Rabu, 5 Jun 2013

Pandang Pertama Samsung Galaxy S4 Active

Jika anda mendengar telefon pintar kalis air dan kalis debu, anda pasti akan terbayang peranti daripada Sony. Ini kerana Sony telah memperkenalkan model telefon pintarnya yang kalis air dan debu pada Jun 2011 iaitu Xperia Active. Kini, Samsung juga memperkenalkan model terbarunya yang kalis air dan debu iaitu Galaxy S4 Active. Walaupun menggunakan nama model Galaxy S4 tetapi Galaxy S4 Active ini mempunyai reka bentuk yang berbeza sedikit serta mempunyai butang dedikasi pada Home, Back dan Multitasking. Spesifikasinya juga agak kurang sedikit berbanding Galaxy S4 mungkin kerana Samsung menjangkakan Galaxy S4 Active akan mendapat sambutan hangat kerana kalis air dan debu. Galaxy S4 Active ini di jual dengan harga pasaran RM1899. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

1.  Skrin bersaiz 5.0” paparan HD penuh TFT LCD, 443 PPI




2. cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz dengan sokongan LTE




3. Memori dalaman 16GB, sokongan micro SD sehingga 64GB, 2GB RAM




4. Kamera belakang 8MP




5. Kamera hadapan 2MP




6. Saiz 139.7 x 71.3 x 9.1 mm, berat 151g




7. Bateri sebesar 2600 mAh




8. Kalis air dan debu (IP67). Mampu berada dalam air sehingga 1 meter selama 30 minit




9. Mempunyai 3pilihan warna iaitu hitam, jingga dan biru




10. Perbandingan dengan Galaxy S4




Ketebalan

9.1 mm
Berat

151g
Skrin

5 inci
Ketumpatan Pixel

443 ppi
Pemprosesan

1.9 GHz , Quad-Core
Memori RAM

2 GB RAM
Kamera Belakang

8 MP
Kamera Hadapan

2 MP
Bateri

2600 mAh
Sistem Operasi

Android 4.2 Jelly Bean


Sumber daripada amanz.my & malayandroid.com & gsmarena.com & sammyhub.com




Tiada ulasan: