Ahad, 27 Januari 2013

Listen Edition Untuk Save My Bird

Beberapa minggu lepas, kecoh dengan fenomena "Listen, Listen, Listen" yang dicetuskan oleh Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.  Dengan itu, banyak syarikat membuat iklan dengan menggunakan ayat "Listen, Listen, Listen" ini seperti Nando's, Big Bad Wolf dan mudah.my. Malah fenomena "Listen, Listen, Listen" ini bukan hanya di gunakan sebagai iklan, malah ada yang menggunakannya sebagai tajuk permainan iaitu Save My Bird: Listen Edition. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Permainan ini telah di bangunkan oleh pembangun tempatan iaitu Infoyana Sdn Bhd yang mana telah menghasilkan tiga permainan. Antara nama-nama permainan yang di hasilkan oleh infoyana Sdn Bhd ialah Save My Bird, Save My Bird 2 dan Save My Bird: Listen Edition. Laman web utama nya ialah infoyana.com

Permainan Save My Bird: Listen Edition ini boleh di muat turun di Google Play di sini.

Permainan ringkas ini memerlukan pemain mengawal bekas, dalam “menyelamatkan” pelbagai binatang daripada menjadi mangsa “Ikan Jaws”. Dari segi bentuk permainan, ia membawakan beberapa tahap, dengan bentuk yang agak kasual dan sesuai untuk anak-anak kecil.





Sumber daripada : amanz.my

Tiada ulasan: