Sabtu, 30 November 2013

[VIDEO] Pandang Pertama HTC Desire 700

Kebanyakkan model-model terbaru peranti HTC mengikut reka bentuk HTC One yang merupakan model utama HTC. Kini HTC telah melancarkan model terbarunya yang juga mempunyai reka bentuk serupa HTC One iaitu HTC Desire 700. Jika dilihat pada bahagian depannya, memang hampir serupa reka bentuk dengan HTC One cuma saiz skrinnya lebih besar. Kamera belakangnya juga berbeza kerana menggunakan kamera 8MP berbanding HTC One kamera 4MP Ultrapixel. Antara kelebihan HTC Desire 700 ini ialah menyokong dwi-sim, bateri yang mampu di tanggalkan dan menyokong memori kad micro-SD. Harga pasaran masih belum di ketahui tetapi mungkin harganya di antara HTC Desire 600 dengan HTC One Mini. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


1. Saiz skrin sebesar 5 inci serta 540x960 dengan paparan qHD



2. Ketebalan 10.3 mm dengan berat 149 g





3. Cip pemprosesan 1.2GHz Qualcomm Snapdragon S4





4. Memori dalaman 8 GB serta sokongan micro-SD dan 1 GB RAM




5. Bahagian atas : butang kuasa dan slot fon telinga




6. Bahagian kanan : butang kawalan suara




7. Bahagian bawah : slot micro-USB dan Microphone




8. Bahagian kiri : tiada apa-apa




9. Kamera belakang 8 MP




10. Kamera hadapan 2.1 MP




11. Bateri kapasiti sebanyak 2100 mAh





Ketebalan
  

10.3 mm

Berat

149 g
Skrin

5 inci
Pemprosesan

1.2 GHz , Qual-core Snapdragon S4
Memori RAM

1 GB RAM
Kamera Belakang

8 MP
Kamera Hadapan

2.1 MP
Bateri

2100 mAh
Sistem Operasi

Android 4.2

Untuk gambaran keseluruhan mengenai HTC Desire 700, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada : amanz.my & htc.com & phonearena.com

Tiada ulasan: