Ramai yang ternanti-nanti Jailbreak iOS7 daripada kumpulan evad3rs iaitu evasi0n7. Ini kerana Jailbreak evasi0n terberhenti pada iOS6.3 kerana ketika itu Apple sudah mengumumkan iOS7 untuk semua peranti Apple. Jadi kumpulan evad3rs mula menumpukan kerja Jailbreak untuk iOS7 berbanding iOS6.4 dahulu. Kini semua peranti Apple yang menggunakan iOS7 boleh di Jailbreak menggunakan evasion7 yang sudah di sediakan dalam laman web mereka iaitu evasi0n.com. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Keperluan:
1. Peranti Apple yang menggunakan iOS 7.0 sehingga 7.0.4
2. Kabel pengecas peranti Apple
3. Komputer yang menggunakan Mac atau Windows
4. Aplikasi evasi0n7 1.0.2 ( Mac atau Windows)
Langkah-Langkah:
1. Memuat turun aplikasi evasi0n7 daripada laman web evasi0n.com atau boleh menekan link sama ada menggunakan Mac atau Windows. Extract dan letakkan aplikasi evasi0n7 pada Desktop bagi memudahkan pencarian.
2. Pada peranti Apple anda, pastikan Passcode di matikan dahulu dengan caranya di Setting>General>Passcode Lock>Turn Passcode Off.
3. Pastikan anda sudah Back Up terlebih dahulu di iTunes supaya jika terjadi apa-apa ketika Jailbreak, anda boleh Restore semula segala data yang sudah di Backup.
4. Buka aplikasi evasi0n7 yang sudah di Extract pada Desktop tadi. Jika anda pengguna Windows, pastikan anda Run As Administrator dengan menekan Right Click pada aplikasi evasi0n7 dan pilih Run As Administrator. (aplikasi evasi0n7 akan di papar seperti gambar di bawah)
5. Sambungkan peranti Apple anda menggunakan kabel pengecas dengan komputer anda. Pada paparan evasi0n7 akan memaparkan jenis peranti Apple yang anda sambungkan dengan komputer. Kemudian tekan butang Jailbreak.
6. Biarkan aplikasi evasi0n menjalankan proses Jailbreak sehingga habis.
7. Anda akan di minta untuk Slide To Unlock peranti Apple anda dan menekan icon evasi0n7 pada HomeScreen peranti Apple anda. (jangan tanggalkan kabel pengecas lagi) Kemudian aplikasi evasi0n7 akan menyambung semula proses Jailbreak. Tunggu sehingga selesai proses Jailbreak.
8. Apabila selesai proses Jailbreak, anda akan dapat melihat icon Cydia pada HomeScreen peranti Apple anda.
9. Jika tiada icon Cydia bermakna peranti Apple anda tidak berjaya di Jailbreak. Sila Restore semula di iTunes dan ulangi proses yang sama bermula dari awal.
10. Buat masa ini Pembangun atau dikenali Developer sedang mengemaskini repo, tweak dan aplikasi di dalam Cydia. Anda boleh melihat senarai tweak dan aplikasi di dalam Cydia yang sudah boleh di gunakan atau masih belum dikemaskini di sini.
11. Anda jangan risau mengenai segala aplikasi dan permainan yang anda sudah pasang atau Install sebelum Jailbreak. Ini kerana jika anda berjaya Jailbreak dengan sempurna, segala aplikasi dan permainan tidak akan hilang dan hanya aplikasi Cydia terpasang bagi memudahkan mencari repo, tweak dan aplikasi di dalamnya.
Sumber daripada ohgeekz.com & evasi0n.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan