Rabu, 8 Januari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia Z1 Compact

Semasa berlangsungnya Consumer Electronic Show (CES) 2014, Sony telah mengumumkan peranti terbarunya iaitu Xperia Z1 Compact. Kebiasaan pengeluar telefon pintar mengeluarkan peranti bersaiz mini daripada telefon pintar utamanya akan diberikan spesifikasi yang rendah seperti Galaxy S4 Mini. Tetapi Xperia Z1 Compact walaupun ianya adalah peranti bersaiz mini daripada Xperia Z1, masih lagi mempunyai spesifikasi yang sama kecuali saiz skrinnya lebih kecil serta kalis air dan kalis debu. Ini mengembirakan ramai orang kerana kebanyakkan pengguna masih tidak biasa menggunakan skrin 5inci pada Xperia Z1 tetapi dengan skrin 4.3inci pada Xperia Z1 Compact memberi keselesaan memegangnya. Harga pasaran di Malaysia adalah RM1699. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Saiz skrin sebesar 4.3 inci dengan 342 ppi


2. Saiz dimensi 127 x 64.9 x 9.5 mm dengan berat 137g



3. Cip pemprosesan 2.2 GHz empat teras Qualcomm Snapdragon 800


4. Memori dalaman 16 GB dengan sokongan micro-SD dan 2GB RAM



5. Bahagian atas: slot fon telinga



6. Bahagian kanan: butang kawalan suara, butang kuasa, butang dedikasi kamera dan lubang tali pengantung



7. Bahagian bawah: Speaker dan lubang tali pengantung



8. Bahagian kiri: port micro-USB, port micro-SD, port dock pengecas magnetic dan port micr-SIM



9. Kamera belakang 20.7 MP (seperti Xperia Z1) dengan rakaman 1080p



10. Kamera hadapan 2 MP dengan rakaman 1080p



11. Bateri kapasiti sebesar 2300 mAh




Ketebalan

9.5 mm

Berat

137 g
Skrin

4.3 inci
Ketumpatan Pixel

342 ppi
Pemprosesan

2.2 GHz Qualcomm Quad Core Snapdragon 800

2 GB RAM
Kamera Belakang

20.7 MP
Kamera Hadapan

2 MP
Bateri

2300 mAh
Sistem Operasi

Android 4.3

Untuk gambaran keseluruhan mengenai ulasan Xperia Z1 Compact, anda boleh melihat video ini.


Tiada ulasan: