Ahad, 3 Februari 2013

Apa Itu Root?

Bagi pengguna Android, kebanyakkan anda sudah pun mendengar perkataan Root. Bagi pengguna tegar Android, Root adalah amat berguna untuk peranti Android mereka bagi melajukan dan melancarkan penggunaan telefon pintar mereka. Ada yang mengatakan Root ini adalah sama seperti Jailbreak untuk pengguna peranti Apple. Jadi apakah itu Root untuk peranti Android ini? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



> Pengertian Root
Secara ringkasnya Root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna telefon pintar untuk akses penuh untuk membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam telefon pintar anda. Kebanyakan sistem di dalam telefon pintar telah dikunci oleh pengeluar telefon masing-masing.

> Kenapa pengeluar telefon pintar mengunci sistem tersebut?

Pengeluar telefon pintar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut. Ini boleh menjadikan telefon pintar tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

> Kekurangan Root
1. Boleh menghilangkan waranti - sekiranya pengguna membuat Root kepada telefon pintar tersebut satu perkara yang paling mustahak perlu diketahui adalah waranti telefon pintar tersebut akan hilang. Ini kerana pihak pengeluar telefon pintar tidak akan memberi jaminan kepada telefon pintar yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak. 

2. Serangan virus - adalah dikhabarkan sekiranya pengguna membuat pengubahsuaian terhadap sistem ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus. Walau bagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan kerana sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang kepada mana-mana telefon pintar walaupun proses Root tidak dijalankan.

> Kelebihan Root
1. Keupayaan telefon pintar akan menjadi lebih pantas dan laju - ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna sebaik telefon pintar tersebut selesai proses Root. telefon pintar akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum Root.

2. Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam telefon pintar untuk mengurangkan memori dalaman dan meminimakan penggunaan RAM - Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan yang terkandung dalam telefon pintar seperti contoh Chinese Keyboard, Weather Widget, Wisepilot dan sebagainya. Aplikasi ini hanya membuat memori dalaman telefon pintar penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara background. Ini secara tidak langsung membuatkan RAM akan meningkat. Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory dan meminimakan penggunaan RAM. Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri. 

3. Pengguna dapat memasang aplikasi yang melibatkan Root seperti Titanium backup. - Aplikasi ini adalah untuk Back Up segala sistem dan aplikasi dalam telefon pintar  Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka pengguna boleh restore semula sistem dan aplikasi yang telah di buat Back Up.

4. Mengubahsuai ROM, launcher, Theme dan lain-lain. - Pengguna boleh memasang pelbagai ROM selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar telefon pintar. Memasang pelbagai Theme dan lain-lain lagi. 

> Cara mengetahui telefon anda sudah di root kan
Cara paling senang hendak kesan telefon pintar anda sudah di Root atau pun belum, senang sahaja. Anda perlu melihat App Drawer anda yang terdapat semua aplikasi yang anda sudah install. Bila anda sudah terlihat SuperUser (SU) mahupun  SuperSU (gambar seperti di bawah) sudah install dalam telefon pintar nda selepas di Root. Kalau tiada bermakna telefon pintar anda belum lagi di Root dan anda perlu Root semula telefon anda. 















> Kesimpulan
Root memberikan pengguna pelbagai kelebihan kepada pengguna telefon pintar yang ingin menaiktaraf keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap telefon pintar mereka sendiri. Bagaimanapun sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan telefon pintar tandard mereka, maka proses Root tidak digalakkan.

Sumber daripada: soaljawabandroid.my

Tiada ulasan: