Microsoft mempunyai sistem operasi untuk telefon pintar iaitu Windows Phone 8 (WP) bagi menyaingi sistem operasi telefon pintar yang lain seperti Android dari Google dan iOS dari Apple. Kini Windows Phone sudah menarik minat ramai peminat walaupun masih baru di dalam sistem operasi untuk telefon pintar kerana mempunyai antara muka yang menarik yang panggil Metro. Windows Phone meletakkan video cara-cara asas menggunakan Windows Phone di Youtube bagi kemudahan orang ramai. Mari lihat bagamaina cara untuk berkongsi gambar dengan hanya sekali sentuh dengan peranti Windows Phone yang lain. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
1. Buka Bluetooth, buka Photos Hub, buka Album dan pilih gambar yang anda ingin berkongsi
2. Tekan butang More, tekan butang Share dan tekan butan Tap+Send
3. Sentuh peranti Windows Phone 8 anda dengan peranti Windows Phone yang lain dengan menggunakan NFC
4. Bila orang lain pilih terima, gambar tadi akan di simpan pada telefon pintar mereka
5. Selesai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan