Sabtu, 2 Februari 2013

[VIDEO] Asus Taichi Mempunyai Dwi Skrin

Asus adalah syarikat gergasi daripada Taiwan yang telah menghasilkan papan induk (motherboard), kad grafik, Server, monitor, komputer, komputer riba, telefon pintar, dan komponen komputer lain. Asus dikatakan sering mengeluarkan reka bentuk komputer riba mahupun tablet yang unik dan menarik. Antaranya ialah Asus Transformer Pad, Asus Vivo Tab, Asus Padfone dan kini Asus Taichi. Asus Taichi mempunyai dwi-skrin yang mana anda boleh menetapkan untuk memaparkan satu skrin sahaja atau kedua-duanya sekali. Sila tekan 'Baca lagi' untuk seterusnya!




Dari segi rekabentuk, ia membawakan dwi-skrin terbina padanya yang mana membolehkan  anda menggunakannya dalam bentuk komputer riba mahupun dalam bentuk tablet. Skrin pada bahagian belakang (bahagian luar komputer riba) dibawakan dengan sokongan skrin sentuh. 

Asus Taichi di  mempunyai cip pemprosesan berkuasa intel Core i7 atau i5 dengan RAM 4GB, Intel  HD 4000 grafik kad dan pilihan 128GB atau 256GB SSD (solid state drive). Ianya di katakan seberat hanya 1.25kg dan mempunyai kamera utama 5MP auto-focus dengan 1080p Full HD video recording dan kamera kedua 720p HD video.

Komputer riba ini akan mula dijual pada akhir bulan satu melalui para pengedar rasmi Asus seluruh negara, dengan harga jualan saranan adalah sekitar RM3999.

1. Skrin Belakang (skrin sesentuh)


2. Skrin Depan (bukan skrin sesentuh)


3. Kamera Depan



4. Kamera Belakang


5. Processor - intel core i5 atau i7


6. Mode Selection + Mode Button


7. Mode Share - memaparkan video dan gambar di skrin bahagian belakang yang di kawal dari skrin bahagian depan.



Untuk gambaran keseluruhan mengenai Asus Taichi, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada : amanz.my

Tiada ulasan: