Isnin, 24 Februari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia XL

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, banyak pengeluar telefon pintar memperkenalkan telefon pintar utama terbaru mereka. Nokia pula tidak mengumumkan telefon pintar utamanya tetapi telah mengumumkan model terbaru dengan nama keluarga Nokia X. Nokia telah melancarkan tiga model terbaru iaitu Nokia X, Nokia X+ dan Nokia XL. Ketiga-tiga merupakan model kelas permulaan dan menggunakan sistem operasi Nokia X Platform 1.0 Android Open Source Project (AOSP). Padanya terdapat Nokia Store yang membawa masuk aplikasi serta permainan daripada Android tetapi di kawal sepenuhnya oleh Nokia sendiri. Malah di dalamnya di sertakan bersama perkhidmatan daripada Microsoft seperti Skype, OneDrive (dulu SkyDrive), Mix Radio, Here Maps dan banyak lagi bukannya menggunakan perkhidamatan daripada Google. Nokia XL ini merupakan model dengan skrin 5 inci serta menyokong dwi-sim padanya. Harga pasaran di jangka sekitar RM492 (109 euro). Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya! 



1. Skrin sebesar 5 inci dengan 187 ppi


2. saiz dimensi 141.4 x 77.7 x 10.9 mm dengan berat 190 g


3. Cip pemprosesan 1 GHz dua teras Qualcomm Snapdragon S4


4. Memori dalaman 4 GB dengan sokongan kad memori Micro-SD serta 768 MB RAM


5. Bahagian atas : slot fon telinga


6. Bahagian kanan : butang kawalan suara dan butang kuasa


7. Bahagian bawah : slot pengecas Micro-USB


8. Bahagian kiri : tiada apa-apa


9. Kamera utama 5 MP dengan Flash


10. Kamera hadapan 2 MP


11. Bateri kapasiti sebesar 2000 mAh


Ketebalan
 

10.9 mm
Berat
   

190 g
Skrin
   

5 inci
Ketumpatan Pixel
   

187 ppi
Pemprosesan
 

1 GHz , Dual-core Qualcomm Snapdragon S4
Memori RAM
   

768 MB RAM
Kamera Utama
   

5 MP
Kamera Hadapan
 

2 MP
Bateri
   

2000 mAh
Sistem Operasi
    

Nokia X Platform 1.0

Untuk gambaran keseluruhan mengenai ulasan Nokia XL, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada amanz.my & gsmarena.com & phonearena.com & nokia.com

Tiada ulasan: