Sabtu, 30 November 2013

[VIDEO] Pandang Pertama HTC One Max

Setelah HTC mengeluarkan HTC One dan HTC One Mini, kini HTC juga telah menambah model keluarga HTC One iaitu HTC One Max. Ketiga-tiga model ini mempunyai reka bentuk yang serupa tetapi saiz skrin dan spesifikasi yang berbeza mengikut kelas masing-masing. HTC One Max adalah merupakan kelas Phablet sama seperti Samsung Galaxy Note 3 dan Sony Xperia Z1 tetapi HTC One Max mempunyai saiz skrin yang paling besar iaitu 5.9 inci. Keunikan HTC One Max ini adalah ianya di lengkapi dengan sensor pengesan cap jari seperti iPhone 5S. Harga untuk pasaran di Malaysia di katakan dalam sekitar RM2499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Saiz skrin 5.9 inci dengan 373 ppi


2. Saiz dimensi 164.5 x 82.5 x 10.29 mm dengan berat 217 g



3. Cip pemprosesan 1.7 GHz Empat teras Qualcomm Snapdragon 600



4. Memori dalaman sebanyak 16 atau 32 GB dengan sokongan memori kad micro-SD dan 2GB RAM



5. Bahagian atas : slot fon telinga dan Infared Remote (IR) Controller



6. Bahagian kanan : butang kawalan suara dan butang kuasa



7. Bahagian bawah : slot micro-USB dan microphone



8. Bahagian kiri : butang Silence (seperti iPhone)



9. Kamera belakang 4 Ultra-Pixel



10. Kamera hadapan 2.1 MP



11. Bateri kapasiti sebesar 3300 mAh (tidak boleh di tanggalkan walaupun kerangka belakang boleh di tanggalkan)



12. Perbezaan saiz antara Samsung Galaxy Note3 dan HTC One





Ketebalan

10.29 mm

Berat

217 g
Skrin

5.9 inci
Ketumpatan Pixel

373 ppi
Pemprosesan

1.7 GHz , Quad-Core Qualcomm Snapdragon 600
Memori RAM

2 GB RAM
Kamera Belakang

4 Ultra-Pixel
Kamera Hadapan

2.1 MP
Bateri

3300 mAh
Sistem Operasi

Android 4.2

Untuk gambaran keseluruhan mengenai HTC One Max,boleh la melihat video ini.


Sumber daripada : amanz.my & malayandroid.com & htc.com & phonearena.com

Tiada ulasan: