Microsoft mempunyai sistem operasi untuk telefon pintar iaitu Windows Phone 8 (WP) bagi menyaingi sistem operasi telefon pintar yang lain seperti Android dari Google dan iOS dari Apple. Kini Windows Phone sudah menarik minat ramai peminat walaupun masih baru di dalam sistem operasi untuk telefon pintar kerana mempunyai antara muka yang menarik yang panggil Metro. Windows Phone meletakkan video cara-cara asas menggunakan Windows Phone di Youtube bagi kemudahan orang ramai. Mari lihat bagamaina cara untuk mencari aplikasi dan permainan. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
1. Dari Home Screen, tolak ke kiri untuk masuk ke App List
2. Tekan butang Search di App List atau tekan mana-mana huruf seperti huruf B dan kemudian pilih huruf pertama aplikasi anda dari huruf A-Z. Anda akan kembali ke App List tetapi pada senarai aplikasi huruf pertama aplikasi anda.
3. Untuk mencari permainan yang anda sudah muat turun, pergi Game Hub dan anda akan jumpa senarai permainan dari Xbox dan senarai permaian dari Pembangun permainan lain
4. Selesai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan