Khamis, 13 Februari 2014

[VIDEO] Fungsi Baru Windows 8.1 Untuk Kit Pembangun

Bagi memastikan mutu kualiti dan prestasi bagi Windows Phone, Microsoft dan Nokia (kebanyakkan peranti Windows Phone adalah Nokia Lumia) telah sentiasa mengemaskini sistem operasi yang boleh di katakan baru berbanding Android dan iOS. Microsoft cuba memperbaiki dan menambah baik Windows Phone setelah ramai pengguna merunggut kerana banyak fungsi tiada pada Windows Phone tetapi sudah lama di implemantasikan pada Android dan iOS. Kini Microsoft telah melancarkan Kit Pembangun (Software Developer Kit) Windows Phone 8.1 untuk pembangun mencuba dahulu sebelum di lepaskan secara rasmi untuk pengguna.  Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


1. App Switcher

App Switcher ini seperti Multi Tasking pada Android dan iOS di mana anda boleh melihat aplikasi yang anda telah buka di mana anda boleh membuka kembali atau memadam aplikasi yang di kehendaki. Sebelum ini telah di tambah ikon 'X' bagi memadam aplikasi yang telah di buka pada Windows Phone 8 Update 3. Kini anda boleh Swipe ke bawah untuk memadamnya dan ikon 'X' masih di kekalkan jika anda tidak biasa Swipe ke bawah. Tetapi hanya satu aplikasi boleh di padam pada satu masa tidak seperti di iOS anda boleh memadam sekali tiga aplikasi serentak.




2. Navigation Bar

Nagivation Bar adalah butang nagivasi seperti Back, Home dan Search di atas skrin sesentuh seperti kebanyakkan peranti Android. Dalam Setting Nagivation Bar membolehkan pengguna mengubah butang nagivasi atas skrin mengikut kehendak masing-masing. Pengguna boleh mengubah latar belakang butang nagivasi atas skrin sama ada berwarna hitam, lutsinar mahupun mengikut warna tema peranti. Malah pengguna juga boleh menetapkan agar butang navigasi atas skrin ini boleh di sorokkan kerana kebanyakkan peranti Windows Phone sudah memiliki butang navigasi fizikal. Dengan memperkenalkan butang navgasi atas skrin ni memberi kebebasan kepada pengeluar peranti Windows Phone pada masa hadapan untuk meletakkan atau tidak butang nagivasi fizikal.




3. Sound Control

Pada Windows Phone 8, untuk meningkatkan atau menggurangkan bunyi suara pengguna perlu menekan butang kawalan suara. Pada sebelah atas skrin akan memaparkan nombor bunyi suara dan ikon vibrate/ring+vibrate sahaja. Kini dengan kemaskini Windoes Phone 8.1, terdapat reka bentuk paparan baru yang mana pengguna boleh menetapkan kawalan suara pada atas skrin. Malah terdapat ikon pantas untuk Silence Mode dengan Sound Setting. Bagi memasuki paparan Sound Control ini pengguna perlu menekan butang kawalan suara, kemudian menekan anak panah kebawah bagi membuka paparan penuh Sound Control ini. Jika sebelum ini hanya Music Player mempunyai paparan kawalan pantas, kini YouTube melalui Internet Explorer 11 yang di sertai HTML5 juga mempunyai paparan kawalan pantas.





4. Internet Explorer 11

Pada kemaskini Windows Phone 8.1 ini di sertakan bersama Internet Explorer yang terbaru iaitu versi 11 seperti pada Windows 8.1. Internet Explorer 11 ini membawa kemaskini WebGL dengan sokongan HTML5 bagi memudahkan memainkan sebarang bentuk video pada laman web. Jika sebelum ini pengguna ingin menonton video di YouTube, video tersebut akan memasuki aplikasi YouTube dengan paparan penuh. Pada Internet Explorer 11 ini video YouTube dapat di main pada laman web tersebut dan boleh memasuki paparan penuh seperti menggunakan di dalam komputer biasa. Fungsi Tabs sudah tidak kelihatan tetapi setiap tab Internet Explorer 11 yang di buka dapat di lihat secara individu dalam App Switcher.







5. Antara Muka Kamera Baru

Dengan kemaskini Windows Phone 8.1 ini kelihatan menggunakan antara muka baru yang lebih kemas dan susunan lebih teratur. Antara muka baru ini kelihat seperti aplikasi Nokia Camera yang di sediakan untuk pengguna Nokia Lumia kini dapat di gunakan oleh semua peranti Windows Phone 8.1. Selain fungsi kamera dan video, turut di sertakan bersama adalah Burst Mode yang mana boleh mengambil gambar dengan banyak. Malah fungsi ikon Lens di perlihatkan bagi memudahkan pengguna menggunakan Lens yang menggunakan aplikasi dari Windows Store untuk menambah fungsi kamera tambahan seperti  Bing Vision, Blink, Vine dan banyak lagi. Sebelum ini Lens berada di dalam Setting kamera yang agak tersorok untuk menggunakannya.





6. Storage Sense

Pada Windows Phone 8, segala maklumat storan peranti di dalam ruangan Phone Storage. Kini telah di tukar nama kepada Storage Sense dan semestinya terdapat penambah baik. Di dalam Storage Sense selain terdapat pilihan memilih storan peranti atau storan kad Micro-SD untuk menyimpan musik, video dan gambar. Kini pengguna juga boleh memilih storan peranti atau storan kad Micro-SD untuk menyimpan aplikasi dan permainan yang di muat turun. Ini sangat berguna kerana kebanyakkan peranti mempunyai storan peranti hanya sedikit dan kini jumlah aplikasi dan permainan semakin bertambah pada Windows Store akan menggunakan lebih banyak storan.



7. Battery Power Sense

Pada Windows Phone 8, tetapan mengenai bateri di dalam ruangan Battery Save yang mana menyediakan fungsi penjimatan bateri jika bateri tinggal sedikit. Kini pada Windows Phone 8.1 telah di tukar nama kepada Battery Power Sense dan di dalamnya di tambah ruangan untuk melihat aplikasi atau permainan mana yang banyak menggunakan bateri. Di dalamnya juga terdapat fungsi Battery Saver bagi fungsi penjimatan bateri.




8. Calender

Kalender juga telah di tambah baik dan di tukar paparan wajahnya. Ini kerana pada Windows Phone 8 jika pengguna memasuki kalender, ianya akan memapar terus pada jadual hari ini. Ini agak menyukarkan kerana kebanyakkan pengguna tidak meletakan aktivit harian pada jadual hari ini dan sebenarnya hanya ingin melihat kalender pada bulan tersebut. Kini pada kemaskini Windows Phone 8, ianya akan memaparkan jadual setiap hari pada minggu ini dan terdapat ruangan kalender pada bulan tersebut. Jika anda ingin melihat jadual minggu seterusnya, hanya perlu Swipe ke kanan atau Swipe ke kiri untuk jadual minggu sebelumnya.



9. Action Centre

Action Centre ini adalah pusat notifikasi untuk mengakses pelbagai notifikasi semasa dengan mudah. Ianya adalah sama seperti Notification pada Android dan Notification Centre pada iOS dan caranya mengakses juga sama iaitu Swipe ke bawah dari bahagian atas skrin. Dalam Action Centre ini juga terdapat beberapa Toggle iaitu Wifi, Bluetooth, Airplane Mode dan Driving Mode. Di atas Toggle tersebut juga memaparkan jenis Telco yang di gunakan, Battery Percentage dan tarikh hari bulan. Manakala di bawah Toogle terdapat ikon kecil untuk memadam semua notifikasi dan ikon Setting peranti. Pada Action Centre akan di masukkan segala notifikasi secara senyap, notifikasi sentiasa di kemaskini dan notifikasi lama akan di buang secara automatik.



10. One Drive
One Drive adalah merupakan penjenamaan semula untuk aplikasi storan awan iaitu Sky Drive setelah masalah pertembungan nama jenama yang sama. Bagi mengelakkan kekeliruan dan masalah lain bakal timbul maka di jenamakan semula kepada One Drive dan masih mengekalkan logo yang sama.



11. Terdapat banyak lagi fungsi baru yang di perkenalakan pada kemaskini Windows Phone 8.1 ini tetapi masih belum di ketahui bagaimana ianya berfungsi sepenuhnya. Antaranya ialah Messaging, USB, Project My Screen dan Advertising ID.





Untuk gambaran keseluruhan mengenai fungsi baru Windows Phone 8.1 untuk Software Developer Kit (SDK), anda boleh melihat video ini.



Sumber daripada amanz.my & lowyat.net

Tiada ulasan: