Sabtu, 19 Januari 2013

Apa Itu NFC?

Gema riuh di arena Internet sepanjang tahun 2012 akan satu teknologi yang dikenali sebagai NFC, ataupun nama penuhnya iaitu Near Field Communication. Adakah kita mengetahui dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan NFC ini, dan adakah kita memahami kitaran mekanisma operasinya? Jika anda kurang memahaminya, ataupun tidak memahaminya langsung, artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui tentang asas-asas teknologi yang dibawakan oleh NFC ini. Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!




Sebagaimana yang dimaksudkan dengan namanya, NFC merupakan protokol penghantaran dan penerimaan data pada jarak yang dekat sahaja, iaitu pada jarak yang kurang daripada 4 sentimeter (4 cm).



Secara ringkas, anda boleh membayangkan corak mekanismanya sama seperti perkongsian data yang dilakukan oleh suami isteri yang dilakukan secara berbisik. Si suami pulang daripada pejabat lalu melihat anaknya sedang menangis di meja belajar. Kemudian si suami pun mencuit isterinya supaya dibisikkan kepadanya berapakah bilangan A yang diperolehi oleh anaknya dalam peperiksaan PMR yang lalu.

Dengan penuh hati-hati, si isteri pun berbisik ke telinga suaminya supaya perbualan mereka tidak dapat didengari oleh si anak. Sama seperti NFC, jarak yang teramat dekat untuk perkongsian data mampu membendung masalah seperti data dicuri sebagaimana kelaziman yang berlaku di dalam rangkaian tanpa wayar (WiFi).



Info daripada : amanz.my (untuk maklumat lebih lanjut boleh tekan link sebelah)

Tiada ulasan: