


>Pengertian Jailbreak
Jailbreak adalah proses dimana ia mendapatkan sepenuhnya penulisan akses (write access) ke dalam semua bahagian iPhone. Ia dilakukan dengan memasukkan patch etc/fstab/ supaya semua bahagian di dalam iPhone menjadi read-write (boleh diakses dan dibaca). Apple telah mengunci semua akses ke dalam cip iPhone supaya software yang tidak didaftar dengan rasmi tidak dapat diakses sepenuhnya ke dalam iPhone. Bermakna, tiada application crack boleh di install ke dalam iPhone. Bijak bukan? Jailbreak agak berlainan dengan unlock. Jailbreak merupakan benda pertama yang anda perlu lakukan sebelum melakukan unofficial unlock. Jailbreak bukan sahaja diperlukan untuk iPhone, malah juga diperlukan untuk iPod dan juga iPad.



>Manfaat dari Jailbreak
Alasan utama mengapa kita ingin melakukan jailbreak ialah agar peranti Apple yang kita miliki mampu untuk instal aplikasi pihak ketiga dan tweaks dimana Apple tidak beri kebenaran atau tidak tersedia di App Store. Ada banyak aplikasi yang tidak memenuhi standard Apple dan melakukan hal-hal yang Apple tidak ingin anda lakukan pada perangkat iOS dengan alasan-alasan tertentu yang mereka sudah tentukan. Sebagai contoh, Apple tidak membenarkan anda untuk memodifikasi iPhone dengan mengubah ikon dari aplikasi atau user interface utama iPhone anda. Selain aplikasi, jailbreaking juga memberikan Anda akses ke tweak, mods, dan ekstensi, itu semua tidak sepenuhnya dianggap sebagai aplikasi, mereka hanya sebuah cara untuk membawa perubahan halus bagi peranti Apple beroperasi. Banyak juga orang melakukan jailbreak pada peranti Apple mereka hanya untuk melakukan “Unlock” agar iPhone mereka boleh digunakan untuk pelbagai syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain lagi.

>Jenis-jenis Jailbreak

1. Tethered Jailbreak:
Tethered bermaksud 'attach' atau dalam bahasa melayu kita panggil sambung. Peranti Apple anda akan gagal untuk start semula jika anda menggunakan tether jailbreak. Kepada yang tidak mempunyai ilmu tentang jailbreak, pastikan anda tidak padam iPhone anda kerana apabila iphone anda sudah di padam (contoh kehabisan bateri), anda tidak akan dapat buka semula dan iPhone anda biasanya akan stuck pada logo Apple. Di dalam tethered jailbreak, anda perlu menyambung iPhone anda kepada komputer melalui kabel (dock connector) untuk restart semula iPhone anda seperti biasa. Biasanya proses ini dilakukan melalui aplikasi redsn0w.

2. Semi-Tether Jailbreak:
Semi tether merupakan salah satu cabang dalam Tether Jailbreak. Tetapi apa yang bagus nya semi tether ni, anda boleh restart iPhone anda seperti biasa tanpa stuck pada logo Apple. Anda juga tidak perlu sambung kepada komputer untuk start semula iPhone anda. Tetapi anda akan mempunyai beberapa masalah iaitu beberapa Application seperti Safari akan crash dan tidak dapat menggunakan Cydia.

3. Untethered Jailbreak:
Untethered Jailbreak merupakan jailbreak yang paling bagus setakat ini. Kebanyakan peranti Apple dan firmware sudah boleh di jailbreak menggunakan Untethered Jailbreak. Dengan untethered jailbreak, anda boleh restart peranti Apple anda tanpa sebarang masalah.

>Apakah Jailbreak menghilangkan waranti ?
Jailbreak sama sekali tidak menghilangkan waranti kerana Jailbreak hanya mengubah software bukan hardware. Jadi kalau mahu mohon waranti boleh Restore dahulu peranti Apple tersebut menggunakan iTune di komputer.

>Apakah Jailbreak berbahaya bagi peranti Apple ?
Jailbreak sama sekali tidak berbahaya bagi peranti Apple, perlu diketahui bahawa jailbreak sendiri sudah ada sejak iPhone 1 ketika menggunakan iOS 2.0. Lagipun sudah ramai yang memberi respond positive setelah Jailbreak peranti Apple mereka. Jika ada masalah ketika Jailbreak, anda boleh Restore kembali menggunakan iTune.

>Apa resikonya bila kita melakukan Jailbreak ?
1. Mudah dimasuki malware, karena aplikasi yang kita instal melalui Cydia sumbernya tidak jelas maka dapat dimasuki oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab (cyber crime). Oleh itu, jika peranti Apple anda mempunyai data-data penting atau untuk keperluan bisnis maka jangan di Jailbreak. 
2. Bateri dikatakan cepat habis.


>Bagaimana mengetahui peranti Apple anda sudah Jailbreak ?
Caranya hampir sama seperti Root pada android. Anda perlu mencari ikon Cydia yang mana tersedia di pasang semasa proses Jailbreak. Cydia hampir sama seperti dengan App Store, hanya aplikasi yang tersedia di Cydia adalah aplikasi yang tidak rasmi (tidak diakui oleh Apple sehingga tidak ada di App Store). Aplikasi yang didapat daripada Cydia hanya boleh digunakan pada peranti Apple yang sudah di Jailbreak. Jadi jika tiada aplikasi Cydia ini, peranti Apple anda tidak berjaya di Jailbreak.



>Kesimpulan
Jailbreak ini sangat berguna pada pengguna peranti Apple kerana memberi kebebasan kepada pengguna. Cara-cara Jailbreak pun sangat mudah dan sudah terdapat banyak panduan di internet. Jadi anda tidak perlu menghantar pada kedai untuk Jailbreak kerana anda perlu membayar padahal anda boleh melakukannya sendiri. Pada pengguna Apple yang menginginkan penggunaan premium atau banyak duit, anda tidak digalakkan Jailbreak peranti Apple anda. Manakala bagi pengguna yang ingin mengguna tweak-tweak yang ada dan ingin mengguna aplikasi dan permainan secara percuma, anda digalakkan Jailbreak peranti anda tetapi dengan tunjuk ajar orang yang tahu pasal Jailbreak kerana khuatir akan merosakkan peranti Apple anda pula.


Sumber daripada : acesjaya & teknologi.kompasiana.com & p0d3g

4 ulasan:

Ahmad Tandon berkata...

Thanks Infonya,Jadi intinya mirip rootingnya iPhone gitu ya

MD GAJET berkata...

Sama2. Ya sama seperti Root pada Android. Untuk baca mengenai Root Android boleh baca pada artikel ini : Apa Itu Root?

shikin berkata...

assalam saya nak tanya mcm nak ubah emegency carrier pada iphone.

Tanpa Nama berkata...

Mohon bantuan....peranti saya ada jailbroken...abis software yg saya nk guna tu jadi skrin Hitam...hampir semggu saya mengalami masalah ini