Salah satu perkara yang hangat diperkatakan dan dibincangkan akhir-akhir ini adalah berkenaan dengan Pakej Komunikasi Belia yang memberikan rebat sebanyak RM200 dalam pembelian telefon pintar baru. Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Daripada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mereka mengatakan terdapat hampir 1,000 wakil penjual Pakej Komunikasi Belia di seluruh negara tekan sini. Setakat ini terdapat 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) di bawah skim ini. Antara senarai telefon pintar yang di tawarkan seperti berikut :
1. iPhone 5,
2. Samsung Galaxy S3,
3. Samsung Galaxy Mini 2
4. Samsung Galaxy Y
5. Samsung Galaxy Note 2
6. Samsung Galaxy Ace Plus
7. Samsung Galaxy S3 Mini
8. Samsung Galaxy Note
9. Samsung Galaxy Nexus
10. LG Optimus LE E400
11. HTC Desire C
12. HTC One X
13. HTC Wildfire S
14. HTC Desire X
15. HTC One S
16. Nokia Asha 311
17. Sony Xperia Tipo Single
18. Sony Xperia SL
19. Sony Xperia Ion
20. Sony Xperia S
21. Huawei Ascend P1
22. Windows Phone 8X By HTC
23. Ninetology Blackpearl 2 i9400
24. Ninetology Stealth 2 i9500
25. Palette i5300
26. ZTE Acqua
27. Buzz 4G Cloud Phone
28. Insight i9430
Mereka juga mengatakan bahawa Model-model telefon ini akan ditambahkan dari semasa ke semasa oleh pihak syarikat selaras dengan penambahan stok dari yang sedia ada agar para belia mempunyai lebih banyak pilihan. Perlu diingat bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tidak menawarkan semua telefon pintar yang disenaraikan di bawah. Belia perlu ke laman sesawang syarikat-syarikat tersebut dahulu untuk melihat model telefon yang ditawarkan oleh setiap syarikat.
SKMM menasihatkan para belia agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar. Setelah mendaftar, belia yang layak diberi tempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil-wakil penjual yang dilantik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan