Ahad, 20 Januari 2013

Cara Mengenal Kapasiti Bateri Telefon Pintar

Bateri adalah penting bagi setiap telefon pintar. tanpa bateri telefon pintar tidak dapat digunakan. di internet terdapat banyak cara untuk menjimatkan bateri agar tahan lama. tapi adakah anda tahu kapasiti bateri telefon pintar milik anda? Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!




Kapasiti bateri menunjukkan berapa banyak caj elektrik yang boleh disimpan. kapasiti bateri dikira dengan unit milli-amps-hour (mAh). ini ditunjukkan hampir semua bateri telefon pintar. lagi besar kapasiti bateri, lagi banyak caj elektrik boleh disimpan. harus di ingatkan walaupun kapasiti bateri besar, tetapi penggunaan bateri terlalu tinggi, bateri akan cepat habis juga.

Panduan ini amat berguna jika anda ingin menukarkan bateri gantian(replacement battery). anda perlu cari bateri gantian yang sama kapasiti bateri lama atau lebih sedikit. kebiasaan kapasiti bateri gantian lebih tinggi sedikit kerana kebiasaan telefon pintar anda sudah dimasukkan banyak aplikasi yang mungkin penggunaaan bateri semakin tinggi.

Tambahan pula, panduan ini juga berguna jika anda ingin membeli Power Bank/ Battery Portable. jika anda membeli power bank dengan kapasiti 4000 mAH dan Xperia Ray dengan kapasiti bateri 1500 mAH, power bank itu dapat caj Xperia Ray sebanyak 2 atau 3 kali. Berikut antara contoh-contoh bateri telefon pintar yang orang banyak gunakan :














p/s: Admin pun mula-mula tak tahu menahu pun pasal bateri ni. Tapi selepas nak cari bateri gantian Xperia Ray admin baru faham pasal bateri-bateri telefon pintar ni.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Penggunaan power bank adalah terbaik, sebagai langkah berjaga jaga, mana tahu situasi kecemasan berlaku...
http://www.muslimchoices.com/?p=pineng_powerbank_pn912&s

MD GAJET berkata...

terima kasih atas perkongsian anda :)

Unknown berkata...

mohon share informasi ini ye!

Unknown berkata...

Apa tanda merah dekat bateri sudah kena air beteri tersebut.kebiasan warna putih