Rabu, 29 Januari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia SP

Sony telah menambah model kelas pertengahannya iaitu Xperia SP bersama dengan model kelas permulaan Xperia L. Masih mempunyai butang kuasa ikonik seperti Xperia Z tetapi ianya bukan kalis air dan kalis debu. Menariknya, pada bahagian bawahnya terdapat lampu LED untuk notifikasi yang boleh berubah mengikut warna di skrin Xperia SP. Tidak seperti peranti android yang lain hanya menyalakan lampu LED notikasi hanya ketika Message atau Pangilan masuk sahaja. Xperia SP ini juga di sertakan dengan teknologi NFC bagi memudahkan berkongsi maklumat di skrin kepada peranti yang lain dan di jamin oleh Sony akan menerima Android 4.4. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia dalam sekitar RM1200 RM1099. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya! 




1. Skrin bersaiz 4.3 inci dengan 319 ppi



2. Saiz dimensi 130.6 x 67.1 x 9.98 mm dengan berat 155 g



3. Cip pemprosesan 1.7 GHz dua teras Snapdragon S4



4. Memori dalaman 8 GB dengan sokongan kad Micro-SD dan 1 GB RAM



5. Bahagian atas : slot fon telinga



6. Bahagian kanan : butang kawalan suara, butang ikonik kuasa dan butang dedikasi kamera



7. Bahagian bawah : tiada apa-apa



8. Bahagian kiri : slot pengecas Micro-USB



9. Kamera belakang 8 MP Exmor RS



10. Kamera hadapan 0.3 MP VGA



11. Bateri kapasiti sebesar 2370 mAh




Ketebalan
 

9.98 mm
Berat
   

155 g
Skrin
   

4.6 inci
Ketumpatan Pixel
   

319 ppi
Pemprosesan
 

1.7 GHz , Dual-core Snapdragon S4
   

1 GB RAM
Kamera Belakang
   

8 MP
Kamera Hadapan
 

0.3 MP VGA
Bateri
 

2370 mAh
Sistem Operasi
 

Android 4.2

Untuk gambaran keseluruhan mengenai ulasan Sony Xperia SP, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada amanz.my & sonymobile.com & phonearena.com

Tiada ulasan: