Khamis, 23 Januari 2014

[VIDEO] Kemaskini Nokia Lumia Black

Sebelum ini, Nokia telah memberi kemaskini Lumia Amber pada peranti Lumia 2013 yang memberikan banyak penambah baik pada peranti Lumia 2013 terutama Glance Screen yang menunjukkan waktu pada skrin. Kini Nokia sekali lagi menawarkan kemaskini yang dikenali Lumia Black yang kini dalam proses diberikan pada peranti Lumia 2013 secara berperingkat. Antara kemaskini di tawarkan ialah Glance Screen yang di tambah baik, Nokia Camera, StoryTeller dan Nokia Beamer (hanya pada peranti 1GB RAM keatas). Peranti Lumia yang akan menerima Lumia Black adalah Lumia 520, 620, 625, 720, 820, 920, 925 dan 1020 serta peranti Lumia terbaru seperti Lumia 525 dan 1320 akan tersedia dengan Lumia Black. Di Malaysia setakat ini hanya Lumia 620 sahaja yang masih menunggu kemaskiniperanti yang sudah menerima Lumia Black ini adalah Lumia 520, 625, 820, 920, 925 dan 1020. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Nokia Glance Screen

Pada kemaskini Lumia Amber dahulu, Glance Screen hanya memaparkan waktu jam, Silence, Alarm dan bateri sedang di caj. Kini pada kemaskini Lumia Black, Glance Screen mampu memaparkan notifikasi sebanyak lima aplikasi seperti MissCall, Message, Wechat, Whatapp, Bateri, Mail dan banyak lagi. Malah warna tulisanuntuk Night Mode dahulunya hanya berwarna merah, kini sudah mempunyai pilihan seperti hijau dan biru. 





2. Nokia Camera

Nokia Camera yang baru ini seperti aplikasi Nokia Pro Camera pada Lumia 1020 tetapi pada kemaskini Lumia Black ini mengabungkan fungsi merakam video dan Nokia Smart Cam sekali di dalamnya. Pada Nokia Camera terbaru ini anda boleh mengubah segala fungsi tetapan seperti Brightness, ISO, White Balance dengan hanya menariknya mengikut garisan bulatannya. Ianya memudahkan pengguna untuk mengubah fungsi tetapan kamera tidak perlu lagi menekan Setting. 




3. Nokia StoryTeller

StoryTeller ini memaparkan gambar-gambar yang anda telah ambil dan menunjukkan di mana lokasi gambar tersebut di ambil. Menariknya apabila anda melihat gambar dalam paparan penuh (Fullscreen), anda hanya memicit (Pinch) pada gambar tersebut kemudian ianya akan menunjukkan lokasi gambar tersebut pada Maps Here. Lebih menarik jika anda ada mengambil gambar di negara lain, ianya akan menunjukkan peta negara yang anda telah lawati tersebut. Anda juga boleh mengubah sendiri gambar apa yang perlu di tunjukkan pada StoryTeller bagi menarik untuk di tunjukkan kepada orang lain.





4. Nokia Beamer

Nokia Beamer ini adalah perkongsian skrin peranti anda seperti NFC tetapi Nokia Beamer menggunakan internet. Jika menggunakan Bluetooth ianya agak lambat untuk berkongsi maklumat malah agak susah jika berbeza OS seperti android ke iOS. Jika menggunakan NFC pula, tidak semua peranti mempunyai fungsi NFC terutama peranti mampu milik mempunyai spesifikasi rendah. Jadi Nokia Beamer agak menarik untuk di gunakan kerana bukan hanya telefon pintar dan komputer, tetapi sekarang ini televisyen pintar, jam pintar dan banyak lagi teknologi gajet terbaru yang boleh menggunakan internet. Cara untuk berkongsi maklumat juga agak menarik kerana terdapat banyak pilihan seperti berkongsi dengan Scan Bar Code (untuk rakan dekat dengan anda) dan hantar Link internet melalui Message atau Mail atau laman sosial (untuk rakan jauh dengan anda). Lebih menarik Nokia beamer ini adalah anda bukan sahaja berkongsi apa yang ada pada skrin ada tetapi anda boleh memaparkan secara langsung untuk memaparkan Slide Show pada Microsoft PowerPoint. Walaubagaimana pun Nokia Beamer sekarang ini hanya terhad pada peranti Lumia 1GB RAM ke atas sahaja.








5. Kemaskini Lumia Black ini akan di berikan pada peranti Lumia 520,620, 625, 720, 820, 920, 925 dan 1020 serta peranti Lumia yang terbaru akan tersedia dengan kemaskini Lumia Black


6. Kemaskini Lumia Black di lepaskan secara berperingkat dan boleh melihat senarai peranti yang sudah menerimanya di nokia.com. Di Malaysia setakat ini hanya Lumia 520, 620, 625, 720, 820, 920, 925 dan 1020 sudah menerima Nokia Black. Lumia 620 dan Lumia 720 masih menunggu penerimaan kemasukan.


Untuk gambaran keseluruhan mengenai ulasan Nokia Lumia Black, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada amanz.my & nokia.com

Tiada ulasan: