Rabu, 5 Jun 2013

[VIDEO] Sony Xperia Akan Menyokong DualShock 3

Bagi seorang pengemar main permainan di dalam peranti, kebanyakan permainan agak susah untuk menggunakan skrin sesentuh. Bagi yang sudah biasa bermain permainan konsol seperti Play Station, X-Box, Wii dan banyak lagi, bermainan menggunakan skrin sesentuh agak melecehkan. Sebelum ini terdapat satu aplikasi bernama Six-Axis bagi membolehkan hampir ke semua peranti menhubungkan dengan alat kawalan Play Station tetapi sayangnya ianya berbayar. Sekarang, Sony telah membuat satu aplikasi khas untuk pengguna Xperia bagi membolehkan peranti Xperia menghubungkan dengan alat kawalan DualShock 3 daripada Play Station. Tetapi setakat ini Xperia SP(C530X) yang di ketahui serasi dengan aplikasi ini. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


Keperluan penting:
1. Peranti Xperia yang menyokong penggunaan DualShock 3 ( setakat ini hanya untuk Xperia SP)
2. Kabel USB (menyambung dari peranti Xperia (micro usb) ke USB OTG)
3. Kabel USB OTG ( menyambung dari kabel USB ke alat kawalan)
4. DualShock 3 original (alat kawalan lain tidak pasti boleh digunakan atau tidak)
5. Permainan yang menyokong penggunaan alat kawalan (sila rujuk no 12 di bawah)


1. Masuk ke dalam Setting dan pilih Xperia


2. Di dalam Xperia, terdapat pilihan DualShock 3 (jika tiada, mungkin peranti anda tidak serasi untuk di gunakan)


3. Untuk permulaan pemasangan, pilih 'How to connect a controller'


4. Kemudian, akan terdapat paparan yang menyuruh anda menyambungkan alat kawalan menggunakan kabel USB (USB OTG perlu di beli sendiri)


5. Pasang wayar usb dari alat kawalan DualShock 3 dengan peranti anda


6. Tekan pilihan Next untuk langkah seterusnya



7. Siap dan anda boleh mencabut cabut usb daripada peranti Xperia anda



8. Setelah siap, akan keluar paparan menunjukkan alat kawalan sudah terpasang secara tanpa wayar menggunakan Bluetooth



9. Anda boleh mencuba alat kawalan DualShock 3 pada peranti Xperia anda untuk memastikan ianya benar-benar berfungsi



10. Untuk memutuskan hubungan alat kawalan dengan peranti Xperia anda perlu tekan Power Off



11. Untuk menghubungkan kembali alat kawalan dengan peranti Xperia anda, hanya tekan butang PS pada alat kawalan sehingga menyala lampu LED dan peranti Xperia anda memaparkan sudah terpasang dengan alat kawalan. (perlu memasang Bluetooth terlebih dahulu pada peranti Xperia)



12. Untuk permainan, pastikan ianya sesuai dan menyokong untuk di gunakan bersama alat kawalan. Ini dapat di lihat pada penerangan permainan tersebut sebelum memuat turun





14. Setelah selesai ke semuanya, anda boleh bermain menggunakan alat kawalan dan anda juga boleh menyambung peranti Xperia ke televisyen untuk lebih kepuasan bermain




Untuk gambaran keseluruhan mengenai Sony Xperia menyokong DualShock 3 , anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada : malayandroid.com

Tiada ulasan: