Jumaat, 14 Mac 2014

Perbandingan iOS 7.1 Dengan iOS 7

Sebelum ini telah di tulis artikel mengenai Perbandingan iOS 7 Dengan iOS 6 apabila Apple mengumumkan perubahan besar pada sistem operasi untuk peranti iOS. Kini Apple telah mengemaskini iOSnya dengan memperbaiki segala masalah yang timbul serta mengatasi pepijat yang timbul dan melancarkan iOS 7.1. Malah dalam iOS 7.1 juga di sertakan dengan fungsi baru antaranya CarPlay, Siri, iTune Radio, Auto HDR dan Auto Flash pada kamera. Beberapa perubahan antaramuka pada Calender, Phone Animation, Power Toggle, Keyboard dan juga tulisan (Font) yang kini boleh di tebalkan (Bold). Perubahan warna pada ikon Message, FaceTime dan Phone juga kelihatan dengan berwarna lebih gelap. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Beberapa kemaskini yang di nyatakan oleh Apple sebelum melakukan proses kemaskini iOS 7.1


2. Pada bahagian Setting > General > Restriction terdapat fungsi CarPlay yang merupakan inforia pada kereta tertentu. 




3.Perubahan warna pada ikon Phone, Message dan FaceTime (atas iOS 7.1 dan bawah iOS 7)


4. Perubahan ikon Call yang kini bentuk bulat (kanan) pada paparan Dial Contact dan latar belakang lebih gelap


5. Ikon End Call yang kini bentuk bulat (kanan) pada paparan Phone Call serta latar belakang lebih gelap


6. Ikon Answer, End Call dan gambar Contact yang kini bentuk bulat (kanan) pada paparan Incoming Call serta latar belakang lebih gelap


7. Ikon Switch Camera, End Call dan Mute yang kini bentuk bulat 


8. Pada kamera atau video, apabila mengunakan fungsi Auto Flash, kini akan memaparkan ikon sama ada Flash akan di gunakan atau tidak. Ini kerana apabila menggunakan Auto Flash, Flash akan automatik di gunakan apabila mengambil gambar gelap tetapi jika terang Falsh tidak akan di gunakan. Jadi dengan memaparkan ikon Flash di bahagian bawah, pengguna dapat mengetahui adakah Flash akan di gunakan atau tidak


9. Seperti Auto Flash di atas, kini terdapat fungsi Auto HDR dan akan memaparkan ikon HDR di bahagian bawah jika kamera automatik ingin menggunakan fungsi HDR.


10. Pada bahagian Setting > Photo & Camera terdapat fungsi tetapan baru iaitu Upload Burst Photo. Ini akan memudahkan pengguna berkongsi gambar-gambar yang di ambil dengan fungsi Burst untuk di lihat pada peranti lain seperti pada komputer.


11. Papan kekunci maya kini boleh di tetapkan dengan warna lebih gelap bagi memudahkan melihat huruf kerana kebanyakkan pengguna tidak menyukai berwarna putih cerah yang agak menyakitkan mata jika di lihat terlalu lama.


12. Huruf-huruf pada papan kekunci maya kini lebih gelap dan tebal (Bold) bagi kelihatan jelas melihat huruf-huruf pada pada kekunci walaupun menggunakan tema cerah (light)


13. Pada bahagian Setting > General > Accessbility > Increase Contrast terdapat fungsi baru iaitu Reduce Transparency, Darken Colours dan Reduce White Point bagi menggantikan fungsi Increase Contrast. Ini bagi memudahkan pengguna melihat dan membaca tulisan yang ada ketika menggunakan iOS 7.1 ini


14. Pada bahagian Setting > General > Text Size terdapat fungsi baru iaitu Bold Text bagi menebal setiap huruf bagi memudahkan baca tulisan pada iOS 7.1


15. Latar belakang Dock kelihatan lebih gelap dan kurang lutsinar bagi lebih menyerlahkan ikon serta tulisan yang ada dalam Dock


16.  Seperti Dock di atas, latar belakang Folders kini lebih gelap dan kurang lutsinar bagi menyerlahkan ikon serta tulisan yang sebelum ini agak sukar di baca kerana warna latar belakang agak cerah


17. Pada Missed Notification, ikon Clear terdapat sedikit perubahan serta latar belakang yang lebih gelap sedikit. Malah apabila semua notifikasi di padamkan, kini terdapat dialog yang memberitahu 'No Missed Notifications'



18. Kini semua Wallpaper dapat di gerakan dengan Parralax Motion termasuk Wallpaper Stills dan gambar yang di ambil sendiri. Sebelum ini hanya Wallpaper Dynamic yang mampu bergerak dengan Parralax Motion


19.  Terdapat ikon bagi memaparkan segala peristiwa yang anda tetapkan pada kalender seperti temu janji atau mesyuarat pada bahagian bawah kalender. Sebelum ini anda perlu menekan setiap tarikh bagi mengetahui segala peristiwa yang anda tetapkan pada kalender


20.  Terdapat fungsi baru di perkenalkan di iTune Radio iaitu 'New' pada bahagian My Station. Ini bagi memudahkan anda mencapai station radio yang anda minati


21. Tidak banyak perubahan pada Music App, cuma ikon Repeat All dan Shuffle All di warnakan dengan warna merah gelap bagi jelaskan tulisannya


22. Tulisan Adress Bar pada aplikasi Safari di tukar kepada 'Search web or enter site name' dan tulisannya lebih gelap dan ikon Search di sertakan bersama


23.  Antara muka Power Off di ubah dengan ikon 'Slide to power off' dan 'Cancel' kini berbentuk bulat dan latar belakang mengikut Wallpaper tidak lagi berwarna hitam


Sumber daripada 9to5mac.com & iphonehacks.com

1 ulasan:

Sembang Gajet berkata...

Wow, memang kaki gajet betul. Apa-apa pun kena standby powerbank atau charger sebab bateri cepat habis.