Jumaat, 12 Julai 2013

[VIDEO] LG Pocket Photo Printer Mudah Alih

Pada zaman kini, semakin ramai yang menggunkan telefon pintar bagi kegunaan seharian. Malah dengan kecanggihan telefon pintar, gambar boleh di ambil tanpa perlu menggunakan kamera digital. Jika dahulu ingin membuat mencetak gambar, perlu pergi ke kedai gambar atau masukkan ke dalam komputer dan kemudian cetak menggunakan Printer. Kini tidak perlu lagi mencari Printer yang besar dan berat bagi mencetak gambar yang di ambil kerana LG sudah mengeluarkan Printer mudah alihnya iaitu LG Pocket Photo yang sangat kecil untuk di bawa ke mana-mana. LG Pocket Photo ini menyokong NFC (bagi Android dan Windows Phone) dan Bluetooth (semua peranti termasuk iOS) bagi memudahkan pengguna telefon pintar menggunakannya tanpa wayar. Untuk pasaran tempatan, ianya di jual pada harga RM399. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


1. Saiz 72.4 x 120.9 x 24.0 mm



2. Berat 212 g




3. Menggunakan bateri Li-Polymer(7.4V , 500mA)




4. Format gambar JPEG




5. Bahagian atas : tempat letak kertas ZINK (Zero Ink) Photo Paper 2.0




6. Bahagian kanan : port micro-USB




7. Bahagian bawah : tempat keluar kertas




8. Bahagian kiri : butang kuasa




9. Perbandingan saiz kertas ZINK dengan kad nama




10. Menyokong sokongan Bluetooth dan NFC





11. Mengambil masa hanya dalam 45 saat untuk mencetak gambar




12. Boleh mengubah gambar dengan meletakkan tulisan dan tarikh




13. Mempunyai Filter gambar bagi mengubah gambar menjadi lebih menarik




14. Boleh meletakkan QR Code bagi memudahkan rakan mencari link gambar tersebut dalam internet




15. Mempunyai pelbagai Photo Frame mengikut majlis yang di hadiri





16. Boleh membuat Partition gambar untuk gambar passport



Untuk gambaran keseluruhan mengenai LG Pocket Photo, anda boleh melihat video ini.



Sumber daripada : amanz.my & lg.com/ae/ & lg.com/my/

Tiada ulasan: