Jumaat, 24 Januari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 525

Sebelum ini, Lumia 520 telah pun mendapat sambutan mengalak dari seluruh dunia termasuk di Malaysia sendiri kerana harganya yang begitu murah hanya RM499. Kini Nokia telah pun mengeluarkan model terbarunya bagi menambah baik iaitu Lumia 525. Dari segi spesifikasinya lebih kurang seperti Lumia 520, tetapi kini Lumia 525 mempunyai 1GB RAM yang mana agak baik kerana kebanyakkan aplikasi dan permainan memerlukan peranti 1GB RAM ke atas. Dari segi fizikal juga lebih kurang seperti Lumia 520 tetapi kerangkanya bersilau (Glossy) seperti Lumia 620. Harganya sama seperti Lumia 520, ini akan menarik lebih ramai lagi pengguna untuk memiliki peranti Lumia mampu milik ini. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Skrin bersaiz 4 inci dengan 235 ppi


2. Saiz dimensi 119.9 x 64 x 9.9 mm dengan berat 124 g


3. Cip pemprosesan 1GHz dua teras Snapdragon S4


4. Memori dalaman 8GB dengan sokongan kad Micro-SD dan 1GB RAM


5. Bahagian atas : slot fon telinga


6. Bahagian kanan : butang kawalan suara, butang kuasa dan butang dedikasi kamera


7. Bahagian bawah : slot pengecas Micro-USB


8. Bahagian kiri : tiada apa-apa


9. Kamera belakang 5MP


10. Tiada kamera hadapan


11. Bateri sebesar 1430 mAh


Ketebalan
  

9.9 mm

Berat

124 g
Skrin

4 inci
Ketumpatan Pixel

235 ppi
Pemprosesan

1 GHz , Dual-core Snapdragon S4

1 GB RAM
Kamera Belakang

5 MP
Bateri

1430 mAh
Sistem Operasi

Windows Phone 8

Untuk gambaran keseluruhan mengenai ulasan Nokia Lumia 525, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada amanz.my & nokia.com & phonearena.com

Tiada ulasan: