Jumaat, 12 Julai 2013

Pandang Pertama Nokia Lumia 1020 Dengan Kamera 41 MP

Orang ramai menaruh kepercayaan pada Nokia kerana ketahanan dan kelasakan pada kebanyakan perantinya. Nokia juga membuktikan bahawa mereka juga hebat dalam penkameraan setelah berjaya mengeluarkan model Nokia PureView808 dengan 41 MP pada tahun 2012. Setelah penjanamaan semula dengan menggunakan sistem operasi Windows Phone 8, Nokia telah menggunakan teknologi PureView pada sebahagian model Lumia tetapi tidak sehebat PureView 808 sebelumnya. Kini Nokia telah mengeluarkan model Lumia terbarunya iaitu Lumia 1020 dengan 41 MP yang setanding malah mungkin lebih hebat daripada PureView 808. Lumia 1020 di lengkapi dengan teknologi penstabilan imej optikal (Optical Image Stabilasation), Flash LED dengan Xenon dan mempunyai 6 kanta lens Carl Zeiss bagi menghasilkan gambar yang lebih jelas dan terperinci. Lumia 1020 juga menyokong pengecaj tanpa wayar pada belakang seperti Lumia 720 dan Lumia 925. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan pada RM2499 RM2199. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Saiz skrin 4.5 inci dengan 334 ppi 


2. Saiz 130.4 x 71.4 x 10.4 mm dengan berat 158 g



3. Cip pemprosesan 1.5 GHz Dual-core Qualcomm Snapdragon™ S4



4. Memori dalaman sebanyak 32 GB dengan 2 GB RAM (tiada sokongan micro-SD)



5. Kamera belakang 41 MP



6. Kamera hadapan 1.2 MP



7. Bateri sebanyak 2000 mAh



8. Aksesori tambahan : Camera Grip yang mempunyai bateri tambahn 1020 mAh serta mampu digunakan tripod kamera standard




Ketebalan

   10.4 mm
Berat

158 g
Skrin

4.5 inci
Ketumpatan Pixel

334 ppi
Pemprosesan
1.5 GHz Dual-core Snapdragon™ S4
Memori RAM

2 GB RAM
Kamera Belakang

41 MP
Kamera Hadapan

1.2 MP
Bateri

2000 mAh
Sistem Operasi

Windows Phone 8


Sumber daripada : amanz.my & nokia.com & phonearena.com

Tiada ulasan: