Rabu, 12 Jun 2013

[VIDEO] Perbandingan iOS7 Dengan iOS6

Jika sebelum ini ramai yang bising kerana Apple tidak membawa bawah perubahan daripada iOS5 kepada iOS6. Kini Apple telah pun mengumumkan iOS7 bagi peranti iPhone4 ke atas dan iPad2 ke atas seta iPad mini. Terdapat juga iOS7 beta untuk para pembangun untuk mencubanya dahulu di halaman web Apple Developer. iOS7 ini juga di pamerkan dengan  reka bentuk antara muka yang baru dan mempunyai ciri-ciri minimalis. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Antara muka semasa Lockscreen. Jika di iOS6 untuk 'unlock' Lockscreen anda perlu swipe butang Lock ke kanan. Tetapi untuk iOS7 anda hanya perlu swipe skrin ke kanan tiada butang lagi.


2. Semasa di Lockscreen, swipe dari atas ke bawah akan masuk ke bahagian Notification. Di bahagian Notification terdapat 3bahagian iaitu Today, All dan Missed



3. Semasa di Lockscreen, swipe dari bawah ke atas akan masuk ke bahagian Control Center.
Di Control Center terdapat banyak pilihan kawalan seperti Brightness, Music, dan macam-macam lagi.




4. Jika anda meletakkan Password ketika Unlock Lockscreen, di iOS7 juga mempunya bentuk baru bagi Passcode.


5. Antara muka Home Screen di iOS7 lebih rata dan warna-warni berbanding di iOS6 yang tertimbul dan warna gradient. Tulisan di iOS7 kelihatan lebih halus dan cantik berbanding di iOS6. Terdapat fungsi baharu pada wallpaper iOS7 yang di panggil Parallax View yang mana Wallpaper akan bergerak mengikut pergerakan peranti Apple tersebut.



6. Maps di iOS7 lebih minimalis dan berwarna putih berbanding di iOS6 berwarna kelabu gradient


7. Messages di iOS7 mempunyai warna yang rata tidak di iOS6 yang mempunyai gradient



8. Paparan App Store lebih kurang antara mukanya cuma di bahagian Bar di iOS7 masih lagi warna putih tidak seperti di iOS6 yang mempunyai warna gradient. Malah di iOS6 terdapat tab 'Genius' kini sudah di tukar 'Near Me' pada iOS7. Near Me akan menunjukkan segala jenis aplikasi yang berkaitan dengan kawasan berdekatan kita.




9. Kamera pada iOS6 terlalu ringkas yang mana pada bahagian Setting hanya terdapat fungsi HDR dan Panorama. Tetapi pada iOS7, Kameranya di ubah antara muka dan jika ingin mengubah mode hanya swipe ke kiri atau ke kanan. Mode kameranya terdapat Photo, Video, Square dan Pano.



10. Folder App



11. Kalender pada iOS7 akan memaparkan kesemua bulan dan warna berwarna putih berbanding iOS6 hanya memaparkan bulan terkini sahaja dan berwarna gradient




12. Safari pada iSO7 di ubah sedikit dengan hanya terdapat satu bahagian Search Bar berbanding di iOS6 yang mempunyai Search laman web dan Search Google. Pada iOS7 juga, Tab mempunyai reka bentuk baru yang mana ianya bergerak dari atas kebawah berbanding di iOS6 hanya melintang.




13. Multitasking pada iOS7 juga banyak berbeza kerana mempunyai Preview halaman terakhir di lihat pada sesuatu aplikasi atau permainan berbabnding pada iOS6 hanya menunjukkan Icon sahaja. Pada iOS7 juga jika anda ingin menutup sebarang aplikasi atau permainan pada Multitasking anda hanya perlu swipe ke atas berbanding di iOS6 anda perlu menekan dalam 2saat dan menekan tanda merah untuk menutupnya.




Untuk gambaran keseluruhan mengenai Perbandingan iOS7 dengan iOS6 , anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada amanz.my

Tiada ulasan: