Rabu, 23 Januari 2013

[VIDEO] Newsstand Boleh Di Letakkan Pelbagai Aplikasi Lain iOS6

Jika anda adalah pengguna iphone, ipad dan ipod touch, anda akan perasan terdapat nya aplikasi Newsstand. Newsstand adalah aplikasi yang di perkenalkan oleh Apple membolehkan pengguna Apple meletakkan majalah yang dilanggan di atas rak maya seperti di kedai buku. Walaubagaimanapun, Newsstand ini hanya boleh di letakkan majalah yang di langgan dan majalah langganan tersebut kebanyakan perlu di bayar. Lagi menyedihkan, walaupun tiada majalah yang di letakkan, Newsstand tersebut tidak boleh di nyahpasang (uninstall) bagi mengurangkan icon di paparan skrin. Tetapi ada cara untuk meletakkan aplikasi lain termasuk permainan ke dalam Newsstand tersebut TANPA JAILBREAK. Sila tekan 'Baca lagi' untuk seterusnya!




Newsstand ini sudah di perkenalkan sejak iOS5 lagi. Ianya sudah di masukkan sejak awal lagi di dalam iphone, ipad dan ipod touch. Bagi yang sudah pun Jailbreak, anda boleh mengunakkan Cydia Tweak untuk menghilangkannya. Tetapi kepada siapa yang tidak mahukan Jailbreak, mungkin tidak mahu kehilangan waranti, anda boleh ikut cara yang berikut. 

Tetapi harus di ingatkan apabila aplikasi sudah di masukkan, ianya tidak boleh di keluarkan semula daripada Newsstand sehinggalah anda reboot semula peranti anda. Anda juga perlu ingat apabila anda reboot, automatik semua aplikasi yang di masukkan dalam Newsstand akan keluar semula dan anda perlu memasukkan kembali aplikasi yang terkeluar tadi.

1. Letakkan aplikasi Newsstand di skrin kedua HomeScreen peranti iOS anda.



2. Letakkan aplikasi yang dikehendaki di skrin ketiga HomeScreen peranti iOS.




3. Di skrin ketiga tadi, tekan HomeButton. Sebelum skrin ketiga pergi semula ke skrin pertama, tekan tanpa lepas aplikasi yang dikehendaki. Apabila HomeScreen kembali ke skrin pertama, dengan pantas leretkan jari yang menekan aplikasi sebentar tadi utk kembali ke skrin kedua di mana Newsstand berada.



4. Sekiranya berjaya, anda akan dapati peranti iOS akan memasuki mode gigil. Tekan Newsstand untuk memasukinya.


5. Di Newsstand, tekan semula HomeButton dan anda akan dapati aplikasi yang dipilih tadi akan terus memasuki Newsstand.


6. Ulangi langkah seperti di atas untuk memasukkan aplikasi seterusnya.


8.  Aplikasi yang dimasukkan ke dalam Newsstand boleh disusun kedudukannya.


9. Walau bagaimanapun ia tidak dapat dikeluarkan daripada Newsstand kecuali anda reboot peranti iOS itu.


10. Jika anda reboot peranti Apple anda, kesemua aplikasi yang di masukkan ke dalam Newsstand akan automatik keluar semula ke Home Screen. Anda perlu ulangi kembali langkah 1 - 6.


Untuk gambaran keseluruhan mengenai cara-cara meletakkan aplikasi lain ke dalam Newsstand, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada : ohgeekz.com

Tiada ulasan: