Mungkin masih ramai tidak mengetahui mengenai BlueStack yang kini semakin popular. BlueStack adalah satu aplikasi yang menjalankan sistem operasi Android pada Windows dan kini juga pada Mac. Tidak semua pengguna gemar bermain permainan pada telefon pintar mereka kerena ada yang mengangap bermain permainan pada komputer lebih seronok dan puas. Ada juga yang memiliki telefon pintar kelas permulaan yang mempunyai spesifikasi rendah dan tidak mampu untuk bermain permainan yang tinggi grafiknya. Malah ada juga yang mengangap telefon pintar hanya untuk kegunaan peribadi seperti buat panggilan, Messaging, melayari internet, mendengar lagu dan menonton video sahaja. Kini dengan BlueStack anda boleh menggunakan sistem Android pada komputer malah boleh menggunakannya menggunakan papan kekunci dengan tetikus tanpa skrin sesentuh. BlueStack juga ada memperkenalkan GamePop bagi membolehkan anda menggunakan sistem operasi Android pada televisyen pintar pula. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
1. Masuk ke laman web www.bluestacks.com. Pilih sistem operasi komputer anda sama ada Windows atau Mac. Anda juga boleh memesan GamePop bagi menjalankan sistem operasi Android pada televisyen pintar anda.
2. Pasang (Install) pada komputer setelah selesai memuat turun (Download) BlueStack. Tungu sehingga selesai proses pemasangannya.
3. Setelah selesai proses pemasangan, paparan antara muka BlueStack muncul di skrin komputer anda.
4. Perkara pertama yang perlu lakukan adalah mendaftar diri anda pada akaun Gmail. Caranya anda perlu menekan mana-mana aplikasi pada antara muka BlueStack. Sebagai contoh tekan pada aplikasi Line. Kemudian keluar arahan untuk memberi kebenaran menggunakan Play Store. Anda perlu menekan 'Continue' untuk seterusnya. Kemudian anda perlu mendaftarkan diri anda pada akaun Gmail. Jika tiada anda boleh membuat akaun Gmail secara percuma.
5. Setelah selesai mendaftar akaun Gmail, akan keluar arahan memberi kebenaran pada App Sync. Anda perlu menekan 'Continue' untuk seterusnya. Sekali lagi anda perlu mendaftar akaun Gmail. Akhir sekali anda perlu menekan 'Let Go' untuk selesai proses mendaftar diri pada akaun Gmail.
6. Setelah selesai mendaftar akaun Gmail, anda akan di bawa masuk ke dalam Play Store. Akan keluar arahan syarat dan terma daripada Google. Anda perlu menekan 'Accept' untuk menerima syarat dan terma bagi memuat turun aplikasi dan permainan daripada Play Store.
7. Bagi sesiapa yang tidak biasa menggunakan Android, untuk memuat turun aplikasi seperti berikut. Anda perlu menekan 'Install' untuk memuat turun aplikasi tersebut. Kemudian tekan 'Accept' dan tungu sehingga selesai muat turun aplikasi tersebut.
8. Untuk mencari aplikasi yang lain pula, tekan Search dan kemudian taip menggunakan papan kekunci (Keyboard) komputer anda. Sebagai contoh taip 'Launcher' bagi menukar antara muka (HomeScreen) aplikasi BlueStack anda.
9. Anda di sarankan menggunakan aplikasi Launcher percuma yang terdapat di dalam App Store bagi mengubah antara muka menjadi seperti telefon pintar Android. Sebagai contoh Nova Launcher. Setelah memuat turun Launcher tersebut, anda perlu menjadi Launcher tersebut sebagai Default bagi membolehkan Launcher tersebut di gunakan sebagai antara muka yang utama berbanding dari menggunakan Gamepop-Home yang sedia terbina.
10. Pada antara muka terdapat beberapa icon yang boleh di tekan menggunakan tetikus (Mouse) tanpa perlu skrin sesentuh (TouchScreen). Berikut sedikit penerangan mengenai icon di antara muka BlueStack.
11. Beberapa permainan boleh di main dan telah pun di optimasikan oleh BlueStack agar permainan tersebut boleh di mainkan menggunakan teteikus (Mouse) dan papan kekunci (Keyboard) tanpa perlu skrin sesentuh (TouchScreen).
*kemaskini terkini
12. Bukan sahaja permainan sahaja boleh di gunakan, malah laman sosial pun boleh digunakan dengan baik dalam BlueStack ini. Whatapp, Wechat dan KakaoTalk yang memerlukan nombor telefon anda untuk daftar masuk pun boleh di gunakan cuma Contact perlulah Synchronice dengan akaun Gmail dahulu. Facebook dengan Twitter pun boleh di gunakan seperti di peranti Android.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan