Isnin, 21 Januari 2013

[VIDEO] BlackBerry 10 Terdapat Sokongan Suara Dan Pelbagai Fungsi Baru

Nampaknya Reseach In Motion (RIM) sudah melakukan banyak perubahan baru dan fungsi baru untuk model terbaru yang akan datang, BlackBerry 10. Di jangkakan BlackBerry 10 akan menggunakan sepenuhnya skrin sesentuh untuk menyaingi telefon pintar Android dan Apple. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Terdapat pelbagai fungsi baru yang di perkenalkan untuk BlackBerry 10. Antaranya ialah:

1. BlackBerry Hub *kemaskini*
    -Ianya adalah notifikasi yang sama seperti Notification Android dan Notification Centre (Apple). Notifikasi Message, Call, Twitter, Facebook dan email akan masuk ke dalam BlackBerry Hub. Jika Android dan Apple hendak melihat notifikasi mereka perlu menarik bahagian atas ke bawah. Manakala untuk melihat BlackBerry Hub ini, anda perlu gerak isyarat (gesture) dari logo BlackBerry ke tengah dan ke kanan. Ianya boleh dilakukan bila-bila masa seperti ketika melayari internet, anda juga boleh melihat BlackBerry Hub dan kembali melayari internet jika tiada notifikasi.


2. Short Cut *kemaskini*
    -Ianya sama seperti Notification (Android)  yang mana terdapat butang widget dan penetapan (setting). Ianya memudahkan anda jika ingin membuka atau menutup Wifi mahupun Bluetooth.


3. Voice Control
    -Ianya sama seperti Google Voice Search (Android) dan Siri (Apple) yang mana anda perlu menekan butang berhenti di antara butang volume up dan volume down yang terdapat di tepi telefon tersebut.


4. Permain Musik
    

5. Papan Kekunci
    - Papan kekunci atau orang selalu panggil keyboard untuk BlackBerry 10 ni amat menarik. Ini kerana papan kekuncinya menunjukkan ramalan untuk entri teks (predictive text enrty) yang akan ditulis pada huruf yang seterusnya. Sebelum ini kita pernah mendengar aplikasi Swipe Keyboard yang mana anda perlu buat gerak isyarat (gesture) untuk menaip perkataan. Tetapi untuk BlackBerry 10 punya papan kekunci, anda perlu gerak isyarat ke atas dengan memilih perkataan yang anda ingin bagi setiap huruf seterusnya.


6. Navigasi
    - Navigasi untuk BlackBerry ini di katakan tidak mengambil data daripada navigasi daripada Android dan Nokia malah sudah tentu bukannya daripada Apple. Ianya juga menyediakan suara navigasi yang bagus dan petanya kelihatan seperti aplikasi Tom Tom.


7. Pelayar Internet
    - Pelayar internet atau dikenali Internet Browser untuk BlackBerry kelihatan ringkas dan lawa. BlackBerry juga memberi jaminan yang pelayar internetnya adalah yang pantas.


Dalam pelayar internet ini juga terdapat tab pelbagai (multiple tab) yang terdapat banyak pada pelayar-pelayar internet yang lain seperti Android Browser, Safari Mobile (Apple) dan Google Chrome.


8. Blackberry World
    -Ianya adalah sama seperti Google Play (Android) dan App Store (Apple) yang mana boleh memuat turun pelbagai aplikasi tersedia untuk pengguna BlackBerry. 


Untuk gambaran keseluruhan mengenai fungsi-fungsi baru yang untuk telefon pintar yang terbaru buat BlackBerry, anda boleh melihat video ini.


Video ini di ulas dengan Bahasa German tetapi mempunyai sarikata Bahasa Inggeris. Gambar-gambar di atas juga di ambil daripada tangkapan skrin (screenshot) daripada video di atas.

Sumber daripada: crackberry.com

Tiada ulasan: