Khamis, 23 Januari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Motorola Moto G

Setelah Google mengambil alih Motorola, Motorola telah mengeluarkan perantinya iaitu Moto G pada tahun lepas. Kini pengedar sah Motorola di Malaysia iaitu Brightstar Malaysia telah membawa masuk Moto G dalam pasaran tempatan. Dengan mempunyai spepsifikasi kelas pertengahan tetapi di tawarkan pada harga murah dan mampu milik. Moto G ini dilengkapi dengan Android 4.3 dan akan mendapat kemaskini Android 4.4 kelak malah didalamnya seperti Pure Android hanya mempunyai dua apikasi tambahan daripada Motorola tidak seperti pengeluar lain yang meletakkan banyak aplikasi tambahan yang tidak boleh di padamkan (Bloatware). Kerangka belakangnya boleh ditanggalkan dan boleh ditukar warna serta mempunyai pilihan pelindung skrin tetapi bateri tidak boleh di tanggalkan. Untuk pasaran tempatan, Moto G mempunyai 2 slot untuk kad Sim kerana kebanyakkan pengguna tempatan mempunyai dua atau lebih kad Sim. Harga yang di tawarkan untuk pasaran tempatann ialah RM689 (8GB) dan RM798 (16GB) tanpa sokongan kad Micro-SD. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Saiz skrin 4.5 inci dengan 329 ppi


2. Saiz dimensi 129.9 x 65.9 x 11.6 mm dengan berat 143 g



3. Cip Pemprosesan 1.2 GHz empat teras Snapdragon 400


4. Memori dalam sebanyak 8GB atau 16GB tiada sokongan kad Micro-SD dan RAM 1GB


5. Bahagian atas : Slot fon telinga


6. Bahagian kanan : Butang kuasa dan butang kawalan suara


7. Bahagian bawah : slot pengecas Micro-USB


8. Bahagian kiri : tiada apa-apa


9. Kamera belakang 5 MP


10. Kamera hadapan 1.3 MP


11. Bateri sebesar 2070 mAh (tidak boleh di tanggalkan)


12. Terdapat 2 slot kad Sim di bawah kerangka belakang



13. Hanya terdapat dua aplikasi tambahan (Bloatware) daripada Motorola iaitu Motorala Assist dan Motorola Migrate 





Ketebalan

11.6 mm

Berat

143 g
Skrin

4.5 inci
Ketumpatan Pixel

329 ppi
Pemprosesan

1.2 GHz , Qual-core Snapdragon 400
Memori RAM
   

1 GB RAM
Kamera Belakang

5 MP
Kamera Hadapan


1.3 MP
Bateri

2070 mAh
Sistem Operasi

Android 4.3

Untuk gambaran keseluruhan mengenai ulasan Moto G, anda boleh melihat video ini.



Sumber daripada amanz.my & brightstarcorp.com.my & phonearena.com

Tiada ulasan: