Pengguna Apple yang sudah Jailbreak peranti Apple mereka, Cydia Tweak ini adalah perkara pertama yang akan di lakukan. Cydia Tweak ini bukanlah suatu aplikasi penuh tetapi Tweak ini hanyalah mengubah sedikit aturcara yang terdapat pada peranti Apple yang disediakan oleh Cydia. Seperti yang anda sedia maklum, Apple mengehadkan pengguna mengubah aturcara yang disediakan oleh Apple tidak seperti Android yang memberi sedikit kebebasan mengubah aturcara peranti Android. Jadi Tweak ini akan memainkan peranan mengubah aturcara pada peranti Apple seperti yang terdapat pada peranti Android. Terdapat banyak Tweak yang disediakan di dalam Cydia termasuk Tweak percuma dan Tweak berbayar. Bagaimana hendak memasang Tweak percuma? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Cara memasang Tweak Percuma (Jailbreak sahaja)
1. Buka aplikasi Cydia
2. Tekan butang Search dan tulis NCSetting ( untuk contoh, kita cari Tweak NCSetting)
3. Pilih pada pilhan yang pertama yang tertulis hanya 'NCSetting' sahaja. (untuk Tweak lain yang percuma, pastikan anda tiada tertulis 'Commercial Package' yang mana akan menunjukkan berapa harga Tweak berbayar. Kalau percuma tiada 'Commercial Package')
4. Tekan butang 'Install' (pada gambar tertuls 'modify' kerana sudah memasangnya) untuk memasang Tweak tersebut. Kemudian pilih 'Confirm' untuk proses seterusnya.
5. Tunggu sehingga selesai proses pemasangan Tweak tersebut, tekan butang 'Restart Respring' untuk Respring peranti Apple anda.
6. Setelah selesai Respring, tekan butang Setting dan skrol ke bawah sehingga jumpa Tweak tadi (untuk contoh ini, cari Tweak NCSetting). Kebanyakkan Tweak dari Cydia ini akan di masukkan ke dalam Setting untuk mengubah pilihan dalam Tweak tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan