Jumaat, 13 Disember 2013

AH171 Apacer Pemacu Pendrive Untuk Peranti Android

Kebelakangan ini, kebanyakkan peranti Android sudah tidak dilengkapi dengan sokongan memori kad Micro-SD di sebabkan baterinya tidak boleh di tanggalkan. Walau pun pengeluar peranti Android menawarkan memori dalaman tetapi untuk mendapatkan memori dalaman yang lebih besar lebih mahal dan kebanyakkan pengguna akan memilih memori dalaman yang rendah yang harganya lebih murah. Walaupun sekarang ini sudah tersedia wayar USB OTG (On-the-Go) , tetapi tidak semua peranti Android menyokong wayar tersebut dan sesetengah peranti memerlukan memasang software yang mana akan menyusahkan pengguna yang tidak tahu pasal software tersebut. Kini Apacer mengambil langkah baru dengan menyediakan pemacu Pendrive tetapi menggunakan micro-USB yang boleh di sambungkan pada peranti Android. Malah di sediakan bersama Adapter USB bagi memudahkan untuk di sambungkan pada komputer. Harga yang di tawarkan RM59 bagi storan 8GB. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 11 Disember 2013

Apa Itu Android RunTime (ART)

Ketika Android Jelly Bean diperkenalkan, Google juga memperkenalkan Project Butter yang dibangunkan untuk memberikan navigasi yang licin pada Android sekurang-kurangnya selicin iOS dan Windows Phone. Android Jelly Bean memang cukup smooth namun ia agak terhad hanya pada model-model high end dengan RAM 1GB keatas. Dengan pengumuman versi terbarunya iaitu Android 4.4 Kit Kat, Google menambah Android RunTime (ART) di samping Dalvik. Dengan penggunaan ART, segala tugasan yang di lakukan pada peranti Android di harapkan berjalan dengan lebih lancar tanpa lengah masa berbanding penggunaan Dalvik. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


Apa Itu Dalvik?

Hampir kebanyakkan pengguna telefon pintar adalah menggunakan sistem operasi Android selain daripada iOS, Windows Phone dan beberapa sistem operasi yang lain. Android di gemari oleh ramai pengguna kerana harga perantinya berbaloi mengikut spesifikasinya tersendiri dan mempunyai aplikasi dan permainan yang banyak.  Walaubagaimana pun, ramai pengguna Android mengadu mempunyai masalah lengah masa atau sering di sebut 'Lagging' ketika menggunakan aplikasi atau permainan yang berat. Salah satu sebab mengapa prestasi Android tidak secekap iOS atau Windows Phone adalah di sebabkan penggunaan sistem Dalvik. Bagi pengguna Android yang biasa Root perantinya pasti biasa mendengar perkataan Dalvik, tetapi tidak mengetahuinya. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Ahad, 1 Disember 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Asus Memo Pad HD 7

Asus kini lebih memfokuskan kepada peranti kelas tablet dan phablet yang mana setelah di berikan kepercayaan oleh Google untuk menghasilkan Asus Nexus 7 yang kini sudah generasi kedua. Asus juga menghasilkan tabletnya yang tersendiri antara Asus Memo Pad HD 7. Dengan skrin bersaiz 7 inci, skrin IPS LCD  dan menggunakan cip pemprosesan empat teras tetapi dengan harga yang agak murah, ianya sangat la berbaloi bagi sesiapa yang ingin mencari tablet dengan bajet yang rendah. Asus juga ada menawarkan dua jenis aksesori untuk Asus Memo Pad HD7 iaitu Persona Cover dan Transcover bagi mengayakan Asus Memo Pad HD 7 yang anda miliki. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan pada RM699 RM599 RM499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Sabtu, 30 November 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 1520

Nokia kini mengorak langkah dengan memperkenalkan model phablet mereka iaitu Nokia Lumia 1520. Ini adalah model phablet yang pertama menggunakan Windows Phone. Dengan spesifikasi yang agak tingi berbanding model Lumia yang lain, Nokia Lumia 1520 berbaloi untuk di miliki. Nokia Lumia 1520 ini juga yang pertama menggunakan cip pemprosesan empat teras dan 2 GB RAM berbanding model Lumia yang lain. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan pada RM2159. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 625

Sebelum ini Nokia telah pun mengeluarkan telefon pintar kelas permulaan mampu milik iaitu Nokia Lumia 620. Kini Nokia telah menambah baik dengan mengeluarkan model terbarunya iaitu Nokia Lumia 625. Dengan skrin yang lebih besar iaitu 4.7, malah turut di sertai dengan LTE yang kebanyakkan terdapat pada peranti kelas atasan. Kerangka belakangnya juga masih boleh di tanggalkan untuk menambah memori kad micro-SD tetapi baterinya tidak boleh di tanggalkan. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan pada RM939. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama HTC One Max

Setelah HTC mengeluarkan HTC One dan HTC One Mini, kini HTC juga telah menambah model keluarga HTC One iaitu HTC One Max. Ketiga-tiga model ini mempunyai reka bentuk yang serupa tetapi saiz skrin dan spesifikasi yang berbeza mengikut kelas masing-masing. HTC One Max adalah merupakan kelas Phablet sama seperti Samsung Galaxy Note 3 dan Sony Xperia Z1 tetapi HTC One Max mempunyai saiz skrin yang paling besar iaitu 5.9 inci. Keunikan HTC One Max ini adalah ianya di lengkapi dengan sensor pengesan cap jari seperti iPhone 5S. Harga untuk pasaran di Malaysia di katakan dalam sekitar RM2499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama HTC One Mini

Setelah HTC berjaya menarik minat orang ramai menerusi peranti utamanya HTC One, HTC telah mengeluarkan model baru iaitu HTC One Mini. Dengan reka bentuk yang serupa dengan HTC One tetapi dengan saiz skrin yang lebih kecil iaitu 4.3 inci. HTC One Mini ini juga turut di lengkapi dengan kamera 4 UltraPixel, BoomSound, HTC Zoe dan BlinkFeed daripada HTC. Walaubagaimanapun, kekurangannya ialah kameranya tidak dilengkapi dengan sistem Optical Image Stabilization (OIS), tiada sokongan NFC dan memori hanya 1GB RAM. Harga pasaran di Malaysia dalam sekitar RM1699. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama HTC Desire 700

Kebanyakkan model-model terbaru peranti HTC mengikut reka bentuk HTC One yang merupakan model utama HTC. Kini HTC telah melancarkan model terbarunya yang juga mempunyai reka bentuk serupa HTC One iaitu HTC Desire 700. Jika dilihat pada bahagian depannya, memang hampir serupa reka bentuk dengan HTC One cuma saiz skrinnya lebih besar. Kamera belakangnya juga berbeza kerana menggunakan kamera 8MP berbanding HTC One kamera 4MP Ultrapixel. Antara kelebihan HTC Desire 700 ini ialah menyokong dwi-sim, bateri yang mampu di tanggalkan dan menyokong memori kad micro-SD. Harga pasaran masih belum di ketahui tetapi mungkin harganya di antara HTC Desire 600 dengan HTC One Mini. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Jumaat, 29 November 2013

[VIDEO] Pandang Pertama iPad Mini 2

Semasa pelancaran iPad Air, Apple juga telah melancarkan iPad Mini 2. iPad Mini 2 ini di tambah baik daripada generasi sebelumnya yang kini di lengkapi dengan paparan Retina Display dan cip pemprosesan A7  64 bit seperti iPhone 5s dan iPad Air. Reka bentuknya masih seperti generasi sebelumnya iPad Mini tetapi mempunyai warna tambahan yang di panggil Space Grey dan tiada lagi Black & Slate. Harga pasarannya masih belum di ketahui di di tawarkan bermula RM1279 untuk wifi dan RM1699 untuk wifi +celular tetapi harga bagi iPad Mini pula sudah berkurangan RM50 iaitu kini RM949. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 13 November 2013

[VIDEO] Pandang Pertama iPad Air

Kini Apple sudah melancarkan iPad generasi kelimanya yang di beri nama iPad Air. iPad Air ini bukan sahaja di tambah baik dari segi spesifikasinya, malah rupa bentuknya juga tidak seperti iPad generasi sebelumnya tetapi merupai iPad Mini. Dengan saiz skrin yang sama iaitu 9.7 inci tetapi beratnya 28% lebih ringan, kelebaran 24% lebih keci dan ketebalannya 20% lebih nipis berbanding generasi sebelumnya. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan bermula RM1599 untuk wifi dan RM2029 untuk wifi+celular. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Khamis, 31 Oktober 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Samsung Galaxy Note 10.1 (2014)

Setelah melancarkan Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear, kini Samsung melancarkan tablet terbaru mereka iaitu Galaxy Note 10.1 (2014). Dengan reka bentuk yang lebih nipis dan kekemasan yang serupa seperti Galaxy Note 3 iaitu permukaan platik belakangnya seperti kulit yang berjahit. Malah lebih menggembirakan pengguna, kamera belakang kini dengan 8 MP di lengkapi dengan Flash. Ini kerana kebanyakkan tablet hanya menawarkan kamera belakang sebesar 5 MP tanpa Flash. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan sekitar RM2299. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy Gear

Samsung telah pun melancarkan jam pintarnya iaitu Galaxy Gear setelah Sony melancarkan Smart Watch 2 yang juga jam pintar. Walaubagaimana pun, Galaxy Gear ini mempunyai kelebihan tersendiri iaitu ianya di lengkapi dengan kamera dan Microphone serta Speaker bagi membolehkan membuat pangilan menerusi peranti Galaxy. Agak mengecewakan kerana setakat ini hanya Galaxy Note 3 dan Galaxy Note 10.1 (2014) yang mampu disambung bersama dan tidak semua peranti Android yang mampu menyokong Galaxy Gear ini tidak seperti Smart Watch 2. Tetapi Samsung memberi jaminan bahawa penambahan peranti yang mampu menyokong Galaxy Gear ini akan bertambah dari masa ke semasa setelah kemaskini Android 4.3 kepada Galaxy S4, Galaxy S3 dan Galaxy Note 2. Samsung juga turut mengatakan yang mana Galaxy S4 Mini, S4 Active, Mega 5.8, Mega 6.3 dan juga S4 Zoom turut sama akan menerima kemaskini untuk menyokong Galaxy Gear ini bermula penghujung bulan Oktober. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan RM 999. Sila teka 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Samsung Galaxy Note 3

Samsung telah pun melancarkan model phablet (phone + tablet) terbaru mereka iaitu Galaxy Note 3 baru-baru ini. Galaxy Note 3 ini telah di lancarkan bersama sekali dengan Samsung Galaxy Gear yang merupakan jam pintar yang mampu di pasang bersama Galaxy Note 3. Reka bentuknya lebih mirip dengan Galaxy S2 dan palstik belakangnya mempunyai kekemasan seperti kulit yang telah di jahit. Malah Galaxy Note 3 juga dilengkapi dengan slot micro-USB 3.0 bukan micro-USB 2.0 seperti peranti Android yang lain. Harga pasaran di Malaysia dikatakan sekitar RM 2399. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



[VIDEO] Pandang Pertama Apple iPhone 5S

Apple bukan sahaja melancarkan satu model tetapi dua model serentak iaitu iPhone 5C dan iPhone 5S. Yang menariknya, iPhone 5S ini di datangi dengan butang Home yang baru iaitu TouchID dan mempunyai Dual-Tone Flash. Walau pun reka bentuknya serupa seperti iPhone 5, tetapi spesifikasinya lebih tinggi dengan menggunakan cip pemprosesan Apple A7 berasaskan 64 bit yang dua kali laju bebanding Apple A6. Harga untuk pasaran di Malaysia di katakan sekitar di tawarkan bermula RM 2399 (16GB), RM 2749 (32GB) dan RM 3149 (64GB). Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


[VIDEO] Pandang Pertama Apple iPhone 5C

Apple bukan sahaja melancarkan satu model tetapi dua model serentak iaitu iPhone 5C dan iPhone 5S. Yang menariknya, iPhone 5C kali ini menggunakan kerangka badan plastik dengan warna warni yang menarik. Ini bagi selarikan dengan iOS 7 yang mempunyai Wallpaper yang berwarna-warni dan casing berlubang yang berwarna-warni. Walaubagaimana pun, spesifikasinya masih lebih kurang seperti iPhone 5 generasi sebelumnya. Harga bagi pasaran di pasaran Malaysia di katakan dalam sekitar RM1899 bagi storan 16GB di tawarkan RM1999 (16GB) dan RM2399 (32GB) . Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Isnin, 28 Oktober 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Sony Xperia Z1

Sebelum ini kelihatan Sony lebih tumpukan kepada teknologi kalis air dan kalis habuk, kini Sony mula memfokuskan kembali kepada teknologi kamera. Sony telah pun menlancarkan produk terbarunya iaitu Xperia Z1 iaitu penambah baik daripada Xperia Z. Xperia Z1 ini di lengkapi dengan teknologi kamera daripada model digital kamera Cybershot daripada Sony yang di panggil G-Lens yang mampu mengambil gambar dengan baik walaupun kurang pencahayaan. Harga bagi pasaran Malaysia ditawarkan bermula RM 2399 RM2199. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Sabtu, 26 Oktober 2013

[VIDEO] Ulasan Asus Nexus 7 2013 : Kelebihan, Kekurangan dan Bandingan

Pada Julai 2012, Asus telah pun mengeluarkan tablet Nexus 7 yang mempunyai spesifikasi yang agak tinggi tetapi dengan harga yang murah. Julai 2013, genap setahun Asus mengeluarkan lagi tablet generasi kedua Asus Nexus 7 (2013). Untuk maklumat lanjut mengenai Asus Nexus Nexus 7 2013, bolehlah baca artikel mengenai Pandang Pertama Asus Nexus 7 2013. Artikel ini pula akan membincangkan ulasan mengenai kelebihan dan kekurangan pada Asus Nexus 7 2013 dan perbandingannya dengan Asus Nexus 7 2012. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutmya!

[VIDEO] Ulasan LG Nexus 4 : Kelebihan dan Kekurangan

Artikel sebelum ini menceritakan mengenai pandang pertama LG Nexus 4 dan spesifikasi penuhnya. Kini, ulasan selanjutnya mengenai kelebihan dan kekurangan LG Nexus 4 ini. Sepertinya orang ramai sedia maklum, model Nexus ini mendapat sokongan dan bantuan daripada Google menyebabkan kebanyakkan model Nexus di jual dengan harga lebih murah tetapi mempunyai spesifikasi yang agak tinggi. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Jumaat, 25 Oktober 2013

[VIDEO] Pandang Pertama LG Nexus 4

LG Nexus 4 adalah merupakan model Nexus generasi yang keempat yang mendapat sokongan sepenuhnya dari Google. Segala kemaskini terkini Android, model Nexus ini akan mendapatnya dahulu berbanding telefon pintar Android yang lain. Menarik bagi LG Nexus 4 ini adalah pada bahagian belakangnya diperbuat daripada kaca seperti Sony Xperia Z dan mempunyai sokongan pengecas tanpa wayar dan NFC. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!




Khamis, 25 Julai 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Nexus 7 2013

Peranti Nexus merupakan peranti khas daripada Google bagi menyediakan peranti yang berkemampuan dan menggunakan sistem operasi Android terbaru. Sebelum ini, Nexus 7 merupakan tablet buatan Asus adalah tablet berkemampuan yang memiliki spesifikasi yang agak tinggi. Kini, Google telah mengumumkan Nexus 7 2013 yang juga buatan Asus yang memiliki skrin yang sama saiz iaitu 7 inci tetapi mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi sedikit disertakan bersama Android yang terbaru iaitu Android 4.3 Jelly Bean. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy S4 Zoom

Sebelum ini terdapat banyak variasi model Galaxy S4 iaitu Galaxy S4 Active dan Galaxy S4 Mini. Kini Samsung memperkenalkan variasi terbarunya iaitu Galaxy S4 Zoom yang memfokuskan pada kameranya. Galaxy S4 Zoom ini sama seperti Galaxy Camera yang telah di keluarkan oleh Samsung dahulu tetapi Galaxy S4 Zoom ini mempunyai fungsi telefon untuk menjawab panggilan dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS). Galaxy S4 Zoom mempunyai lensa kamera dengan 16 MP, disertai sokongan zoom optikal sehingga 10 kali dan flash Xenon bukannya LED seperti telefon pintar biasa. Galaxy S4 Zoom di jual dengan harga pasaran RM 1699. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 24 Julai 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy S4 Mini

Bagi peminat Samsung Galaxy, Galaxy S4 merupakan model kegilaan yang mempunyai pelbagai fungsi-fungsi yang menarik. Tetapi apakan daya, harga Galaxy S4 di pasaran Malaysia adalah RM1850 yang tidak mampu di miliki oleh kebanyakkan rakyat tempatan. Bagi memenuhi pemintaan pengguna, Samsung telah mengeluarkan model yang lebih kecil dan murah iaitu Galaxy S4 Mini. Harga pasaran tempatan bagi Galaxy S4 adalah RM1499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Jumaat, 12 Julai 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Acer Iconia W3

Acer kini telah memperkenalkan model tablet terbaru mereka iaitu Acer Iconia W3 yang menggunakan sistem operasi Windows 8. Menariknya, Acer Iconia W3 ini di sertakan bersama dengan Flip Cover dan papan kekunci fizikal keluaran Acer sendiri apabila membeli tablet ini. Anda tidak perlu mencari di kedai bagi mencari Flip Cover dan papan kekunci fizikal yang betul-betul muat dengan tablet ini. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] LG Pocket Photo Printer Mudah Alih

Pada zaman kini, semakin ramai yang menggunkan telefon pintar bagi kegunaan seharian. Malah dengan kecanggihan telefon pintar, gambar boleh di ambil tanpa perlu menggunakan kamera digital. Jika dahulu ingin membuat mencetak gambar, perlu pergi ke kedai gambar atau masukkan ke dalam komputer dan kemudian cetak menggunakan Printer. Kini tidak perlu lagi mencari Printer yang besar dan berat bagi mencetak gambar yang di ambil kerana LG sudah mengeluarkan Printer mudah alihnya iaitu LG Pocket Photo yang sangat kecil untuk di bawa ke mana-mana. LG Pocket Photo ini menyokong NFC (bagi Android dan Windows Phone) dan Bluetooth (semua peranti termasuk iOS) bagi memudahkan pengguna telefon pintar menggunakannya tanpa wayar. Untuk pasaran tempatan, ianya di jual pada harga RM399. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Pandang Pertama Nokia Lumia 1020 Dengan Kamera 41 MP

Orang ramai menaruh kepercayaan pada Nokia kerana ketahanan dan kelasakan pada kebanyakan perantinya. Nokia juga membuktikan bahawa mereka juga hebat dalam penkameraan setelah berjaya mengeluarkan model Nokia PureView808 dengan 41 MP pada tahun 2012. Setelah penjanamaan semula dengan menggunakan sistem operasi Windows Phone 8, Nokia telah menggunakan teknologi PureView pada sebahagian model Lumia tetapi tidak sehebat PureView 808 sebelumnya. Kini Nokia telah mengeluarkan model Lumia terbarunya iaitu Lumia 1020 dengan 41 MP yang setanding malah mungkin lebih hebat daripada PureView 808. Lumia 1020 di lengkapi dengan teknologi penstabilan imej optikal (Optical Image Stabilasation), Flash LED dengan Xenon dan mempunyai 6 kanta lens Carl Zeiss bagi menghasilkan gambar yang lebih jelas dan terperinci. Lumia 1020 juga menyokong pengecaj tanpa wayar pada belakang seperti Lumia 720 dan Lumia 925. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan pada RM2499 RM2199. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Selasa, 9 Julai 2013

[VIDEO] Pandang Pertama HTC Desire 600

HTC sebelum ini sudah mengeluarkan model kelas atasan iaitu HTC One. HTC One di lengkapi dengan pelbagai fungsi baru seperti BlinkFeed dan SoundBoom tetapi harganya yang agak mahal membuat ramai orang berfikir banyak kali untuk membelinya. Kini HTC telah mengeluarkan model terbaru iaitu HTC Desire 600 yang mempunyai fungsi baru seperti HTC One tetapi dengan harga yang lebih murah. HTC Desire 600 dijual dengan harga pasaran tempatan RM1199. Sila tekan baca lagi untuk selanjutnya!

Khamis, 4 Julai 2013

[VIDEO] BlackBerry Q5 Memasuki Pasaran Tempatan

Setelah memasarkan dua model terbaru BlackBerry Z10 dan BlackBerry Q10, kini BlackBerry Q5 pula memasuki pasaran Malaysia. Dengan harga pasaran RM1299, model BlackBerry Q5 ini lebih murah berbanding dua model sebelumnya. Dengan bentuk seakan-akan keluarga Curve dahulu, BlackBerry Q5 ini di lengkapi dengan sistem operasi yang terbaru iaitu BlackBerry10. Ini pasti akan menarik minat peminat BlackBerry yang tidak mampu untuk membeli dua model sebelumnya. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] BlackBerry Q10 Dengan Papan Kekunci Fizikal

Awal tahun ini, RIM atau BlackBerry telah mengumumkan model terbaru  iaitu BlackBerry Z10 dan sistem operasi terbaru iaitu BlackBerry10. Dengan kehadiran BalckBerry Z10, kini ramai peminat BlackBerry kembali setelah BlackBerry tenggelam akibat persaingan sengit antara Android dan Apple. Kini BlackBerry menambah keluarga BlackBerry10 dengan model BlackBerry Q10. BlackBerry Q10 ini akan di jual dalam harga RM2388 di pasaran tempatan. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



[VIDEO] Nokia 207 Dan Nokia 208

Setelah Nokia mengukuhkan kedudukan dengan model keluarga Lumia, kini Nokia kembali dengan telefon budget yang mampu di miliki semua orang. Walaupun zaman sekarang ramai yang menggemari menggunakan skrin sesentuh sepenuhnya, tetapi masih ada lagi yang lebih menggemari menggunakan papan kekunci fizikal terutamanya orang yang sudah berumur. Nokia telah mengumukan dua model terbarunya iaitu Nokia 207 dan 208, yang mana kedua-dua model ini mempunyai spesifikasi yang serupa tetapi pada Nokia 208 terdapat kamera 1.3 MP, tiada kamera pada Nokia 207. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Sabtu, 29 Jun 2013

[VIDEO] Cara Membuat Kid's Corner Windows Phone 8

Microsoft mempunyai sistem operasi untuk telefon pintar iaitu Windows Phone 8 (WP) bagi menyaingi sistem operasi telefon pintar yang lain seperti Android dari Google dan iOS dari Apple. Kini Windows Phone sudah menarik minat ramai peminat walaupun masih baru di dalam sistem operasi untuk telefon pintar kerana mempunyai antara muka yang menarik yang panggil Metro. Windows Phone meletakkan video cara-cara asas menggunakan Windows Phone di Youtube bagi kemudahan orang ramai. Mari lihat bagamaina Cara Membuat Kid's Corner  Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


[VIDEO] Cara Untuk Menjawab Pangilan Dengan Text Reply Window Phone 8

Microsoft mempunyai sistem operasi untuk telefon pintar iaitu Windows Phone 8 (WP) bagi menyaingi sistem operasi telefon pintar yang lain seperti Android dari Google dan iOS dari Apple. Kini Windows Phone sudah menarik minat ramai peminat walaupun masih baru di dalam sistem operasi untuk telefon pintar kerana mempunyai antara muka yang menarik yang panggil Metro. Windows Phone meletakkan video cara-cara asas menggunakan Windows Phone di Youtube bagi kemudahan orang ramai. Mari lihat bagamaina cara untuk Menjawab Pangilan Dengan Text Reply  Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


[VIDEO] Cara Menyimpan Gambar Dari MMS Windows Phone 8

Microsoft mempunyai sistem operasi untuk telefon pintar iaitu Windows Phone 8 (WP) bagi menyaingi sistem operasi telefon pintar yang lain seperti Android dari Google dan iOS dari Apple. Kini Windows Phone sudah menarik minat ramai peminat walaupun masih baru di dalam sistem operasi untuk telefon pintar kerana mempunyai antara muka yang menarik yang panggil Metro. Windows Phone meletakkan video cara-cara asas menggunakan Windows Phone di Youtube bagi kemudahan orang ramai. Mari lihat bagamaina cara Menyimpan Gambar Dari MMS  Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


[VIDEO] Cara Untuk Berkongsi Gambar Dengan Hanya Sentuh Di Windows Phone 8

Microsoft mempunyai sistem operasi untuk telefon pintar iaitu Windows Phone 8 (WP) bagi menyaingi sistem operasi telefon pintar yang lain seperti Android dari Google dan iOS dari Apple. Kini Windows Phone sudah menarik minat ramai peminat walaupun masih baru di dalam sistem operasi untuk telefon pintar kerana mempunyai antara muka yang menarik yang panggil Metro. Windows Phone meletakkan video cara-cara asas menggunakan Windows Phone di Youtube bagi kemudahan orang ramai. Mari lihat bagamaina cara untuk berkongsi gambar dengan hanya sekali sentuh dengan peranti Windows Phone yang lain. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Cara Untuk Crop Dan Rotate Gambar Window Phone 8

Microsoft mempunyai sistem operasi untuk telefon pintar iaitu Windows Phone 8 (WP) bagi menyaingi sistem operasi telefon pintar yang lain seperti Android dari Google dan iOS dari Apple. Kini Windows Phone sudah menarik minat ramai peminat walaupun masih baru di dalam sistem operasi untuk telefon pintar kerana mempunyai antara muka yang menarik yang panggil Metro. Windows Phone meletakkan video cara-cara asas menggunakan Windows Phone di Youtube bagi kemudahan orang ramai. Mari lihat bagamaina cara untuk Crop dan Rotate gambar. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Cara Mencari Aplikasi dan Permainan Windows Phone 8

Microsoft mempunyai sistem operasi untuk telefon pintar iaitu Windows Phone 8 (WP) bagi menyaingi sistem operasi telefon pintar yang lain seperti Android dari Google dan iOS dari Apple. Kini Windows Phone sudah menarik minat ramai peminat walaupun masih baru di dalam sistem operasi untuk telefon pintar kerana mempunyai antara muka yang menarik yang panggil Metro. Windows Phone meletakkan video cara-cara asas menggunakan Windows Phone di Youtube bagi kemudahan orang ramai. Mari lihat bagamaina cara untuk mencari aplikasi dan permainan. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Cara Mengambil Gambar ScreenShot Window Phone 8

Microsoft mempunyai sistem operasi untuk telefon pintar iaitu Windows Phone (WP) bagi menyaingi sistem operasi telefon pintar yang lain seperti Android dari Google dan iOS dari Apple. Kini Windows Phone sudah menarik minat ramai peminat walaupun masih baru di dalam sistem operasi untuk telefon pintar kerana mempunyai antara muka yang menarik yang panggil Metro. Windows Phone meletakkan video cara-cara asas menggunakan Windows Phone di Youtube bagi kemudahan orang ramai. Mari lihat bagamaina cara untuk mengambil gambar ScreenShot. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Cara Tukar Latar Belakang LockScreen Windows Phone 8

Microsoft mempunyai sistem operasi untuk telefon pintar iaitu Windows Phone 8 (WP8) bagi menyaingi sistem operasi telefon pintar yang lain seperti Android dari Google dan iOS dari Apple. Kini Windows Phone sudah menarik minat ramai peminat walaupun masih baru di dalam sistem operasi untuk telefon pintar kerana mempunyai antara muka yang menarik yang panggil Metro. Windows Phone meletakkan video cara-cara asas menggunakan Windows Phone di Youtube bagi kemudahan orang ramai. Mari lihat bagamaina cara untuk tukar latar belakang pada LockScreen. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


[VIDEO] Cara Tukar Antara Aplikasi Windows Phone 8

Microsoft mempunyai sistem operasi untuk telefon pintar iaitu Windows Phone 8 (WP) bagi menyaingi sistem operasi telefon pintar yang lain seperti Android dari Google dan iOS dari Apple. Kini Windows Phone sudah menarik minat ramai peminat walaupun masih baru di dalam sistem operasi untuk telefon pintar kerana mempunyai antara muka yang menarik yang panggil Metro. Windows Phone meletakkan video cara-cara asas menggunakan Windows Phone di Youtube bagi kemudahan orang ramai. Mari lihat bagamaina cara untuk tukar antara aplikasi yang pernah kita guna atau orang sering sebut 'MultiTasking'. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 26 Jun 2013

[VIDEO] Huawei Ascend P6 Dengan Kamera Hadapan 5 MP

Huawei telah pun mengumumkan model terbarunya iaitu Ascend P6 dengan rekaan yang agak menarik serta kerangka aluminium. Ascend P6 ini juga antara model ternipis dengan hanya 6.18 mm sahaja ketebalannya. Menggunakan sistem operasi Android 4.2 dengan antramuka khas iaitu Emotion 1.6 UI yang mempunyai banyak pilihan tema yang pasti memikat hati melihatnya. Ascend P6 ini juga antara telefon pintar terawal menggunakan kamera hadapan sebesar 5 MP untuk gambar yang lebih jelas ketika mengambil gambar potrait. Harga pasaran di jual adalah RM 1399.  Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Selasa, 25 Jun 2013

[VIDEO] Pandang Pertama SmartWatch 2 Jam Pintar Sony Yang Kalis Air

Setelah melancarkan model phablet Xperia Z Ultra, Sony juga melancarkan SmartWatch generasi kedua iaitu SmartWatch 2. SmartWatch 2 ini di menyokong sistem operasi Android 4.0 ke atas tetapi tidak menyokong iOS dan mempunyai teknologi NFC. Setelah Sony memfokuskan teknologi kalis air pada model telefon pintarnya, SmartWatch 2 ini juga kalis air (IP57). SmartWatch 2 ini juga dilengkapi dengan butang kuasa ikonik Xperia Z pada tepinya. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM780Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Sony Xperia Z Ultra Phablet Yang Ternipis

Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan Sony akan mengeluarkan model phablet iaitu skrin besar seperti tablet tetapi menyokong fungsi telefon pintar. Dikatakan Xperia Z Ultra ini antara phablet yang ternipis iaitu hanya 6.5 mm dengan skrin sebesar 6.4 inci dan mempunyai skrin sesentuh yang sangat sensitif sehingga boleh menggunakan pensil. Dengan mengekalkan butang kuasa ikonik Xperia Z, malah Xperia Z Ultra ini juga kalis air dan kalis debu.  Xperia Z Ultra (LTE) ini dijual dengan pasaran RM2299 RM1799. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 12 Jun 2013

[VIDEO] Perbandingan iOS7 Dengan iOS6

Jika sebelum ini ramai yang bising kerana Apple tidak membawa bawah perubahan daripada iOS5 kepada iOS6. Kini Apple telah pun mengumumkan iOS7 bagi peranti iPhone4 ke atas dan iPad2 ke atas seta iPad mini. Terdapat juga iOS7 beta untuk para pembangun untuk mencubanya dahulu di halaman web Apple Developer. iOS7 ini juga di pamerkan dengan  reka bentuk antara muka yang baru dan mempunyai ciri-ciri minimalis. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Isnin, 10 Jun 2013

Pandang Pertama Samsung Galaxy Ace 3

Samsung telah mengumukan model baru mereka iaitu Galaxy Ace 3. Galaxy Ace 3 ini mempunyai dua variasi iaitu versi 3G dan LTE. Galaxy Ace 3 ini mempunyai reka bentuk yang lebih kurang seperti sebelumnya iaitu Galaxy Ace 2 tetapi mempunyai spesifikasi yang tinggi sedikit. Galaxy Ace 3 versi 3G merupakan model kelas pertengahan yang mempunyai spesifikasi rendah sedikit berbanding Galaxy Ace versi LTE. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 5 Jun 2013

Pandang Pertama Samsung Galaxy S4 Active

Jika anda mendengar telefon pintar kalis air dan kalis debu, anda pasti akan terbayang peranti daripada Sony. Ini kerana Sony telah memperkenalkan model telefon pintarnya yang kalis air dan debu pada Jun 2011 iaitu Xperia Active. Kini, Samsung juga memperkenalkan model terbarunya yang kalis air dan debu iaitu Galaxy S4 Active. Walaupun menggunakan nama model Galaxy S4 tetapi Galaxy S4 Active ini mempunyai reka bentuk yang berbeza sedikit serta mempunyai butang dedikasi pada Home, Back dan Multitasking. Spesifikasinya juga agak kurang sedikit berbanding Galaxy S4 mungkin kerana Samsung menjangkakan Galaxy S4 Active akan mendapat sambutan hangat kerana kalis air dan debu. Galaxy S4 Active ini di jual dengan harga pasaran RM1899. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Sony Xperia Akan Menyokong DualShock 3

Bagi seorang pengemar main permainan di dalam peranti, kebanyakan permainan agak susah untuk menggunakan skrin sesentuh. Bagi yang sudah biasa bermain permainan konsol seperti Play Station, X-Box, Wii dan banyak lagi, bermainan menggunakan skrin sesentuh agak melecehkan. Sebelum ini terdapat satu aplikasi bernama Six-Axis bagi membolehkan hampir ke semua peranti menhubungkan dengan alat kawalan Play Station tetapi sayangnya ianya berbayar. Sekarang, Sony telah membuat satu aplikasi khas untuk pengguna Xperia bagi membolehkan peranti Xperia menghubungkan dengan alat kawalan DualShock 3 daripada Play Station. Tetapi setakat ini Xperia SP(C530X) yang di ketahui serasi dengan aplikasi ini. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Selasa, 4 Jun 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia M

Jika sebelum ini, Sony menambah model bagi peranti yang kalis air dan debu iaitu Xperia ZR. Kini Sony memperkenalkan model baru bagi kelas permulaan dan Xperia M ini mempunyai variasi dual sim seperti Xperia E. Bagi model Xperia M ini, walaupun ianya peranti kelas permulaan tetapi ianya di lengkapi dengan kamera 5 MP Exmor RS yang mampu mengambil gambar yang terang walaupun kurang cahaya dan mempunyai butang kuasa ikonik seperti Xperia Z. Sony juga lebih memfokuskan pada teknologi NFC yang mampu menyambung kepada aksesorinya seperti Wireless Speaker, Wireless Headset, Bluetooth Headset dengan hanya sekali sentuh. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM659. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Isnin, 20 Mei 2013

Cara Mengenal Antara Original Set vs AP Set vs Underwater Set Untuk Telefon Pintar

Pelbagai jenis telefon pintar tidak kira jenis model, jenama dan kualiti. Dengan kebanjiran pelbagai jenis telefon pintar di pasaran, ramai orang mengambil kesempatan untuk menjual telefon pintar AP set dengan menjual harga murah berbanding dengan harga original set daripada pengedar sah. Penjual sering bercakap pasal AP set dan Original set, tetapi bagaimana dengan Underwater set? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Ahad, 19 Mei 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 925

Jenama Lumia daripada Nokia makin gah apabila menggunakan sistem operasi Windows Phone. Bagi mengukuhkan lagi jenama Lumia, Nokia kini menumpukan kepada pembangunan kameranya dengan mengambil dan rakaman gambar yang lebih tajam berbanding Lumia yang lain. Nokia juga telah menambah baik software bagi kameranya dengan memperkenalkan Smart Cam yang mana banyak fungsi camera di sertakan seperti Best Shot, Action Shot, Motion Focus, Change Face dan Remove Moving Object.  Kini Nokia juga telah menggunakan reka bentuk premium dengan menggunakan kerangka aluminium. Lumia 925 ini akan di jual dengan harga pasaran RM1799 RM1599. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Isnin, 13 Mei 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia ZR Kalis Air dan Debu

Dengan kejayaan Sony mengeluarkan peranti yang kalis air dan debu bermula dengan Xperia Active, Xperia Acro S, Xperia Go, Xperia V, Xperia Z dan kini Xperia ZR. Dengan kalis air (IP58) maka anda tidak perlu lagi risau jika telefon pintar anda terkena air seperti ketika hujan lebat, malah anda juga boleh merakam dan mengambil gambar di dalam air. Tambahan pula, dengan kalis debu (IP55) anda boleh menggunakan telefon pintar buatan Sony ini di mana-mana sahaja tidak kira tempat berdebu atau berpasir seperti di pantai. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM1299. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!