Isnin, 10 Mac 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Samsung Gear 2

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, Samsung telah mengumumkan peranti utamanya iaitu Galaxy S5 dengan peranti boleh pakai iaitu Gear 2 dan Gear Fit. Gear 2 ini merupakan generasi seterusnya Galaxy Gear. Gear 2 tidak menggunakan nama Galaxy kerana keluarga Galaxy adalah menggunakan sistem operasi Android manakala Gear 2 ini menggunakan Tizen. Seperti Galaxy Gear, Gear 2 juga di lengkapi dengan kamera 2.0 MP tetapi pada kerangakanya supaya memudahkan untuk menukar talinya. Juga seperti Sony SmartWatch 2, Gear 2 merupakan peranti boleh pakai yang kalis air dan kalis debu (IP67).  Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Saiz Skrin sebesar 1.63 inci dengan paparan Super AMOLED


2. Cip pemprosesan 1.0 GHz dua teras dengan memori dalaman 4 GB serta RAM 512 MB



3. Kamera utama 2.0 MP dengan Auto Focus pada kerangka bagi memudahkan menukar tali


4. Terdapat butang Home bagi memudahkan kembali Home Menu (tiada pada Galaxy Gear). Bagi fungsi Back hanya perlu Swipe dari atas ke bawah.


5. Terdapat pengesan degupan jantung (Heart Beat Sensor) seperti Galaxy S5


6. Mampu menerima dan memaparkan notifikasi daripada peranti Android yang anda sambungi melalui Bluetooth



7. Mampu menerima panggilan dan membatalkan panggilan 



8. Mampu menerima dan membalas pesanan ringkas (Message) melalui pesanan tersedia mahupun menggunakan S Voice





9. Terdapat Music Player terbina yang membolehkan memainkan lagu sama ada mendengar dari Gear 2 mahupun pada aksesori Headphone melalui Bluetooth






10.  Terdapat aplikasi WatchON Remote dengan menggunakan IR (Infra Red) LED sensor




11.  Terdapat Setting bagi mengubah tetapan untuk reka bentuk jam (Clock), Wallpaper, Notification, Sound dan Display



12. Gear 2 mampu mengubah reka bentuk jam. Terdapat beberapa reka bentuk jam yang tersedia pada Gear 2






13.  Gear 2 juga mampu mengubah gaya tulisan (Font Style) dan saiz tulisan (Font Size)




14. Gear 2 juga boleh mengubah Wallpaper menggunakan Wallpaper tersedia mahupun gambar yang sudah di tangkap menggunakan kamera Gear 2







15. Gear 2 ini merupakan peranti boleh pakai yang kalis air serta kalis debu (IP67)


16. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Hitam (Charcoal Black), Emas (Gold Brown) dan Jingga (Wild Orange)


Untuk gambaran keseluruhan mengenai ulasan Samsung Gear 2, anda boleh melihat video ini.




Sumber daripada amanz.my & phonearena.com

Tiada ulasan: