Isnin, 10 Februari 2014

[VIDEO] Cara Mengatasi Pepijat Biasa di Temui Pada iOS 7

Setelah Apple memperkenalkan antara muka iOS7, ramai pengguna peranti iOS memuji antara muka yang minilistik dan menarik setelah beberapa tahun menggunakan antara muka yang sama sebelum iOS7. Sememangnya akan terdapat beberapa pepijat (Bugs) selepas di perkenalkan sistem operasi yang baru. Pada iOS7 terdapat banyak juga pepijat yang di kesan, namun pembangun iOS sudah pun mengeluarkan beberapa kemaskini yang sudah memperbaiki pepijat tersebut. Malah pengguna sendiri boleh menyelesaikan beberapa masalah pepijat yang agak biasa di temui secara manual. Sila tekan 'Baca lagi' untuk seterusnya!

1. Aplikasi iMessage tidak menghantar Message

iMessage merupakan aplikasi agak penting kerana ianya adalah tempat di mana semua Message akan di masukkan dan untuk membalas Message. Beberapa pengguna mengatakan Message tidak di hantar menerusi iMessage tersebut. Bagi sesiapa yang masih lagi menghadapi pepijat ini, anda boleh menyelesaikannya dengan pergi ke Setting>General>Reset> Reset Network Settings. Jika belum lagi menyelesaikan masalah tersebut, anda boleh Restart semula peranti iOS anda.


2. Melepasi Passcode di LockScreen Untuk Memasuki Phone Contact

Passcode Lock adalah satu sistem keselamatan yang mana orang lain tidak dapat melihat masuk daripada LockScreen bagi menjaga segala maklumat peribadi anda. Terdapat beberapa cara untuk melepasi Passcode Lock di LockScreen walaupun Apple telah melancarkan kemaskini 7.0.2. Menurut video di bawah, ada beberapa langkah yang boleh di lakukan untuk memasuki Phone Contact untuk melihat kesemua nombor kenalan anda dan mombolehkan membuat pangilan mahupun menhantar Message tanpa meletakkan nombor Passcode Lock. Namun terdapat cara untuk mengatasi masalah ini dengan menyahkan atau Disabled Siri pada peranti anda. Caranya pergi ke Setting>General>Passcode Lock dan kemudian tekan butang sebelah Siri untuk menyahkan fungsi SIri pada ruangan 'Allow Access When Locked".



3. Beberapa Aplikasi Terkeluar Dengan Sendiri Secara Tiba-Tiba

Beberapa pengguna melaporkan apabila menggunakan aplikasi MailBox dan SnapChat, ianya akan terkeluar dengan sendiri secara tiba-tiba. Ini adalah kerana terdapat fungsi baru yang di perkenalkan di Setting untuk iOS7 iaitu Background App Refresh. Beberapa aplikasi yang masih lagi belum di kemaskini bagi menyelarakan dengan fungsi baru Background App Refresh menyebabkan aplikasi tersebut terkeluar dengan sendirinya. Jika terdapat aplikasi yang masih mengalami masalah yang serupa anda boleh pergi ke Setting>General>Background App Refresh. Di dalamnya anda boleh memilih aplikasi mana yang masih terkeluar dengan sendirinya untuk menyahkan fungsi baru ini.


4. Aplikasi Musik Tertutup Sendiri Apabila Panggilan Masuk

Kebanyakkan aplikasi musik akan tertutup dan terkeluar sendiri apabila ada panggilan masuk ketika anda mendengar musik. Ini pasti menyakitkan hati apabila anda sedang melayani lagu dan tiba-tiba musik terberhenti dan Track musik anda hilang. Walaupun kebanyakkan aplikasi musik sudah pun mengemaskini bagi menyelaraskan dengan iOS7 baru ini tetapi masih ada aplikasi musik yang tidak sesuai dengan iOS7 ini. Cara terbaik adalah anda menlayani musik dengan memasuki Aeroplane Mode supaya tiada apa-apa ganguan. Caranya adalah menyelak atau Swipe ke atas untuk memasuki Control Centre dan tekan icon Aeroplane Mode. Anda juga boleh masuk ke Setting dan tekang butang Airplane Mode sehingga berwarna hijau.


5. Memadam Aplikasi Find My iPhone Dengan Melepasi Passcode di LockScreen

Aplikasi Find My iPhone merupakan servis keselamatan daripada Apple bagi mengesan lokasi bagi kesemua peranti iOS yang sudah di daftarkan apabila hilang atau tercicir. Dengan aplikasi ini juga anda boleh meletakkan Passcode dari peranti iOS yang lain jika iPhone anda hilang atau di curi agar orang lain tidak boleh melihat masuk iPhone anda. Aplikasi Find My iPhone ini sudah pun di lengkapi dengan sistem keselamatan yang mana orang lain tidak boleh menyahkan (Disabled) aplikasi ini jika tiada Apple ID yang betul. Namun terdapat cara untuk menyahkan aplikasi ini agar pemilik peranti iOS tersebut tidak boleh mengesan atau meletakkan Passcode jika di curi. Walaubagaimana pun cara tersebut dapat di halang jika anda sudah pun meletakkan Passcode di LockScreen agar orang lain tidak boleh memasuki Setting untuk memadam Find My iPhone yang di daftarkan menggunakan Apple ID anda. Ini kerana cara memadamkan Apple ID anda di Find My iPhone memerlukan orang lain memasuki Setting tanpa melepasi Passcode di Lockscreen. Cara meletakkan Passcode di LockScreen dengan pergi ke Setting>General>Passcode Lock dan kemudian tekan Turn Passcode On.



Sumber daripada lifehacker.com.au & readwrite.com

Tiada ulasan: