Jumaat, 29 November 2013

[VIDEO] Pandang Pertama iPad Mini 2

Semasa pelancaran iPad Air, Apple juga telah melancarkan iPad Mini 2. iPad Mini 2 ini di tambah baik daripada generasi sebelumnya yang kini di lengkapi dengan paparan Retina Display dan cip pemprosesan A7  64 bit seperti iPhone 5s dan iPad Air. Reka bentuknya masih seperti generasi sebelumnya iPad Mini tetapi mempunyai warna tambahan yang di panggil Space Grey dan tiada lagi Black & Slate. Harga pasarannya masih belum di ketahui di di tawarkan bermula RM1279 untuk wifi dan RM1699 untuk wifi +celular tetapi harga bagi iPad Mini pula sudah berkurangan RM50 iaitu kini RM949. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Saiz skrin 7.9 inci dengan 324 ppi


2. Saiz dimensi 200 x 134.7 x 7.5 mm dengan berat 341 g



3. Cip pemprosesan 1.3 GHz dua core Apple A7 dengan 64 bit





4. Memori dalaman sebanyak 16, 32, 64 dan 128 GB



5. Bahagian atas : butang kuasa serta dual Microphone (dengan Noise Cancellation) dan port fon telinga






6. Pada bahagian kanan : port nano-Sim (bagi variasi wifi+cellular)


7. Bahagian bawah : Speaker dan port pengecas Lightning


8. Bahagian kiri : butang kawalan suara dan butang Silence/Auto-Rotation


9. Kamera belakang 5 MP


10. Kamera hadapan 1.2 MP


Ketebalan
  

7.5 mm

Berat

341 g
Skrin

7.9 inci
Ketumpatan Pixel

324 ppi
Pemprosesan

1.3 GHz , Dual-core Apple A7
Memori RAM

1 GB RAM
Kamera Belakang

5 MP
Kamera Hadapan

1.2 MP
Sistem Operasi

iOS 7

Untuk gambaran keseluruhan mengenai Apple iPad Mini 2 , anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada : amanz.my & ohgeekz.com & apple.com/my & phonearena.com

Tiada ulasan: