Jumaat, 15 Februari 2013

Cara Jailbreak Untethered Jailbreak iOS 6.x - Evasi0n v1.3

Sekian lama menunggu, akhirnya keluar Untethered Jailbreak untuk iOS 6 dan ke atas menggunakan Evasi0n v1.3 daripada Evad3r. Evasi0n v1.3 ini juga boleh digunakan ke atas semua peranti Apple iaitu iPhone, iPad dan iPod Touch yang menggunakan iOS 6 dan ke atas. Caranya agak mudah dan ringkas untuk menggunakan dengan hanya memuat turun aplikasi Evasi0n v1.3 ini dan hanya beberapa klik sahaja. Ianya juga percuma untuk di muat turun dan hanya mengambil masa dalam sekitar 5 minit. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!





>Penerangan

Evasi0n 1.3 - Sesuai untuk semua peranti Apple iaitu iPhone, iPod Touch, iPad dan iPad Mini yang menjalankan iOS 6.0 sehingga 6.1.1. (Anda dapat memeriksa versi iOS di Settings> General> About => Version)




>Keperluan

  • mengambil masa dalam sekitar 5 minit
  • Sebuah komputer, menjalankan Windows (XP minimum), Mac OS X (10.5 minimum) atau Linux (x86 / x86_64)
  • IPhone, iPad, iPad Mini atau iPod yang menjalankan IOS 6.0 sehingga 6.1.1 (anda boleh lihat dalam Setting / General / About => Version)
  • Satu kabel USB untuk menyambungkan peranti Apple anda ke komputer



>Penting sebelum Jailbreak

  • Backup peranti Apple anda menggunakan iTunes (atau iCloud) sebelum menggunakan evasi0n. Jika terjadi sesuatu yang tidak di ingini, anda sentiasa akan dapat memulihkan semula data anda.
  • Sila mematikan kata laluan kunci peranti Apple anda sebelum menggunakan evasi0n. Ia boleh menyebabkan pelbagai isu akan timbul. ( Setting /General /Passcode Lock=> Off )
  • Elakkan penggunaan iOS dan iTunes (seperti bermain, mendengar lagu dsb) yang berkaitan sehingga evasi0n adalah lengkap. 
  • Jika tersangkut atau berhenti semasa proses Jailbreak, ia adalah selamat untuk memulakan semula program, Reboot peranti (jika perlu dengan menekan butang Power (on/off) dan butang Home sehingga ia tertutup), dan jalankan proses Jailbreak semula.

Muat turun di sini : Mac OSX , Windows & Linux

Cara muat turun di megafiles (lihat gambar di bawah)






Sumber daripada : cydiatweaks.net

Tiada ulasan: