Rabu, 19 Februari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Oppo N1

Kini Oppo secara rasmi telah memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan tiga model mengikut kelas masing-masing. Model kelas permulaan adalah Oppo Neo, model kelas pertengahan adalah Oppo Find 5 Mini serta Oppo R1 dan model utama adalah Oppo N1. Oppo N1 ini kelihatan unik kerana memiliki kamera utama yang boleh di pusing sebanyak 100,000 kali dan boleh berputar sehingga 210 darjah kerana kebanyakkan pengguna gemar mengambil gambar sendiri atau di panggil Selfie. Pada belakangnya juga di lengkapi dengan panel sesentuh bagi mengawal dengan hanya sebelah tangan walaupun dengan skrin sebesar 5.9 inci. Oppo N1 juga menggunakan Android 4.2 dengan antara muka Colour OS serta sokongan isyarat jari (Gesture) yang boleh di tetapkan sendiri. Harga untuk pasaran Malaysia di tawarkan dalam RM1798. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Skrin sebesar 5.9 inci dengan 373 ppi


2. Saiz dimensi 170.7 x 82.6 x 9 mm dengan berat 213 g



3. Cip pemprosesan 1.7 GHz Empat Teras Snapdragon 600



4. Memori dalaman sebesar 16GB tanpa sokongan kad Micro-SD serta 2GB RAM



5. Bahagian atas : tiada apa-apa (kamera yang boleh berputar 210 darjah)



6. Bahagian kanan : butang kuasa dan butang kawalan suara



7. Bahagian bawah : Microphone, slot fon telinga, slot pengecas Micro-USB dan Speaker



8. Bahagian kiri : slot Micro-Sim



9. Kamera utama 13 MP serta boleh di pusingkan menjadi kamera hadapan




10. Kapasiti bateri sebesar 3610 mAh


11. Terdapat panel sesentuh pada bahagian belakang yang di panggil O-Touch


Ketebalan
 

9 mm
Berat
   

213 g
Skrin
   

5.9 inci
Ketumpatan Pixel
   

373 ppi
Pemprosesan
 

1.7 GHz , Quad-core Snapdragon 600
Memori RAM
   

2 GB RAM
Kamera Utama &
Kamera Hadapan
   

13 MP
Bateri
   

3610 mAh
Sistem Operasi
    

Android 4.2

Untuk gambaran keseluruhan mengenai ulasan Oppo N1, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada amanz.my & phonearena.com

Tiada ulasan: