Rabu, 29 Januari 2014

Cara Memeriksa Telefon Pintar Baru

Saya percaya kebanyakkan daripada kita yang membeli telefon, jarang untuk membuat pemeriksaan rapi. Kalau ada kita hanya sekadar memeriksa kamera, melihat antaramuka, memeriksa sama ada calar atau tidak. Sebenarnya, anda boleh melakukan pelbagai pemeriksaan yang lebih menyeluruh bagi memastikan peranti yang anda beli tiada masalah, lebih – lebih lagi jika peranti yang anda beli adalah berstatus “telah digunakan”. Pada peranti anda telah pun tersedia bagaimana hendak memeriksa pelbagai fungsi yang terdapat pada peranti tersebut. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjut!

Screenshot_2014-01-29-15-00-42


Caranya begitu mudah dan berbeza mengikut jenis telefon. Anda hanya perlu membuka fungsi “dial” dan masukkan kod berikut (klik link pada nama Pengeluar untuk video):
  1. SONY        - *#*#7378423#*#*
  2. Samsung  - *#0*#
  3. HTC           -*#*#3424#*#*

Perlu diingat, kod yang dinyatakan di atas bergantung kepada jenis dan model telefon. Berkemungkinan ia tidak boleh digunakan untuk telefon anda. Jika kod berkenaan tidak boleh digunakan, anda boleh cuba cari menggunakan terma ini “xperia arc service menu” atau “[jenis telefon] hidden menu”

Setelah berada dalam fungsi “test menu”, anda boleh lah mencuba pelbagai fungsi telefon sama ada ia berfungsi ataupun tidak, dan seterusnya tidak rasa menyusahkan anda dikemudian hari jika peranti yang baru anda beli sudah tidak berfungsi dengan baik.

Artikel ini di ambil dari amanz.my

*TAMBAHAN


Sekiranya anda membeli peranti baru, anda akan dapat melihat angka IMEI ini di beberapa lokasi, seperti pada bahagian bateri, kotak peranti, mahupun pada resit yang dibeli oleh anda. Dengan memastikan nombor IMEI adalah sama seperti di bahagian bateri, kotak peranti dan resit atau waranti anda, peranti baru tersebut adalah original bukannya sudah di gunakan atau sudah di ubahsuai menjadi baru.

Anda juga boleh menyemak nombor IMEI anda dengan mudah pada peranti anda. Bagaimana?
Untuk iOS, anda perlu ke bahagian Settings > General > About
Untuk Android, anda perlu ke bahagian Settings > About Phone
Untuk BlackBerry anda perlu ke bahagian Options > Status
Untuk Windows Phone, anda perlu ke bahagian Settings > About > More Information

Sekiranya cara semakan tersebut agak sukar untuk anda, cara mudahnya adalah dengan hanya mendail *#06# pada peranti anda, dan nombor IMEI akan diperlihatkan serta merta.

Setiap IMEI hadir dengan 15 digit yang mana masing-masing mempunyai kegunaannya dalam memberikan identiti untuk peranti anda. Mengikut format terkini, IMEI berbentuk AA-BBBBBB-CCCCCC-D dimana;
A merupakan angka identiti untuk pengeluar
B adalah angka model telefon
C merupakan angka identiti
D merupakan angka akhir yang digunakan untuk mengesahkan keseluruhan angka IMEI.

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan anda mengenal-pasti identiti peranti anda, dan salah satunya adalah IMEI.info, yang dikemaskini dengan pelbagai angka IMEI setiap hari. Namun, terdapat beberapa peranti yang tidak termasuk dalam pangkalan data mereka, menjadikan bukan ke semua peranti boleh diketahui melaluinya.


1 ulasan:

kaileahracanelli berkata...

How To Start Betting on Sports at Mohegan Sun
Betting is now 부산광역 출장안마 available 계룡 출장샵 for all 제천 출장안마 Mohegan Sun customers. Online sports betting has arrived to Connecticut, Mohegan 대전광역 출장마사지 Sun Casino and Resort 목포 출장샵 - Bet $20 Win $100 and